Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Ustazah Firus : Ustazah Pilihan musim pertama

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Ustazah Firus : Ustazah Pilihan musim pertama

 

Korang ikut ke siaran Ustazah Pilihan ni ? Yelah,rata² semua melanggan Astro kan … Macam kami ni tak melanggan , tapi disebabkan ada internet di rumah ni,maka semua jenis info dan berita dapat tahu ;) .

Inilah dia juara musim pertama program Ustazah Pilihan , Ustazah Firus namanya . Sebaya je dengan den … ;)

 

 

SHAH ALAM: Kemuncak pencarian Ustazah Pilihan musim pertama berakhir apabila Firus Akhtar Mohamad Bohari, 27, (gambar) muncul sebagai juara.

Firus yang berasal daripada Kuala Lumpur itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Nurul Hidayah Kamarudin, 26 yang menduduki tempat kedua.

Juara sulung program tersebut menerima tajaan biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207.

Selain itu, Firus turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain.

Firus ketika ditemui selepas program peringkat akhir berkata, dia tidak menyangka akan menang pada program itu namun bersyukur rezeki berpihak kepadanya.

“Sejujurnya jika hendak dibandingkan dengan peserta lain mereka juga hebat-hebat belaka.

“Tambahan pula saya tidak mempunyai pendidikan khusus peringkat universiti dalam bidang pengajian agama. Namun rezeki berpihak kepada saya malam ini,” ujarnya.

Namun Firus memberitahu sepanjang hampir dua bulan berada di dalam program itu dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk berjaya.

Ujarnya, melalui Ustazah Pilihan dia banyak menimba ilmu dengan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar dan pengetua iaitu Dr Robiah K Hamzah.

“Saya mengharapkan melalui kemenangan ini akan menjadi batu loncatan buat saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat mengenai Islam,” katanya.

Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.

Sementara itu, ibu kepada Firus, Aishah Mohd Said, 56, melahirkan rasa syukur dengan kemenangan anak sulung dari enam adik beradik itu.

Aishah berkata, anaknya itu seorang yang pandai berdikari dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

“Dia seorang yang ringkas, berdikari dan suka berusaha tanpa membebankan orang lain,” ujarnya.

Pertandingan akhir Ustazah Pilihan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada malam Khamis itu turut menerima kejutan apabila menyingkir dua peserta iaitu Masfira Mustapha (tempat keempat) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (tempat ketiga).

Pada malam penentuan itu, semua peserta diberi tugasan untuk mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan.

Pemenang pada malam itu dinilai berdasarkan tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah).

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Dr Robiah serta dua tenaga pengajar iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Zawiah Hassan.

Ia dihoskan oleh Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani.

Tidak seperti program realiti lain, format Ustazah Pilihan berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.

Program siri pencarian berunsur Islam juga ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS).

Turut hadir dalam acara kemuncak itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis.

-Sumber

 

Tahniahlah diucapkan ye ustazah Firus … Semoga gelaran yang baru disandang ni dapat dimanfaatkan sebaiknya kerana ada tanggungjawab yang besar di sebaliknya .

Incoming search terms:

 

28 Responses

  1. kakyong says:

    tahniah.. baru je tahu lepas baca blog hanie ni..

    1-2 hari ni dok customize blog ibualiya .. tu yg tak sempat nak godek info sana sini.. ;) dah settle customize blog tu, baru la boleh ligat surfing..

  2. puan kutu says:

    woo firas menang ekk..jarang ikut sbb aiman asyik dengan kartunnya.ibu pula asyik dengan blognya..:)

  3. zie fauzi says:

    zie pun xde astro… x pasang sbb jarang tgk tv… ada internet cukup la…

  4. puanbee says:

    ade tengok , lupa nak update hehe ..

  5. amirulfaiz says:

    Berat amanah yang disandang Ustazah Pilihan ni. Bagus ada rancangan molek seperti ini.

    • Ummi Hanie says:

      betul,berat amanah tu…satu negara dah kenal lak tu .

      sebenarnye rncgn ni byk juga tentangan dr awal pengumuman nye kan … tp berjaya juga direalisasikan sampai ke penghujungnya

  6. nuriz says:

    tengok jugak rancangan ni tapi kalau tak dan tu astro dia ulang2 byk kali hehe

  7. izan ishak says:

    alhamdulillah…suka bila tau ustazah firuz menang…

  8. ibuhani says:

    ada astro tp x berkesempatan nak tgk pun….. :))))

  9. bui junaidi says:

    terima kasih sudi review blog bui nnt..bui akan sabar menanti..hehe

  10. Hanif says:

    Tahniah….
    Datang dari Hanif Bloglist

    Hanif blog bloglist

  11. hehehe hanie yg ke 800 ya…Followers yang ke 1000 baru akak bagi hadiah tau…..thanks ya follow akak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *