Kembara ke negara matahari terbit

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Alhamdulillah selsema saya sudah hilang, tapi masih bersisa lagi berat kepala, lenguh badan dan seumpamanya. Walaupun saya tidur awal di malam hari, tapi apabila saya bangun pagi masih terasa berat kepala, itu menandakan badan saya tidak sihat sepenuhnya. Semoga Allah ampunkan dosa dan kurniakan kesihatan yang lebih baik. Amin…

New sleek #VWPoloSedan is out with a pricetag too good to be true! Love it? Show it!

Esok, encik hasben bersama-sama MIL dan SIL saya akan berangkat ke negara matahari terbit, atau nama glemernye Jepun ;). Saya dan anak-anak tak ikutlah, kerana sebab-sebab tertentu, antaranya perbelanjaan yang agak tinggi, tempoh penerbangan yang agak panjang (6 jam), ada anak kecil pula tu. So berkorbanlah kena tinggal… nak sedih ke nak buat biasa² je yek? Mereka di sana selama seminggu. Anak² pun masih lagi batuk² dan selsema. Untuk Huzaifah pula, abahnya dah belikan mesin nebulizer untuk digunakan di rumah. Tak perlu ulang-alik ke klinik dah, cuma sulam dengan ubat²an je.

Kalau kalian dah lama sikit ikut blog ini, tentu boleh ingat apa kaitannya pergi ke Jepun tu. Tak apalah, saya bermurah hati bagitau sekali lagi ye… Di sana ada adik ipar yang menemani suaminya further study (Ph.D). InsyaAllah, dalam tahun ini juga, mereka akan balik semula ke Malaysia. Dah nak habis belajar dah…

Jadi, selamat jalanlah diucapkan buat cik abe, mak dan N ye… Semoga selamat pulang juga dan dipermudahkan urusan. Balik nanti jangan lupa bawakan ole² best² untuk kami naa…. Cik abe dah siap² belikan tiket flight ke Pulau “Tuuut”. Tak sabar nak pegi, tapi lambat lagilahh… Percutian bajet untuk famili besar ;)

Seronok juga baca kisah kembara bloggers hebat ni ke Siem Reap, Kemboja. Kami tak pernah lagi jejakkan kaki ke bumi Kemboja.

Saya tak dapat nak menaip panjang² sangat, kerja lain pun masih tergendala. Saya tinggalkan kalian dengan kata² hikmat ni;

SALAM JUMAAT.

Incoming search terms:

Comments

    • says

      kak yatie, MIL teringin nk jengk SIL di sana dan jumpa cucu yg xpernah jmpa secara Live lg…tak, seminggu saja di sana, pastu balik… kak yatie bile nak kelik? ;)

  1. says

    kesiannya kena tinggal…sabar jelh ye hanie….balik nnti cik abe akn belikan souvineer yg best utk isteri n anak2nya..itulh kasih seorg suami..walau kemana xpernah sedetik lupakan isteri n anak2……

    • says

      bab2 kena tinggal ni akk dah expert kan…. bila fikir2 balik, xsesai pun hanie dan anak2 ikut sama sbb tempoh perjalanannya agak pnjg…. mameroyan budak2 ni dgn umminye skali karang….

      insyaAllah, xsabar nk tunggu ape souvenir dr cik abe… aah, suami tak pernah lupekan kite walau sedetik kan kak… cewahh… thanx 4 r words ! mwahhh~ *pengubat sedikit duka lara di hati ;)

  2. says

    kena tinggal …hehehhe
    Semoga perjalanan selamat dan dapat ole dari Jepun yang besar punya!!!!
    Support me by daily vote me for blogger of the year,
    Tumpang promosi..heheheh

  3. says

    Takpe Hanie, pejam celik, sat je tu. Tunggu la anak besor nanti, kita pula travel, tinggal husband jaga anak. Hehhe.. :)

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *