Update tentang GA 3rd Anniversary [Mesti Baca , Mesti Rebut]

Salam ceria semua ! Setelah memikirkan semula hadiah-hadiah GA ni , maka Hanie telah membuat keputusan untuk membuat sedikit perubahan tentangnya . Tak apa , kan ? Tak merugikan peserta2 pun , lagi untung ada kottt … ;p

Ok ini hadiah asal ;

  1. Hadiah PERTAMA :  Baucer RM40 dari BabyKidsMatters (BKM) + Cash RM15 + P’iklanan sebulan di sini .
  2. Hadiah KEDUA : Baucer RM30 dari BKM   + Cash RM10 + P’iklanan sebulan di sini .
  3. Hadiah KETIGA : Baucer RM20 dari BKM + Cash RM5 + P’iklanan sebulan di sini .

Hanie ubah sikit hadiah2 tu jadi macam ni ;

  1. Hadiah PERTAMA :  Baucer RM40 dari BabyKidsMatters (BKM) + Bookmark Silver/Gold + 3 sachet Kopi RADIX .
  2. Hadiah KEDUA : Baucer RM30 dari BKM   + Bookmark Silver/Gold + 3 Sachet Kopi Radix .
  3. Hadiah KETIGA : Baucer RM20 dari BKM + Coaster+ 3 Sachet Kopi RADIX  .

Ok hadiah tajaan baucer dari BKM tu masih dikekalkan yer …. Kalau yang bujang2 single2 tu buleh laa hadiah2 ke kengkawan or sedara mara yg ade anak kecik , idak gitu …. kan seghonok dapat seghonokkan oghang lain… :)

Perubahannya pada hadiah cash dan tempat pengiklanan . Hanie ubah kepada BOOKMARK dari SINI dan juga Coaster (alas cawan) dari SINI …. supaya lebih ‘mesra alam’ gitew … buleh yer …. ;)

 

Boleh pilih nanti yer nak Bookmark Silver atau Gold …. :)

Dan Coaster pula begini rupenye ….

Dan ! Setiap pemenang juga akan dapat 3 sachets Kopi Radix . Apa khasiat Kopi RADIX ? Sila lihat di SINI … Kalau susah nak dapatkan di mana2 agen/stokis HPA , Pink Muslimah Store sedia poskan untuk anda . ;)

sedap tauuu …. ;)

Perhatian sekali lagi ye … Memandangkan widget Followers itu kengkadang agak mengong , maka Hanie ringankanlah syarat untuk FOLLOW tu yerk . Bukan nak paksa orang follow sgt pun … korang sudi add link blog saya ni dalam bloglist korang pun dah memadai …. tapi make sure inform lah saya yek …. ;)

Nampaknya tinggal beberapa hari saja lagi GA ni nak berakhir . Walaupun sambutan agak suam2 kuku , tak macam GA di Diariniaga.com tempoh hari , tapi saya redha je lah . Itulah hadiah2 yang termampu saya beri untuk berkongsi sedikit rezeki berblog ni .Ingat yer , ENTRI yang KREATIF dan PALING MENAMBAT HATI akan dipilih sebagai pemenang2 . Tiada bias di sini , InsyaAllah ! ;) Aspek REFERRAL juga mungkin memainkan  peranan . So , lebih rajin anda promote pada kawan2 anda , dan lebih menarik entry anda , siap sedialah untuk dinobatkan sebagai pemenang ! :)

Lastly … jangan lupa klik banner cantek ni dan …. hebahkan pada kawan-kawan anda tentang GA ini ! Tenkyu ;)

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *