Tips hilangkan kahak bayi

by Ummi Hanie on March 24, 2012

in Cerita Anak-anak, kesihatan, Tip & Petua

Beberapa hari sudah saya ada mention tentang kondisi baby saya, Huzaifah. Agak susah hati si jantung hati mengalami batuk dan kahak yang agak banyak sampai 6 kali pergi sedut gas nebulizer, pun masih tak pulih² lagi.

huzaifah sedut nebulizer

Alhamdulillah, kondisi terkini sudah semakin elok. Walaupun kahaknya masih belum hilang sepenuhnya, tapi taklah sampai berombak² dadanya bernafas. Kesian kan baby kecik² gitu dah ada gangguan pernafasan. Kami berikhtiar ambil rawatan homeopati juga.

Saya google untuk cari petua/tips hilangkan kahak bayi ni. Rata² memang semuanya hampir serupa, so saya simpulkan sajelah di sini.

Kaedah tepuk bayi dengan teknik hand percussion memainkan peranan penting.

“Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi.

 
“Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.serta simptom seakan penyakit asma.

“Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

 

“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,” jelas Siti Farah.

“Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

“Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut,” katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

Baca petikan lanjut di akhbar online Utusan.

*Siti Farah ialah seorang Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha. 

 

Petua semulajadi pun ada banyak juga. Yang saya boleh ingat, ambil daun pokok hati², tumbukkan dan sapu pada dada bayi.

Pengajaran buat saya, kalau anak dah start batuk² tu,  janganlah dibiarkan sebab boleh melarat jadi kes beginilah. Keadaan alam sekitar kita ni pun dah tak berapa bersih. Udara semakin banyak mengandungi gas beracun. Nak elak terus dari keluar rumah pun parah juga.

Alhamdulillah, Huzaifah kini sudah beransur pulih. He is a smiling baby indeed ;)

 

pose seksi ;)

 

Oh ya, terlanjur bercakap tentang masalah kahak dan pernafasan ni, saya ada terbaca testimoni penggunaan dari sumber wangian Lavender.

testimoni spray sutra lavender

testimoni spray sutra lavender

 

Ini juga salah satu solusi yang baik untuk dicuba kerana ianya tidak melibatkan ubat²an, sebaliknya menggunakan ‘magis’ aromaterapi bauan lavender sahaja. Boleh baca lebih lanjut tentang Sutra Aromatherapy di sini [klik].

 

Incoming search terms:

{ 42 comments… read them below or add one }