Zaid @ 31 months (2 tahun 7 bulan)

by Ummi Hanie on April 21, 2012

in Cerita Anak-anak

Salam Isnin semua…

Fuhhh …. Lama sungguh kuperam entri ini sampai dah jadi pekasam gamaknye. Lama juga tak update perkembangan si abang kecik Zaid  salah sorang jantung hatiku ni secara eksklusif. Lately ni ummi sooo busy dengan biz. Syukurlah rezeki kan. So this time nak story pasal  Zaid pula, si ‘abang baru’. Dah tak panggil “baby Zaid” dah… but u r still my baby, sayang :) Usianya sudah pun mencecah 2 tahun 7 bulan.

 

sering berwajah serius bila bergambar ...

Gambar lama… ketika Zaid masih dalam walker… sekarang adiknya pula yang macam ni ;).

Zaid dah pun berusia 31 bulan yakni bersamaan 2 tahun 7 bulan. Mulutnya dah semakin becok sedikit demi sedikit sedari genap berusia 2 tahun. Dan lepas demam baru ni pun, bertambah lagi vocabulary dia walaupun pelat², hanya sebut hujung perkataan jer. Jadilah, ummi paham jugak… Contohnya ;

Te=Kereta, Lan=Jalan, acik adut= pakcik badut (tengok DVD kanak²), Pu=Susu, Di=CD, dan banyak lagi yang tak saya senaraikan… Kiranya sekarang ni tengah kemaruk nak bercakap le. Kalau tak, dia banyak diam je main toys dia.

Dulu Zaid suke kiss kiss…. Saya sebut kiss tu “sayang” … Owhh cair hati bila Zaid “sayang”! ;p Tapi sekarang dah takde sangat kecuali bila saya demand. Hihi… Biasalah, dah besar sikit kan.

Hobinye plak sekarang ni asyik nak berlariiii aje… badan kecik, rendang tapi dah berlari laju. Dan suka sangat dengan toys kereta. Maklumlah, boy kan… bila dia main kereta tu, asyiiik khusyuuuk je.

zaid n Khaulah

Comel je kan dua orang budak ni berinteraksi? Yang kiri tu anak jiran… pic ni pun ehsan dari akak jiran… mekasyeh.. ;)

 

nak sama besar jek dgn baby kan?

 

Orang tua2 kata, kalo cepat berjalan, mulut plak lambat bercakap. Gitu juge sebaliknye. So, Zaid ni mulutnye memang lambat sikit nak keluar perkataan. Tapi dia faham apa orang cakap @ suruh ! Contohnye “tepuk tangan”, “sayang”, “mandi”, “mamam(makan)”, “allahuakbar(solat)” dan banyak lagilah words/terms yg si kecik ni paham. Tapi sejak lepas demam baru2 ni, mulutnya dah ringan sikit dan dah keluar macam2 perkataan yg boleh difahami.

Cuma… bila bergambar, mukanya serius jer. Susah sikit nak senyum. Mahal sangat kot nak tunjuk gigi² cantek beliau… haha ~

Sekarang, Zaid kan dah ada adik. So far, OK je dia. Tak adalah nampak sangat kecemburuan dengan adiknya. But sesekali tu kalau dia ‘melenjan’ abahnya, tu tanda nak perhatianlah kan… Pantang nampak abahnya balik kerja, terus nak ajak naik kereta. Tapi sekarang ni dah tukar pesen sikit, nak main game kereta pulak kat henfon abahnya. Sabooo je le… Meroyan abahnya kalau si anak ni terbukak internet. Mahal kena bayor kat pokcik Celcom.

Pagi² sampai tengahari, tinggallah kami tiga beranak di rumah. Yang lain semua pegi sekolah, abahnya keje. Kiranya tak sunyilah saya. Ada je peneman di rumah.  Pagi² tu Zaid request lah nak  tengok DVD yang dia suka. Lately ni saya pasangkan balik DVD Alvin and the Chipmunks Part 1 dan Part 2. Suke bebenor dia. Adakalanya pasangkan DVD Ana Muslim, Mukhlis ataupun CD kanak² Jepun yang ada pakcik badut tu. Magic English ada juga pasang. Apa² sajelah asalkan dia dapat belajar dan berhibur.

Gambar ‘lelaki kacak’ ketika menjadi rebutan ;)

Zaid wa Asma’, sepupunya… Tua sikit je dari baby Huzaifah. Thanx to her mommy for this pic. Masa ni rambut Zaid hensem lagi, sekarang dah potongan askar :p.

Sekarang ni saya perhatikan, Zaid agak minat melukis/menconteng dan mewarna walaupun dia bersendirian. Baguslah tu kan. Saya akan post entri khas tentang anak² dengan aktiviti melukis ni. Seronok memantau aktiviti anak-anak ni. Puas dapat tengok perkembangan mereka, tumbesaran mereka di depan mata.

Ok, next time update lagi tentang Zaid and his siblings. Thank you for reading. Selamat berhujung minggu! :)

Incoming search terms:

{ 25 comments… read them below or add one }