Yusry nafi kahwin Lisa Surihani 2012 ini

 

Aiyomaaa … aiyoppaaaa ….  ni ape cerita pulak … Kelmarin baca kisah Yusry & Lisa nak kahwin 2012 ni , tup-tup Yusry nafikan pula apa yang dianggapnya sebagai satu spekulasi .

 

Jom baca berita lanjut ;

 

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian pada Sabtu lalu.

Pihak KRU Studios dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini, Selasa berkata, laporan berita berkenaan adalah tidak benar dan ia mungkin berlaku salah faham.

“Akibat laporan berkenaan, Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012.

 

MyRAYA – Duit raya mencecah rm25 k !

 

“Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataannya Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan.

Katanya, pada masa akan datang dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa Surihani kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry dengan melaporkan pengarah filem Karak itu membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktres Erra Fazira.

 

yusry dan lisa surihani

-sumber

 

Hmmm … maybe Yusry dah serik dengan ‘sejarah’ masa lalu beliau dan tak mahu hubungannya dengan Lisa ni terlalu digembar-gemburkan . Biarlah bersederhana sahaja … baguslah begitu incik Yusry . Kecoh² tak menjamin apa² pun kan … Apa-apa pun semoga hubungan Yusry & Lisa ni berjaya sampai ke alam rumahtangga dan berkekalan hendaknya . Amin ~

 

p.s : Minat bebenor dengan dua² manusia ni :p

 

Incoming search terms:

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *