Zaid sudah berjaya toilet training dan selamat hari lahir ke-4 !

Alhamdulillah, sebelum menjangkau usia 4 tahun, Zaid sudah berjaya melepasi peringkat toilet training yang dirasakan agak sukar pada peringkat awalnya. Alhamdulillah, berkat kesabaran, berjaya jua dalam tempoh kurang lebih 2 minggu. Syabas untuk diri sendiri ^-^

Selepas peringkat menyahlampin (toilet training), automatiknya bermaksud dah tak pakai lampin, tapi cuma di siang hari. Well, sejak beberapa tempoh ni (tak ingat pula spesifik tempohnya.. lebih kurang sebulan lebih kot) Zaid sudah mula tidak memakai lampin di malam hari ketika waktu tidur, dan belum lagi terbabas setakat ini. Well done my son! Abahnya yang suruh nyahlampin di waktu malam. Saya masih teragak-agak nak mulakan bila. Tapi, alhamdulillah performance Zaid sangat bagus. Jimat sikit lampin kannn…. Adik Huzaifah sorang je pakai… Sat lagi dah nak keluar lagi sorang, nak pakai jugak. So kenalah Abang Zaid get ready awal sikit.

Dan…. SELAMAT HARI LAHIR ZAID!

Saat² Zaid lahir, baru lahir, membesar semuanya masih kekal dalam ingatan Ummi. Zaid dilahirkan dengan cara induced. Ouchh… hanya Dia yang tahu peritnya. Tapi sebaik saja melihat Zaid yang comel, hilang terus segala jerit perih Ummi.

umur 6 bulan… debab sekali

kenangan ketika raya di S’pore

baru belajar berjalan…

zaid dan lolipop besarrr… nenek saudaranya hadiahkan sempena hari lahir ke-2

 

 

Inilah antara gambar terkini…. Zaid melaram dengan kasut rayanya.

 

Zaid,

 

Ummi Abah doakan semoga Zaid terus jadi anak yang ceria, bijak dan baik serta menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang bertaqwa. Amin…. Luv u !

 

p.s: ada sedara kata muka Zaid ni macam Nadal. Hah? yeke? tengok banyak² kali ade le kot sikit² tang kening dia tu kot :p kalau Zaid macam Nadal, maknanya abahnya macam Nadal la juge yer sebab muka Zaid dan abahnya agak seiras! hoho ~

 

rafael nadal

 

 

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *