Zoo Taiping Revisited

Aktiviti ini berlaku lama sudah . Teramat basi story nyer but i don’t care. Hohohho~ Hanie ni selalu lambat buat liputan , kan ? Hukss … so bizi lor … otak ni kalau boleh dibelah , tangan pun kalau boleh dicambah-cambah lagi , macam² kerja nak dibuat dan dirancang dalam satu masa yang sama . :p

Zoo Taiping REVISITED . Kunjungan yang ke-4 rasanya dalam seumur hidup Hanie . Dan baru kedua @ ketiga kali bagi anak2 Hanie . Untuk Zaid , baru first time lah kan Zaid kan …. :) Huzaifah ? Tak pernah lagik ! Haha ~ Nanti yer sayang kite buat rombongan cik kiah lagi sekali …

Seronok tengok gelagat anak-anak , seronok tengok depa seronok.Gitule pendek ceritanya.Kita orang dewasa ni menumpang aje le … takkan le nak jakun² lagi tengok gorilla monyet bagai kan ? :p

Dan seperti biasa , orang malas bersenam macam kami ni sukalah naik keretapi yang disediakan di situ untuk round satu zoo . Dolu² kena bayar kan , tapi kali ni katanya tak payah lak . Waaahhh ~ panjang ajele langkah kami … ;) Ate , askar pun ramai , karang hilang sorang dua ke pening lak kepala … naik keretapi aje lah senang . Semua duduk sekali berjemaah . Mudah dan selamat lagi menjimatkan tenaga . Haha ~ alasan …

 

Tidak nampak Zaid di situ … Oh sedapnya kanak² itu makan jagung manis !

 eh … ada watak tak dikenali pula terselit di belakangku :p

Pusing sana , pusing sini atas keretapi sambil makan jagung dan tengok haiwan . Opss… gambar haiwan tak snap pulak . Kemalasan … Tapi saya ada ambik video sang gajah dgn anaknya mandi-manda . Sweet je tengok anak gajah tu bermanja² dgn ibunya … ;)

bergambar di signboard cantek sebelum melangkah pulang ke carpark …

Kalau korang perasan , baju Munirah (bertudung oren tu) dlm gambar last ni lain daripada yg di dalam keretapi tu kan … Haaa itu baju Zoo Taiping okeh . Terpaksa beli on the spot . Boleh pulak t-shirt muslimah dia kotor di tempat kejadian (zoo tu ler…) dan masa tu pulak saya gatai tak bawak baju spare . Melayang laaa lagi duit encik hasben belikan baju . Saiz besor lak tu … Lantaklah , janji berbaju …. So , mak² pak² janganlah cuai tak bawa baju spare bila bawa anak² kecil berjalan walaupun sekejap yer …

Dan alhamdulillah trip kali ni tak ada yang buat tantrum dan sebagainya . Semuanya under control …. :) Sebelum budak² tu naik penat , eloklah kami cabut … Taktik mesti kena ada yer ;)

Zoo Taiping ni dah 4 kali diredah . Tapi yang Night Safari tu sekali pun belum. Teringin juga tapi dek kerana ada anak kecik terutamanya newborn baby ni , rasa tak sesuai pula kan … Tak mengapalah.

p.s: mengidam nak terjah Universal Studios Singapore lak … nama jer ada family kat sana tapi tak pernah jejak … adusss !

Incoming search terms:

28 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *