UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Urusan pencen arwah abah sudah selesai

Posted on December 30, 2015July 13, 2017 by Ummi Hanie

Salam wbt.,

Lega sekali urusan pemindahan pencen arwah abah ke akaun bank emak sudah selesai.

Sekurang-kurangnya emak ada juga pendapatan bulanan yang tetap… tiada lagi tanggungan pun, lepaslah untuk makan minum pakai…. insyaAllah.

Kakak sulung saya mulakan langkah, diteruskan oleh saya dan abang dengan menyediakan semua dokumen yang diperlukan antaranya;

  • Sijil Kematian arwah abah
  • Salinan IC dan Sijil Beranak semua adik beradik
  • Salinan IC arwah abah
  • Salinan IC emak
  • Salinan sijil nikah arwah abah + emak
  • Dapatkan cop Ketua kampung/ketua jabatan/etc.
  • Buka akaun bank emak dan buat salinan muka depan

Borang pemindahan pencen boleh dimuatturun secara online dari laman web JPA: PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN BAGI KEMATIAN DALAM PERSARAAN .

 

Borang Mengurus Jenazah pun boleh dimuatturun [KLIK].

 

Dah siap, compilekan semua dan hantarkan (pos atau pergi sendiri) ke Ibu Pejabat JPA;

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-88854906

 

Step yang last tu agak mencabar bagi kami. Buka akaun bank untuk emak.

Dengar macam simple je kan…

Yang jadi rumit tu kerana 3 buah bank yang kami pergi, kesemuanya menolak pembukaan akaun emak kerana masalah ibu jari tidak dapat diimbas oleh mesin pengimbas. Renyah betul.

Akhir sekali RHB Bank yang sudi membantu… syukur alhamdulillah. Bank yang paling dekat dengan rumah emak.

Proses ini mengambil masa hampir 4 bulan untuk selesai.

Terima kasih juga buat kawan arwah abah yang sudi menghantarkan dokumen² tuntutan pencen ni ke JPA Putrajaya. Kami hanya poskan ke rumah beliau sahaja.

 

kad pesara JPA

 

Dan emak sudah pun lulus mendapat tuntutan pencen arwah abah….

Tuntutan bantuan khairat kematian pun sudah dapat, berjumlah RM3 ribu.

Syukur alhamdulillah.

Semakan bayaran bantuan mengurus jenazah [KLIK]

 

Sumber imej: Google

Tweet
Fb-Button

27 thoughts on “Urusan pencen arwah abah sudah selesai”

  1. akubiomed says:
    December 30, 2015 at 4:37 PM

    Lega semua urusan rasmi sudah selesai. Saya dahulu juga pernah uruskan urusan pencen arwah bapa mertua dan arwah bapa saya.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      December 31, 2015 at 3:46 PM

      berbakti kpd arwah ayah2 kan…

      mudah2an tiba masa kita nanti, anak2 pula akan uruskan…

      Reply
  2. Raihanah Ahmad says:
    December 31, 2015 at 11:35 AM

    alhamdulillah telah selesai, lama juga ya prosesnya

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      December 31, 2015 at 3:41 PM

      aah lama juga sebab byk aral pula..

      apapun dah settle syukur sgt…

      Reply
      1. Raihanah Ahmad says:
        January 6, 2016 at 10:32 AM

        alhamdulillah lega kan dah settle. selamat tahun baru sis

        Reply
  3. Noriza Rahman says:
    January 5, 2016 at 11:50 AM

    Alhamduillah selesai walaupun mengambil masa yang lama

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 3:54 PM

      ye syukur… sepatutnya lebih cepat

      Reply
  4. titan says:
    January 6, 2016 at 10:11 PM

    memang kena urus awal bab-bab ni.

    lagi lambat, lagi malas nanti nak buat.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 3:55 PM

      malas tu kena buang jauh2 kan bro…

      kesian kat arwah, kesian kat emak… itu je la buat makan hari2…

      Reply
  5. Raihanah Ahmad says:
    January 7, 2016 at 11:50 AM

    selamat tahun baru sis

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 4:00 PM

      slmt tahun baru juga…
      sorry late reply :)

      Reply
  6. hasif says:
    January 8, 2016 at 3:16 AM

    alhamdulillah..berbakti kepada kedua ibu bapa anak yang solehah..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 4:36 PM

      mudah2an begitulah… amin

      Reply
  7. emalinmohd says:
    January 13, 2016 at 6:14 PM

    Alhamdulillah dah selesai semuanya…

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 4:38 PM

      iye… syukur sangat…

      Reply
  8. olaoli says:
    January 17, 2016 at 11:45 PM

    alhamduillah selesai dengan cepat..dulu masa arwah ayah saya meninggal tahun 1997 dekat 6 bulan baru dapat transfer kepada ibu saya..sekarang ni dah senang

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 4:53 PM

      lebih kurang la kita 6 bulan… kami cepat sikit je

      lega dan senang kan utk jangka panjang…

      Reply
  9. Fatin says:
    January 30, 2016 at 4:43 PM

    Alhamdulillah boleh settle everything tanpa banyak sangat cabaran. Saya ada lagi urusan yang tak settle uruskan harta peninggalan arwah ayah..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 4:54 PM

      moga urusan fatin dipermudahkan ye…

      kami pun bab harta peninggalan masih tak settle…

      Reply
  10. cik tom says:
    February 2, 2016 at 4:40 PM

    lama juga makan masa 4 bulan..alhamdulillah ada anak2 yg membantu..sejuk perut ibu sis mengandung… :)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 4:58 PM

      amin…. tq ciktom…

      hal harta lagi pening tak settlle lagi

      Reply
  11. Inspirasi Huda says:
    February 3, 2016 at 9:48 AM

    Alhamdulillah, moga diberi ganjaran sebaiknya di sisi tuhan di atas segala urusan yang dibuat unutk memudahkan kepada yang memerlukan. Tahniah!

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 3, 2016 at 5:24 PM

      insyaAllah amin…

      ini yg termampu..

      Reply
  12. kimmie says:
    February 5, 2016 at 7:41 AM

    alhamdullilah, urusan telah selesai dan berjalan lancar. Ada sesetengah procedure tu memang agak rumit, itu yg memakan masa agak panjang.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 5, 2016 at 3:38 PM

      betul tu kimmie…

      bab harta pusaka lagilah… doa moga dipermudahkan je…

      Reply
  13. sabree hussin says:
    February 12, 2016 at 5:10 AM

    Memang kena buat akaun bank baru ke? Atau sebelum ni tak pernah ada akaun bank?

    Reply
  14. Emy says:
    February 14, 2016 at 1:00 AM

    Huhu..memang betul..urusan dengan bank kdg2 terlalu rumit.

    Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 26
  • Page views today : 26
  • Total visitors : 287,130
  • Total page view: 824,101
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme