Zami Ismail (Pak Uda) meninggal dunia

 

Salam kasih sayang .

 

Seorang lagi pelakon veteran negara telah meninggalkan kita buat selama-lamanya .

Zami Ismail atau lebih popular dengan panggilan Pak Uda menerusi sitkom TV3 “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”  diserang sakit jantung lalu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad  (19 jun 2011) ,  pukul 10.30 pagi .

 

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaannya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

 

Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun . Al-Fatihah .

 

zami ismail

 

Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu memang tidak asing lagi di Malaysia dan pernah menjadi sangat terkenal pada tahun 80-an dahulu . Ketika itu saya masih kecil lagi .

 

Sebelu itu , Pak Busu telah meninggal dunia terlebih dahulu . Juga akibat sakit jantung kalu tidak silap saya . Semasa kecil² dahulu saya pernah terserempak dengan arwah Pak Busu yang tinggal sekampung dengan kami sekeluarga .

 

Begitulah adat dunia . Tiada yang akan kekal abadi .

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *