Upgrade ke pakej internet broadband Streamyx with Hypptv blockbuster deal 4Mbps

cbeebies hypptv

Salam & Hai,

Selepas beberapa tahun menggunakan servis telefon + internet broadband di rumah dari TM Streamyx 1Mbps, encik hubby dengan semangat rumah barunya upgrade ke pakej internet broadband Streamyx with Hypptv blockbuster deal 4Mbps.

Teringin nak upgrade ke UNIFI tapi kawasan perumahan kami sebelum ni belum ada fiber optic.

Pakej internet broadband Streamyx 1Mbps sebelum ini, kos bulanannya RM110/bulan.

 

 

Pakej internet broadband Streamyx dengan HyppTV 4 Mbps, kos bulanannya RM140/bulan + RM50/bulan (pakej tambahan) = RM190.

Jadi, kos tambahan adalah sebanyak RM80/bulan. Gitu kiraan matematiknya :)

Kami tak pernah langgan mana² kabel TV sebelum ini… Jadi inilah yang pertama kalinya.

Jadi, jakunla sekejap kanss…

credit: http://www.consumerinfo.my

Dengan pakej baru Streamyx 4Mbps+ HyppTV ni, dapatlah kami merasa menonton berulang-kali rancangan² TV kegemaran seperti CSI New York, Tanah Kubur (Astro OASIS), Kalau Dah Jodoh – Ustaz Kazim (Astro OASIS), kartun kanak² sepanjang masa di Cbeebies, Nick Jr. & Babyfirst.

babyfirst

Babyfirst… memang untuk baby-baby….

 

 

cbeebies hypptv

Cbeebies… untuk bayi dan kanak-kanak… malah orang dewasa pon enjoy :)

 

 

 

astro oasis hypptv

Oasis untuk orang dewasa… tapi anak-anak pun suka tengok

Upgrade pakej Streamyx HyppTv ni semua diuruskan oleh encik hubby.. cikpuan Hanie dan anak² tau dah siap jer…. ahaha…

Beliau pergi terus ke TM point yang mula² daftar talian telefon + Streamyx dahulu.

Nak daftar online di website TM Broadband Streamyx pun boleh. Klik klik klik je kan… apa² hal dail je nombor telefon 100 untuk terus berhubung dengan pihak TM jika ada sebarang masalah. Macam suami saya, digesanya cepat² sikit HyppTv tu supaya boleh ditonton, kalau tidak memang lambat² je depa nak buat kerja.

rumahku syurgaku

Setakat ni, hampir 2 minggu penggunaan Streamyx + HyppTV nampak gayanya agak memuaskan. Sesekala tersangkut tu biasalah. Nak tonton youtube di TV pun bolehhh baq hang. Memang best :)

Pakej Streamyx + HyppTV ni baru diuji oleh pihak TM pada tahun 2013 menurut blog Amanz.

Incoming search terms:

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *