Zikir amalan harian jauhi syaitan

 

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barokah  .

Sempena Jumaat yang mulia ini  , apa kata kita cuba sama-sama amalkan zikir hari Jumaat . Kita disarankan untuk berzikir bukan pada hari Jumaat ini saja , bahkan pada setiap masa dan ketika nadi kita berdenyut kecuali ketika di dalam tandas . Tapi oleh kerana kita insan yang selalu lalai dan alpa , kita cubalah mulakan langkah dengan berzikir bilamana kita tersedar dari kelalaian agar syaitan tidak dapat terus-terusan menggoda kita .

Zikir juga adalah agen pencuci hati yang sangat baik . Berzikir tu bukan bermaksud kita kena pegang tasbih sepanjang masa . Cukuplah sekadar berzikir dari dalam hati . Membaca al-quran juga merupakan salah satu cara berzikir . Jadi , jika ada mana-mana surah yang sudah kita hafal , sangatlah digalakkan untuk membaca surah-surah itu sambil kita membuat kerja-kerja harian .

Salah satu istighfar yang sangat dianjurkan ialah ISTIGHFAR (memohon keampunan) kerana kita hambaNYA yang lemah ini sentiasa bergelumang dengan dosa² kecil dan besar . Nauzubillah . Mudah saja , setiap kali lepas solat , kita cuba luangkan masa perlahan-lahan untuk beristighfar sebnyak 100 kali .

 ASTAGHFIRULLAAHAL ‘AZIIM . ALLAZII LAA ILAAHA ILLAA HUWAL HAIYUL QAIYUUM WA ATUUBU ILAIH

 

InsyaAllah moga² apa yang saya yang lemah dan serba tak pandai ini sampaikan dapat diamalkan .

Jom Google keyword “video Zikir” atau pergi ke laman Youtube dan taip keyword “Zikir” . Ser0nok mendengar alunan2 zikir di situ . Saya dah cuba banyak kali untuk embed video Youtube di sini tapi asik tak berjaya je .

Ni antara link² video Zikir dari Youtube yang saya  minati ;

~ Zikir Munajat Astro Oasis

~ Zikir Ya Allah – Munif Ahmad

~ Doa Taubat (Astaghfirullah)

~ Astaghfirullah by Marshanda ;)

 

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah “La-ilahaillallah” ertinya “Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah”. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Zikir yang paling utama ialah “La-ilahaillallah” dan doa yang mulia ialah “Al-Hamdulillah”.

Kelebihan:

1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

7.     Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Incoming search terms:

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *