Cuti panjang sikit

by Ummi Hanie on April 30, 2012

in Cerita Anak-anak, Umum

Salam bertemu kembali. Kami cuti panjang sikit weh ;)

Bersiaran dari rumah bonda menggunakan notebook kecik molek yang disambungkan dengan broadband SKMM RM25 sebulan tu. Jadilah… dapat juga berSkype dengan encik hasben tersayang nuuun di sana. Waktu di Jepun adalah sejam ke hadapan dari waktu kita. Tak pasti pulak untuk seluruh negara Jepun ke tidak, lupa nak tanya. Let say sekarang jam 5 petang, di sana sudah pukul 6 petang. Waktu solat pun awal macam Sabah/Sarawak punya timing. Kita Zohor pukul 1 lebih kan, depa Zohor pukul 12 lebih waktu depa.

holiday

Ok sambung topik cuti. Sabtu lepas, sekolah Kakak & Abang ada anjurkan Hari Keusahawanan. Ala-ala Hari Kantin jugalah… Cikgu² yang buka booth jualan. Maaf takde gambar dalam entri ni sebab entah kenapa tak boleh nak bluetooth pula gambar² yang seciput tu. Hehehh… Kamera kami rasa²nya dah dikidnap ke Jepun kot. Asalnya saya rasa tak berapa kuat nak pergi sebab abah depa ni tak ada. Kalau pergi, alamatnya jadi supermak separuh masa la saya. Akhirnya, kami pergi juga… Kesian pulak tengok anak² dah siap² pakai baj untuk berjalan. Saya pun menggagahkan diri jugalah demi mereka… hiyahhh ~

Di situ, total kupon semua RM20. Ya, pakai sistem kupon lah. Dan harga barang² lebih mahal dari biasa. Sebatang jagung saja harganya RM1.50. Dengan RM20 tu saya hanya belikan mereka 2 bekas dadih, 1 bekas jeli kelapa, sebiji kebab, sebatang jagung, sekotak rojak, sebekas air laicikang, 4 bekas air minuman dan 3 keping penanda buku.  Apapun, anak² enjoy, tak ada yang meragam (tak sempat kot sebab dah blah cepat²). Itu pun dah cukup menyenangkan hati saya.

Sepatutnya pada hari Sabtu itu juga saya ada jemptan kenduri kahwin kawan lama sekolah saya. Classmate kawin classmate. Panjang jodoh depa kan… Tahniah diucapkan. Rasa ralat juga tak dapat attend tapi apakan daya. Nun di Alor Setar sana. Saya tak berani nak drive sendirian dan suami pun tak bagi greenlight. Satu lagi, ofis encik hasben menganjurkan Family Day di Bukit Merah. Adesss… melepas kami peluang nak berjimba² di sana. Itulah namanya tak ada rezeki….

Jadi, itulah sebabnya kami dapat cuti panjang sikit. Hari ini cuti ganti untuk event hari Sabtu tu. Dan esok pun sambung cuti Hari Buruh pula ! Jadi, minggu ini anak²ku bersekolah 3 hari saja. Tapi, cik abe tak de le pulok… kami stay rumah sendiri dan rumah atuk opah sajelah.  Tapi kan, walaupun hari ni cuti tambahan, terasa macam hari Sabtu/Ahad jer… tengok orang lain je pegi kerja @ sekolah.

So… apa plan kome cuti esok ?? Mesti ade yang ke mana-mana tu… nak ikuttt…. boley? ;)

Hangat: Pemurahnya mamat ni nak bagi duit $24 juta ! <= klik untuk baca cerita lanjut…

p/s: Jom vote untuk blogger pemurah ni. Saya dah. Kome?

Incoming search terms:

{ 20 comments… read them below or add one }

akubiomed April 30, 2012 at 8:58 PM

Cuti tidak kemana-mana sekadar melunjur kaki di rumah sahaja. :-)

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:14 AM

melunjur kaki di rumah pun nikmat tu kan ;)

Reply

Denaihati May 1, 2012 at 12:13 AM

terima kasih atas undinya. selamat bercuti panjang.

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:53 AM

sama-sama, selamat berjaya ;)

Reply

transformed hw May 1, 2012 at 12:24 AM

tak tahu nak ke mana. hubby knur jenis yg malas keluar jln2. Dahla skrg knur pun sarat ni, lagila dia cakap tak yahla jln2. huhu.

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:53 AM

tengah sarat lagi bagus byk jenjalan, k.nur. heheheh… kasi senang bersalin ;)

Reply

Mohkembara May 1, 2012 at 12:51 PM

Salam Yong Hanie,
Sonoklah cuti panjang. Tak gi jenjalan ke?
Akak plan buat kraftangan aksesori wanita, dah ada org order!

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:55 AM

wslm yong halima.

jenjalan sekitar sini saje yong… bos xde… sedey2 :((

wah…kraftangan aksesori wanita? menarik tu!

Reply

norsalmi May 1, 2012 at 1:04 PM

Akak sekeluarga tak ke mana2.. Tapi best sgt, walau cuti hanya sehari dpt berehat sepuas2nya

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:56 AM

rehat pun cukuplah kan kak salmi ;)

Reply

titan May 2, 2012 at 1:17 AM

aii..bilalah nak cuti panjang agaknya..

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:57 AM

siapa? cekgu yg nak cuti pnjg ke? sabo…cuti skolah tgh tahun tak lama lagi dahh…

Reply

Yati May 2, 2012 at 12:01 PM

Sama la.
Tak ke mana pun, cuti. Nanti cuti hari wesak ni, sebab jatuh hari sabtu, husband kak Yati carry forward ke hari jumaat. Boleh la jalan dekat-dekat sini kot boring. :)
Jauhnya husband Hanie, outstation ke jepun ya.

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:59 AM

boring kan kak… x ke mana pun…

hubby bukan outstation, kira mcm melancong jugaklah… tapi tanpa kami…huk2

Reply

syamila May 2, 2012 at 5:03 PM

best kan bila tgk budak2 gembira…minggu ni nk pergi mana2 pun..cuti2 dok rumah…buat sesi gempur kemas rumah…he3

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 11:04 AM

larat lg ummi kemas rumah?? jgn wat kerja berat2 sgt tau… ;)

Reply

syamila May 6, 2012 at 11:57 AM

tak de larat sgt..tapi terpaksa juga buat…nak upah org kemas sampai skrg tk jumpa2…harap2 dalam pantang nanti ada la yg sudi…

Reply

Ummi Hanie May 8, 2012 at 12:11 AM

kan… kalau jumpe org yg boleh tlg kemas2 ni bagus kan kaksya… tmbh2 dlm pntg nnti

Reply

iEyLa May 4, 2012 at 10:52 AM

ehem…lame cuti rindu ngan akk..hihi

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 11:09 AM

adeq cuti blk kampung ye? bestnye…. miss u too dear ;)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: