Ummi Hanie [dot] Com » Cerita Anak2ku

Archive for Cerita Anak2ku

Cuti panjang sikit

Salam bertemu kembali. Kami cuti panjang sikit weh ;)

Bersiaran dari rumah bonda menggunakan notebook kecik molek yang disambungkan dengan broadband SKMM RM25 sebulan tu. Jadilah… dapat juga berSkype dengan encik hasben tersayang nuuun di sana. Waktu di Jepun adalah sejam ke hadapan dari waktu kita. Tak pasti pulak untuk seluruh negara Jepun ke tidak, lupa nak tanya. Let say sekarang jam 5 petang, di sana sudah pukul 6 petang. Waktu solat pun awal macam Sabah/Sarawak punya timing. Kita Zohor pukul 1 lebih kan, depa Zohor pukul 12 lebih waktu depa.

holiday

Ok sambung topik cuti. Sabtu lepas, sekolah Kakak & Abang ada anjurkan Hari Keusahawanan. Ala-ala Hari Kantin jugalah… Cikgu² yang buka booth jualan. Maaf takde gambar dalam entri ni sebab entah kenapa tak boleh nak bluetooth pula gambar² yang seciput tu. Hehehh… Kamera kami rasa²nya dah dikidnap ke Jepun kot. Asalnya saya rasa tak berapa kuat nak pergi sebab abah depa ni tak ada. Kalau pergi, alamatnya jadi supermak separuh masa la saya. Akhirnya, kami pergi juga… Kesian pulak tengok anak² dah siap² pakai baj untuk berjalan. Saya pun menggagahkan diri jugalah demi mereka… hiyahhh ~

Di situ, total kupon semua RM20. Ya, pakai sistem kupon lah. Dan harga barang² lebih mahal dari biasa. Sebatang jagung saja harganya RM1.50. Dengan RM20 tu saya hanya belikan mereka 2 bekas dadih, 1 bekas jeli kelapa, sebiji kebab, sebatang jagung, sekotak rojak, sebekas air laicikang, 4 bekas air minuman dan 3 keping penanda buku. Apapun, anak² enjoy, tak ada yang meragam (tak sempat kot sebab dah blah cepat²). Itu pun dah cukup menyenangkan hati saya.

Sepatutnya pada hari Sabtu itu juga saya ada jemptan kenduri kahwin kawan lama sekolah saya. Classmate kawin classmate. Panjang jodoh depa kan… Tahniah diucapkan. Rasa ralat juga tak dapat attend tapi apakan daya. Nun di Alor Setar sana. Saya tak berani nak drive sendirian dan suami pun tak bagi greenlight. Satu lagi, ofis encik hasben menganjurkan Family Day di Bukit Merah. Adesss… melepas kami peluang nak berjimba² di sana. Itulah namanya tak ada rezeki….

Jadi, itulah sebabnya kami dapat cuti panjang sikit. Hari ini cuti ganti untuk event hari Sabtu tu. Dan esok pun sambung cuti Hari Buruh pula ! Jadi, minggu ini anak²ku bersekolah 3 hari saja. Tapi, cik abe tak de le pulok… kami stay rumah sendiri dan rumah atuk opah sajelah. Tapi kan, walaupun hari ni cuti tambahan, terasa macam hari Sabtu/Ahad jer… tengok orang lain je pegi kerja @ sekolah.

So… apa plan kome cuti esok ?? Mesti ade yang ke mana-mana tu… nak ikuttt…. boley? ;)

Hangat: Pemurahnya mamat ni nak bagi duit $24 juta ! <= klik untuk baca cerita lanjut…

p/s: Jom vote untuk blogger pemurah ni. Saya dah. Kome?

Sekeluarga dilanda virus

P4180117

Salam bahagia.

Kome sihat? Sekarang ni saya tengok rata² orang kena batuk, selsema. Tak terkecuali kami sekeluarga dilanda virus lagi. Baru saja seminggu baik dari selsema, ini sudah kena lagi. Apa nak buat. Redho sajelah… tanda Allah sayang, kan? ;) Perubahan cuaca yang mendadak dan kualiti udara sekarang ni antara penyebabnya selain kurang makan vitamin C. Yeke? Kami banyak juga makan buah²an. Hmm….

Paling kasihan pada si kecil Huzaifah. Peristiwa sama berulang kembali. Masalah kahak dan penat. Rutin berulang-alik ke klinik semenjak semalam bermula semula. Si kecil terpaksa sedut gas (nebulizer). Ya Allah, kuatkan semangatku! Syukurlah encik hasben sama² membantu berjaga tengah malam tengok²kan si kecik tu. Asalnya dari batuk, memburukkan lagi pernafasan dia.

It’s finger lickin’ good - buy a dinner combo and get your 2nd plate at 50% off! #50PercentSoGood

Saya pula, ingatkan terlepaslah dari virus ni semua. Akhirnya, selsema melanda juga. Sekarang ni tengah runny nose lah. Malam tadi dah makan ubat selsema encik hasben punya, alhamdulillah pagi ni ada lega sikit. Taklah asik nak meleleh-leleh je.

Tengok si debab ni. Bersandar ke abahnya sambil hisap buah epal. Budak ni sekarang sangat suka dengan makanan! Haishh… Tapi kesiankan tengok mukanya, luyu je mata tu.

Si kakak Onie pulak bangun tido pagi tadi, batuk “kong kong kong” tu. Tanda panas dalam kan… Udah tak maunye pegi ke taska. Puas dipujuk dek abahnye, tak jalan juga. Tapi duduk di rumah pun, bukannya dia berehat sangat pun. Lahaiii…

Oklah, mood blogging ni ke laut sebenarnya. Bukan takde idea, masa yang tak cukup. Job buat kedai orang pun tak siap² lagi ni. Seharian tak jenguk semalam. Hari ni pun entah sempat ke tidak. Tak ada apa nak share dengan korang, nah saya tinggalkan link ni untuk bacaan motivasi bersama;

Semangat waja 2 orang ibu tunggal

Hey, ini I Punyalah !

 

p.s: ni nak bersiap pegi sedut gas lagilah ni, untuk klai kedua pada hari ni. petang nanti kena lagi…

Zaid @ 31 months (2 tahun 7 bulan)

sering berwajah serius bila bergambar ...

Salam Isnin semua…

Fuhhh …. Lama sungguh kuperam entri ini sampai dah jadi pekasam gamaknye. Lama juga tak update perkembangan si abang kecik Zaid salah sorang jantung hatiku ni secara eksklusif. Lately ni ummi sooo busy dengan biz. Syukurlah rezeki kan. So this time nak story pasal Zaid pula, si ‘abang baru’. Dah tak panggil “baby Zaid” dah… but u r still my baby, sayang :) Usianya sudah pun mencecah 2 tahun 7 bulan.

 

sering berwajah serius bila bergambar ...

Gambar lama… ketika Zaid masih dalam walker… sekarang adiknya pula yang macam ni ;) .

Zaid dah pun berusia 31 bulan yakni bersamaan 2 tahun 7 bulan. Mulutnya dah semakin becok sedikit demi sedikit sedari genap berusia 2 tahun. Dan lepas demam baru ni pun, bertambah lagi vocabulary dia walaupun pelat², hanya sebut hujung perkataan jer. Jadilah, ummi paham jugak… Contohnya ;

Te=Kereta, Lan=Jalan, acik adut= pakcik badut (tengok DVD kanak²), Pu=Susu, Di=CD, dan banyak lagi yang tak saya senaraikan… Kiranya sekarang ni tengah kemaruk nak bercakap le. Kalau tak, dia banyak diam je main toys dia.

Dulu Zaid suke kiss kiss…. Saya sebut kiss tu “sayang” … Owhh cair hati bila Zaid “sayang”! ;p Tapi sekarang dah takde sangat kecuali bila saya demand. Hihi… Biasalah, dah besar sikit kan.

Hobinye plak sekarang ni asyik nak berlariiii aje… badan kecik, rendang tapi dah berlari laju. Dan suka sangat dengan toys kereta. Maklumlah, boy kan… bila dia main kereta tu, asyiiik khusyuuuk je.

zaid n Khaulah

Comel je kan dua orang budak ni berinteraksi? Yang kiri tu anak jiran… pic ni pun ehsan dari akak jiran… mekasyeh.. ;)

 

nak sama besar jek dgn baby kan?

 

Orang tua2 kata, kalo cepat berjalan, mulut plak lambat bercakap. Gitu juge sebaliknye. So, Zaid ni mulutnye memang lambat sikit nak keluar perkataan. Tapi dia faham apa orang cakap @ suruh ! Contohnye “tepuk tangan”, “sayang”, “mandi”, “mamam(makan)”, “allahuakbar(solat)” dan banyak lagilah words/terms yg si kecik ni paham. Tapi sejak lepas demam baru2 ni, mulutnya dah ringan sikit dan dah keluar macam2 perkataan yg boleh difahami.

Cuma… bila bergambar, mukanya serius jer. Susah sikit nak senyum. Mahal sangat kot nak tunjuk gigi² cantek beliau… haha ~

Sekarang, Zaid kan dah ada adik. So far, OK je dia. Tak adalah nampak sangat kecemburuan dengan adiknya. But sesekali tu kalau dia ‘melenjan’ abahnya, tu tanda nak perhatianlah kan… Pantang nampak abahnya balik kerja, terus nak ajak naik kereta. Tapi sekarang ni dah tukar pesen sikit, nak main game kereta pulak kat henfon abahnya. Sabooo je le… Meroyan abahnya kalau si anak ni terbukak internet. Mahal kena bayor kat pokcik Celcom.

Pagi² sampai tengahari, tinggallah kami tiga beranak di rumah. Yang lain semua pegi sekolah, abahnya keje. Kiranya tak sunyilah saya. Ada je peneman di rumah. Pagi² tu Zaid request lah nak tengok DVD yang dia suka. Lately ni saya pasangkan balik DVD Alvin and the Chipmunks Part 1 dan Part 2. Suke bebenor dia. Adakalanya pasangkan DVD Ana Muslim, Mukhlis ataupun CD kanak² Jepun yang ada pakcik badut tu. Magic English ada juga pasang. Apa² sajelah asalkan dia dapat belajar dan berhibur.

Gambar ‘lelaki kacak’ ketika menjadi rebutan ;)

Zaid wa Asma’, sepupunya… Tua sikit je dari baby Huzaifah. Thanx to her mommy for this pic. Masa ni rambut Zaid hensem lagi, sekarang dah potongan askar :p.

Sekarang ni saya perhatikan, Zaid agak minat melukis/menconteng dan mewarna walaupun dia bersendirian. Baguslah tu kan. Saya akan post entri khas tentang anak² dengan aktiviti melukis ni. Seronok memantau aktiviti anak-anak ni. Puas dapat tengok perkembangan mereka, tumbesaran mereka di depan mata.

Ok, next time update lagi tentang Zaid and his siblings. Thank you for reading. Selamat berhujung minggu! :)