Salam Isnin semua…
Fuhhh …. Lama sungguh kuperam entri ini sampai dah jadi pekasam gamaknye. Lama juga tak update perkembangan si abang kecik Zaid salah sorang jantung hatiku ni secara eksklusif. Lately ni ummi sooo busy dengan biz. Syukurlah rezeki kan. So this time nak story pasal Zaid pula, si ‘abang baru’. Dah tak panggil “baby Zaid” dah… but u r still my baby, sayang :) Usianya sudah pun mencecah 2 tahun 7 bulan.

Gambar lama… ketika Zaid masih dalam walker… sekarang adiknya pula yang macam ni ;).
Zaid dah pun berusia 31 bulan yakni bersamaan 2 tahun 7 bulan. Mulutnya dah semakin becok sedikit demi sedikit sedari genap berusia 2 tahun. Dan lepas demam baru ni pun, bertambah lagi vocabulary dia walaupun pelat², hanya sebut hujung perkataan jer. Jadilah, ummi paham jugak… Contohnya ;
Te=Kereta, Lan=Jalan, acik adut= pakcik badut (tengok DVD kanak²), Pu=Susu, Di=CD, dan banyak lagi yang tak saya senaraikan… Kiranya sekarang ni tengah kemaruk nak bercakap le. Kalau tak, dia banyak diam je main toys dia.
Dulu Zaid suke kiss kiss…. Saya sebut kiss tu “sayang” … Owhh cair hati bila Zaid “sayang”! ;p Tapi sekarang dah takde sangat kecuali bila saya demand. Hihi… Biasalah, dah besar sikit kan.
Hobinye plak sekarang ni asyik nak berlariiii aje… badan kecik, rendang tapi dah berlari laju. Dan suka sangat dengan toys kereta. Maklumlah, boy kan… bila dia main kereta tu, asyiiik khusyuuuk je.

Comel je kan dua orang budak ni berinteraksi? Yang kiri tu anak jiran… pic ni pun ehsan dari akak jiran… mekasyeh.. ;)
Orang tua2 kata, kalo cepat berjalan, mulut plak lambat bercakap. Gitu juge sebaliknye. So, Zaid ni mulutnye memang lambat sikit nak keluar perkataan. Tapi dia faham apa orang cakap @ suruh ! Contohnye “tepuk tangan”, “sayang”, “mandi”, “mamam(makan)”, “allahuakbar(solat)” dan banyak lagilah words/terms yg si kecik ni paham. Tapi sejak lepas demam baru2 ni, mulutnya dah ringan sikit dan dah keluar macam2 perkataan yg boleh difahami.
Cuma… bila bergambar, mukanya serius jer. Susah sikit nak senyum. Mahal sangat kot nak tunjuk gigi² cantek beliau… haha ~
Sekarang, Zaid kan dah ada adik. So far, OK je dia. Tak adalah nampak sangat kecemburuan dengan adiknya. But sesekali tu kalau dia ‘melenjan’ abahnya, tu tanda nak perhatianlah kan… Pantang nampak abahnya balik kerja, terus nak ajak naik kereta. Tapi sekarang ni dah tukar pesen sikit, nak main game kereta pulak kat henfon abahnya. Sabooo je le… Meroyan abahnya kalau si anak ni terbukak internet. Mahal kena bayor kat pokcik Celcom.
Pagi² sampai tengahari, tinggallah kami tiga beranak di rumah. Yang lain semua pegi sekolah, abahnya keje. Kiranya tak sunyilah saya. Ada je peneman di rumah. Pagi² tu Zaid request lah nak tengok DVD yang dia suka. Lately ni saya pasangkan balik DVD Alvin and the Chipmunks Part 1 dan Part 2. Suke bebenor dia. Adakalanya pasangkan DVD Ana Muslim, Mukhlis ataupun CD kanak² Jepun yang ada pakcik badut tu. Magic English ada juga pasang. Apa² sajelah asalkan dia dapat belajar dan berhibur.
Gambar ‘lelaki kacak’ ketika menjadi rebutan ;)
Zaid wa Asma’, sepupunya… Tua sikit je dari baby Huzaifah. Thanx to her mommy for this pic. Masa ni rambut Zaid hensem lagi, sekarang dah potongan askar :p.
Sekarang ni saya perhatikan, Zaid agak minat melukis/menconteng dan mewarna walaupun dia bersendirian. Baguslah tu kan. Saya akan post entri khas tentang anak² dengan aktiviti melukis ni. Seronok memantau aktiviti anak-anak ni. Puas dapat tengok perkembangan mereka, tumbesaran mereka di depan mata.
Ok, next time update lagi tentang Zaid and his siblings. Thank you for reading. Selamat berhujung minggu! :)
Incoming search terms:
- lelaki hensem (59)
salam hanie..
bagus la zaid tak jeles kat baby… :)
btw, x leh nampok gambor nya hanie.. tpaksa la right-klik & open in new tab.. baru le dpt nengok si huzaifah yg semakin semangat…
wslm kkyong, jeles2 tersirat je la kkyong… bile dideranya abahnye…. huhu
la knape takleh tgk gambornye …
oh, zaid macam safiyyah la. diam je, main pun senyap je. tak bercakap pun. sekarang ni la baru dia mahu bercakap. alhamdulillah banyak le dah perkataan safiyyah boleh sebut walaupun pelat sikit. tu pun dah cukup melegakan hati dah
safiyyah jenis pendiam ye kak nadiah…
kdg kan, budak2 ni mas akecik pendiam, dah besar jadi peramah pulak.. hehe ;)
takpe k.nadiah, jgn risau sgt… ank sedara hanie dulu pelat sampai ke tadika… haaa… tp lepas tu ok je ;)
Wah kacaklah si Zaidi ini. Anak ummie yang baikkan. :-)
kacak kan… lelaki kacak tu ;)
insyaAllah, ank yg baik.. amin~ terima kasih
Zaid makin handsome…..smoga menjd anak yg solleh!
heee… thnx kak ani. amin! ;)
suruh zaid lukis gambar maknya dulu. mesti cantek kannnn. haha..
klu zaid lukih, habis la gambar maknye jadi ape2 ntahh… hoho
slm hanie…
comel nye ank2 hanie…
dah besar pjg dah dorang..
dah jd ank teruna dah..kejap lagi terima menantu pulak..hehhehe.. ;)
wslm k.intan… hee… thnx…
ank2 akk pun comel2 juge, tgk le ibunye ;)
hah… terima mnantu? sde kmungkinan juge tp utk anak dara tu lah… ;)
seronok tgk perkembangan anak kan..bila dah besar, rindu plak tgk gambar2 masa kecik…
lelaki kacak idaman saye smpai skrang..
weee..bile bf encem nk naik kete ngn kakak ni..hihi
ahaksss… mai le sini jemput si kacak.. haha
seronok kan dapat tengok perkembangan anak dari sehari ke sehari.
Zaid hensemlah!!
ye, ummiross… seronok dpt tgk sndiri prkmbangan anak2 ni..
time kasih !
seronok k.izan baca pasal abang kecik zaid. betapa beruntungnya kita kan dapat tgk anak2 semua membesar depan mata. hanie ada juga si kecik berdua tu masa anak2 sekolah n suami gi kerja. k.izan skrg ni bila dok sorang2 rasa lemau semacam je kekadang tu… ni yg rasa tak sabar nak tunggu bby keluar ni…
time kasih k.izan sudi baca….
ye, bile sema pegi skolah, mau tak lemau kite dibuatnye. takpe, sat gi keluar kak izan junior insyaAllah ;)
hensem si zaid ni , rambut ala2 perang gak .. hikhik ..
aah, rmbut dia perang2 plak bee… halus je ikut umminye kot :p
kacak dan hensemnyer dia…
time kasih ;)
zaid nie sebijik macam aiman dulu2,sebut perkataan yg hujung saja.hehe..
yeke kutu… klaka je kan ;) kiut