Virus raya masih menebal kah?
Salam AIDILFITRI !! ^-^
Tengok tu, dah raya ke-6 baru nak wish dalam blog ni. Sorry, maaf, ampun ye semua… saya tahu bukan ada yang jejak sangat pun ke sini, tapi bagi yang prihatin dan sentiasa berkesempatan menjejak time² perayaan cenggini, saya amat menghargainya…. :)
So… cerita pendek² je dulu ye. 2 hari menjelang Aidilfitri, saya dan anak² dah melepak di rumah emak saya di Parit Buntar. Ok, dah kira balik kampung la kan… hehe. Misi saya menyiapkan 2 jenis kuih raya iaitu kuih semperit dan sarang semut. Entah mimpi apa raya kali ni saya teringin bebenor nak buat kuih sendiri. Memang jimat la juga tang membeli kuih raya. Kami beli sejenis je tau ;) . Dan sebagai mak buyung, kudrat nak membuat kuih tu datang dari mana saya pun hairan, tak macam tahun² sebelum ni, saya memang bercinta nak buat kuih raya, maybe sebab ada baby yang masih kecil. Alhamdulillah, misi selesai! Sangat happy…. tambah² bila parents puji kuihku sedap. ahaksss~ Family kami memang penggemar kuih raya, tapi family hubby tak berapa sangat… cuma jenis² tertentu je.
Mak saya sibuk² buat persiapan masak berbuka dan masak lontong petang raya tu, saya pula sibuk nak selesaikan misi kuih raya. Start dari jam 9 pagi sampailah ke petang tak habis² lagi kerojenyer. Dah selesai misi kuih raya, start misi buat begedil pula.
Nak tayang juga kuih semperitku yang tak indah semperit koram… maklomle dah lama tak menekan acuan kuih, adunan pun kena adjust2 sikit kasi lembut, senang nak tekan adunan tu.
kelakar tengok mimik muka zaid ni beraksi dengan kuih semperit ummi nyer :p
kuih sarang semut sebelum ditabur chocolate rice.
pakai pemanggang ajaib jer membakornye ;)
ok… sarang semutku dah siap untuk dingaappp~
resepi kendian² story yer
Berbalik pada cerita raya. Makanya di hari raya pertama, di rumah emak abah saya sendiri… makan lontong emak yg best macam biasa. Syukur emakku diberi kesihatan yang baik berbanding raya tahun lepas, emak saya tengah tak sihat. Thank you Allah ;)
Sebelum Zohor, seperti yang telah kami laki bini capai kata sepakat, kami bertolak ke rumah mentua pula di Malim Nawar, Perak. Still in Perak…. cuma jarak je 100+ kilometer. Kami beraya di sana sehingga hari Sabtu, iaitu raya ke-3.
Tema baju raya tahun ini? Purple kot… Saya takde baju purple baru, tudung purple baru je ado. Tema pink anak beranak dengan the girls. Yang laki² dan abahnya tak ada baju pink. Sorry gambo raya tak ado lagi. Kena kidnap dari pak sedara dulu. Ni ada le sebijik snap sendiri gambo budak tecik.
Virus raya masih menebal kot… nak update pun belum ada mood sepenuhnya~
Incoming search terms:
- cara bakar biskut guna pemanggang ajaib (32)
- biskut raya guna pemanggang ajaib (26)
- resepi biskut guna pemanggang ajaib (12)
tak tebal, biasa-biasa aje. hoho
ye ke… ke poket tebal. bak sikit duit raya :p
Berapa jenis kuih Raya yang dihasilkan. Saya ketika beraya curi-curi juga menulis entri. :-)
2 saja… yg termampu dan tersempat… kudrat mak buyung ;)
beraya di rumah sendiri ke encik akubiomed? sy kalau di rumah emak atau mentua mmg tak buka komputer… intai2 blog kat henfon saja
orang johor raya sebulan…heeee. selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.
ye keee…. kami pun nak raya sebulan jugaklah ;)