Victoria Beckham menderita sakit tulang belakang

 

Salam bertemu kembali selepas 3 hari tidak ke udara …

Alhamdulillah , hajat hati nak balik ke kampung halaman berbuka puasa bersama emak tertunai jua hujung minggu baru² ini … 2 bulan tak balik dah terasa lama bebenor sebab biasanya kami akan balik 2-3 kali sebulan .

 

Bila baca berita isteri kesayangan David Beckham ni , rasa simpati pula . Victoria kini sedang menderita sakit tulang belakang (slip disc) selepas bersalinkan anak keempatnya , Harper Seven Beckham . Masalah ini sebenarnya dah bermula sejak hamilkan bayi itu lagi dan menjadi bertambah teruk selepas bersalin hinggakan Victoria tak mampu untuk mendukung bayinya sendiri .

 

 

Baca berita lanjut => DI SINI

 

Saya rasa , wanita yang biasa hamil memang agak berisiko untuk terkena sakit belakang seperti ini . Saya sendiri pun agak risau² juga sekarang ni sebab kerap juga terasa lenguh-lenguh di belakang badan . Mungkin akibat duduk terlalu lama ataupun keletihan menguruskan rumahtangga dan menjaga anak² yang masih kecil .

 

Di sini saya ada buat sedikit kajian tentang sakit belakang . Lebih baik mencegah sebelum parah , betul tak ? Ini ada beberapa langkah pencegahan sakit belakang ;

 

  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
  •  Berehat untuk meregangkan belakang badan
  •  Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks
  • Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis.
  • Kekalkan cara hidup yang sihat

 

Baca lebih lanjut => Di SINI

 

Jika anda hamil seperti saya , cuba amalkan tips² dari blog BengkungModen ni ;

 

  1. Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar. (
  2. Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
  3. Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda .

 

Owh … padanlah saya suka sangat berbaring mengiring ke kiri sejak hamil ni … tapi tak boleh lama² juga sebab tak elok untuk kesihatan jantung .

 

Pakai heels ? Oh no sorry memang saya tak minat langsung walaupun ketika tak hamil . Dah terbukti secara saintifik pun yang ianya tidak bagus utuk kesihatan .

 

 

Incoming search terms:

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *