Sekeluarga dilanda virus

by Ummi Hanie on April 24, 2012

in Cerita Anak-anak, Umum

Salam bahagia.

Kome sihat? Sekarang ni saya tengok rata² orang kena batuk, selsema. Tak terkecuali kami sekeluarga dilanda virus lagi. Baru saja seminggu baik dari selsema, ini sudah kena lagi. Apa nak buat. Redho sajelah… tanda Allah sayang, kan? ;) Perubahan cuaca yang mendadak dan kualiti udara sekarang ni antara penyebabnya selain kurang makan vitamin C. Yeke? Kami banyak juga makan buah²an. Hmm….

Paling kasihan pada si kecil Huzaifah. Peristiwa sama berulang kembali. Masalah kahak dan penat. Rutin berulang-alik ke klinik semenjak semalam bermula semula. Si kecil terpaksa sedut gas (nebulizer). Ya Allah, kuatkan semangatku! Syukurlah encik hasben sama² membantu berjaga tengah malam tengok²kan si kecik tu. Asalnya dari batuk, memburukkan lagi pernafasan dia.

It’s finger lickin’ good – buy a dinner combo and get your 2nd plate at 50% off! #50PercentSoGood 

Saya pula, ingatkan terlepaslah dari virus ni semua. Akhirnya, selsema melanda juga. Sekarang ni tengah runny nose lah. Malam tadi dah makan ubat selsema encik hasben punya, alhamdulillah pagi ni ada lega sikit. Taklah asik nak meleleh-leleh je.

Tengok si debab ni. Bersandar ke abahnya sambil hisap buah epal. Budak ni sekarang sangat suka dengan makanan! Haishh… Tapi kesiankan tengok mukanya, luyu je mata tu.

Si kakak Onie pulak bangun tido pagi tadi, batuk “kong kong kong” tu. Tanda panas dalam kan… Udah tak maunye pegi ke taska. Puas dipujuk dek abahnye, tak jalan juga. Tapi duduk di rumah pun, bukannya dia berehat sangat pun. Lahaiii…

Oklah, mood blogging ni ke laut sebenarnya. Bukan takde idea, masa yang tak cukup. Job buat kedai orang pun tak siap² lagi ni. Seharian tak jenguk semalam. Hari ni pun entah sempat ke tidak. Tak ada apa nak share dengan korang, nah saya tinggalkan link ni untuk bacaan motivasi bersama;

Semangat waja 2 orang ibu tunggal

Hey, ini I Punyalah !

 

p.s: ni nak bersiap pegi sedut gas lagilah ni, untuk klai kedua pada hari ni. petang nanti kena lagi…

{ 21 comments… read them below or add one }

fieda April 24, 2012 at 1:14 PM

kalau anak2 sakit yg kita tak tahan tu..kesian kat mereka…

Reply

fieda April 24, 2012 at 1:15 PM

semoga cepat sihat ye anak2 umie..

Reply

iEyLa April 24, 2012 at 2:23 PM

hope akak and adik2 comel sume cepat sembuh…

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 12:22 PM

time kasih dearr…. amin

Reply

puan kutu April 24, 2012 at 5:00 PM

kesian huzaifah.aiman pun tgh tak sihat.tanda Allah sayang kan?

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 12:22 PM

yup, tanda Allah syg… *mode pujuk ati juge :p

aiman camane skrg ?

Reply

puanbee April 24, 2012 at 7:00 PM

kalau sebab panas dalam ni tak ada lain , kena minum air masak banyak2 ..

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 12:05 PM

betul tu bee… tp budak2 ni suke sgt minum ai sejuk lah… susah betol

Reply

tranformed hw April 24, 2012 at 9:12 PM

semoga semua cepat sembuh. kalau kena virus mmg ambik masa sikit nak sembuh. budak2la kesian sbb berhari2 sakit.

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 12:04 PM

betullah kak nur, kita kejap je dah sembuh, budak2 ni ambik masa sikit, lagi2 kalau selsema, ya Allah…. berminggu2 meleleh hingus :p

Reply

sjiehan April 24, 2012 at 10:49 PM

akak amalkan minum madu~

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 11:49 AM

ye, ada amalkan SJ ;)

Reply

izan ishak April 25, 2012 at 8:31 AM

harap2 semuanya cepat2 sembuh ye hanie esp bby huzaifah… sian plak k.izan bayangkan dia kena sedut nebulizer tu…

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 11:44 AM

terima kasih k.izan… bby kena nebulizer tu ok je… cuma dia x selesa , xleh duk diam

Reply

D_08 April 25, 2012 at 10:16 AM

Sabo le Yong…
maknenye ALlah sayang tu….
die bagi ujian sikit….
mase ni ghajin2 le makan ubat……

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 11:39 AM

iyes, sabo ni Yeop… insyaAllah tiap2 hari bg mkn ubat

Reply

akubiomed April 25, 2012 at 2:48 PM

Kesian dekat budak-budak bila kena selsema kerana bukanya reti hembus hingus.

Reply

Ummi Hanie April 30, 2012 at 11:07 AM

ya, itulah sebabnya. kesian budak2…

Reply

Ummi Hanie April 28, 2012 at 2:04 PM

terima kasih ats perhatian semua… sy sgt m’hargainya… *terharu

Reply

syamila May 3, 2012 at 12:16 PM

salam hanie…camne family semua…kesihatan dh ok ker…sowi baru sempat jenguk…

Reply

Ummi Hanie May 6, 2012 at 11:07 AM

wslm kak sya…

alhmdllh family dah ok.. tp masih bersisa sikit2 selsema kat anak2 ni.. lmbt nk hilang kan

kak sya camane? sihat tak? mesti perut dah nmpk kan… take care ye ;)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: