Watak animasi BoboiBoy pilihan kami

Salam Jumaat yang barakah .

Masih lagi dengan entri santai-santai tapi sensasi …. :)

Selepas animasi Upin & Ipin berjaya menakluki hati kanak-kanak , malahan orang dewasa juga ;) , kini animasi BoboiBoy pula mengambilalih posisi . Memang sedang hangat di pasaran lah !  ;) Terbaekkkkk ….

Tak tahan tengok kecomelan Yaya tu … :) Itu lah salah satu daripada DUA watak BoboiBoy yang menjadi pilihan kami . Seorang lagi tentulah si BoboiBoy sendiri .

Jom kita baca profail mereka ;

comellll bangat !

Nama: Yaya

Umur: 10 tahun

Kuasa: Kuat dan boleh terbang

Kesukaan: Kucing

Benci kepada: Lawak Boboiboy

Walaupun Yaya manusia terkuat di bumi, YaYa sebenarnya adalah sejenis seorang gadis kecil yang baik hati. Hanya ketika dia berjuang dia akan tunjukkan sikap yang lebih agresif. Pada waktu lapang, dia cuba untuk mendapatkan wang saku tambahan dengan menjual biskut yang dibuat ibunya. Dia orang yang paling masuk akal dalam pasukannya, YaYa biasanya menjadi pemberi kata-kata moral kepada teman-temannya. YaYa mempunyai kucing kesayangan bernama Potato.

Jom layan lagi pics budak comel nih ;

Lagi !

Ahaaa … udah-udah lettewww …

Jom kenali Boboi pulak ;

Nama: BoBoiBoy

Umur: 10 tahun

Kuasa: Tanah, Angin, Kilat dan kemampuan untuk membahagi menjadi 3.

Kesukaan: Bola Sepak dan “The Adventure of Bobos” .

Benci kepada: Adu Du Alien .

BoBoiBoy tinggal bersama datuknya Tok Aba yang mengandungi warung kopi tradisional. Kadang-kadang ia harus membantu datuknya di kedai sebelum pergi keluar untuk bertemu rakan-rakannya. Walaupun cerdas dan tangkas, BoBoiBoy cukup nakal dan suka bermain pranks kecil dengan teman-temannya. Walaupun  ia tidak akan ragu untuk melawan alien, raksaksa dan robot untuk mempertahankan keluarga dan kawan-kawannya.Pada waktu kegemarannya dia suka menonton “The Adventure of Bobos”termasuk bermain bola sepak dengan Gopal.

Credit bebanyak kepada Info BoboiBoy ! :)

Ini sedikit sinopsis BoboiBoy ;

Dalam  usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah  kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa  berbeza termasuk tanah, angin dan petir.

Turut  diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji koko ke planetnya, namun kerana tenaga dan kuasa biji koko yang begitu sedap,  seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk  mendapatkan biji koko tersebut.

Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.

Ying  karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak  pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu, Yaya pula  merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.

Sumber: Google

Adakah Upin & Ipin akan tenggelam selepas ini ? Itu saya tak pasti … Yang pasti die-hard-fan mereka takkan lupakan mereka …. betol tak ?

Bagi saya … dua-dua animasi ni best dan mempunyai keistimewaan tersendiri …. Caiyok2 team animasi Malaysia – Les Copaque dan Animonsta ! :)

PROMO: Jom beli t-shirt Boboiboy ! Harga special untuk pembaca blog ini. Just mention “Reader blog Ummihanie” ;)

tshirt original boboiboy

Incoming search terms:

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *