Urusan pencen arwah abah sudah selesai

Salam wbt.,

Lega sekali urusan pemindahan pencen arwah abah ke akaun bank emak sudah selesai.

Sekurang-kurangnya emak ada juga pendapatan bulanan yang tetap… tiada lagi tanggungan pun, lepaslah untuk makan minum pakai…. insyaAllah.

Kakak sulung saya mulakan langkah, diteruskan oleh saya dan abang dengan menyediakan semua dokumen yang diperlukan antaranya;

  • Sijil Kematian arwah abah
  • Salinan IC dan Sijil Beranak semua adik beradik
  • Salinan IC arwah abah
  • Salinan IC emak
  • Salinan sijil nikah arwah abah + emak
  • Dapatkan cop Ketua kampung/ketua jabatan/etc.
  • Buka akaun bank emak dan buat salinan muka depan

Borang pemindahan pencen boleh dimuatturun secara online dari laman web JPA: PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN BAGI KEMATIAN DALAM PERSARAAN .

 

Borang Mengurus Jenazah pun boleh dimuatturun [KLIK].

 

Dah siap, compilekan semua dan hantarkan (pos atau pergi sendiri) ke Ibu Pejabat JPA;

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-88854906

 

Step yang last tu agak mencabar bagi kami. Buka akaun bank untuk emak.

Dengar macam simple je kan…

Yang jadi rumit tu kerana 3 buah bank yang kami pergi, kesemuanya menolak pembukaan akaun emak kerana masalah ibu jari tidak dapat diimbas oleh mesin pengimbas. Renyah betul.

Akhir sekali RHB Bank yang sudi membantu… syukur alhamdulillah. Bank yang paling dekat dengan rumah emak.

Proses ini mengambil masa hampir 4 bulan untuk selesai.

Terima kasih juga buat kawan arwah abah yang sudi menghantarkan dokumen² tuntutan pencen ni ke JPA Putrajaya. Kami hanya poskan ke rumah beliau sahaja.

 

kad pesara JPA

 

Dan emak sudah pun lulus mendapat tuntutan pencen arwah abah….

Tuntutan bantuan khairat kematian pun sudah dapat, berjumlah RM3 ribu.

Syukur alhamdulillah.

Semakan bayaran bantuan mengurus jenazah [KLIK]

 

Sumber imej: Google

Incoming search terms:

29 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *