Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Update pertukaran nombor telefon di mesin ATM

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Update pertukaran nombor telefon di mesin ATM

Baru² ni hubby dah tamatkan urusan dengan sebuah syarikat telekomunikasi (nama dirahsiakan dulu) yang mana sebelum ni nombor telefon hubby adalah nombor primary (nombor utama) untuk pakej 1 + 5 pakej postpaid syarikat *tuuut*.

Dah tawar hati dengan servis yang semakin kurang kualitinya, suami pun ajak saya dan familynya bertukar ke syarikat telekomunikasi *tuuut*. Haha. Ramai yang dah bertukar nampak gayanya. Hubby seorang saja tak tukar no. phone lamanya, kami semua yang nombor subsidiaries ni kalau nak maintain nombor lama, kena bayar RM40 untuk setiap satu nombor. Jadi, kami semua bertukarlah ke nombor baru walaupun agak berat hati sebab sayangkan nombor lama…. apokan dayo…

Ok, topik utama di sini, bila dah tukar nombor phone baru, kenalah update di mesin ATM sebab bila nak shopping online nanti, bila diminta nombor TAC, susahlah kan? Tergendala jawabnya urusan…

Mulanya saya ingatkan boleh update secara online sahaja di laman web bank, rupa²nya tidak boleh… Jadi terpaksalah saya menuju ke dua buah mesin ATM untuk dua jenis bank berbeza… Dapat lagi ilmu baru… Maklumlah, dah bertahun² mengunakan nombor telefon yang sama…

Caranya mudah saja;

  • Masukkan kad ATM.
  • Masukkan nombor pin, macam biasa.
  • Pilih menu Lain-lain.
  • Kalau ATM Cimb, pilih menu CIMBClicks.
  • Kalau ATM Maybank, pilih menu Maybank2u.
  • Taipkan nombor telefon baru anda.
  • Siap dan boleh teruskan aktiviti online shopping anda :)

Apa itu TAC?

TAC ialah singkatan kepada Transaction Authorisation Code. Apabila kita nak melakukan sesuatu transaksi online, TAC akan diminta untuk meneruskan transaksi sehingga berjaya, kecuali nombor akaun tersebut sudah disimpan dalam senarai Favourite.

Ianya bertujuan untuk sekuriti pengguna.

TAC

Ini ialah contoh TAC yang diminta ketika proses transaksi online.

 

Incoming search terms:

 

68 Responses

  1. akubiomed says:

    Kalau tukar nombor termasuk nombor ATM perlu dikemas kini dengan nombor baru.

  2. hatiputera says:

    memang patut dikemaskini nombor telefon tu kalau selalu buat online banking atau payment.

  3. Zura says:

    Sama je lah prosesnye…

  4. titan says:

    ohh..itu rupanya kejadahnya tac tu..

  5. Ummi Hanie says:

    den tak biasa bayor bil bulanan kat situ… shopping je keje… haha… x de lah… kadang2 tu kawan mintak tolong bank in… dah sah2 no. akaun org tu takde dlm fevret kita tol tak…

    aah tu la pasal.. bendenye selagi tak tukar nombor, x de le usik2

    • aimi says:

      habis tu kalau kita nak transfer duit pun xyah pegi bank la.. just buat online kat rmh camtu… ??? mslh sye mmg sme sbb kne update no fon.. ssh la.. takut salah and tak btol sis..

  6. papa mifz says:

    hari tuh pun PM tukar service provider, no telefon maintain sama…bila nak maybank2u tak boleh, rupanya walaupun no sama tapi bertukar service provider pun kena inform maybank…barulah den tau…risau jugak apabila tak boleh guna maybank2u, maklumlah skrg nih bayar apa2 pun semua guna maybank2u jer…mudah…:)

  7. puanbee says:

    oh dah boleh , dulu tk boleh nis kena pergi jumpa pegawai bank , sbb pernah tanya nak tukar no fon .. sejak bila blh guna ATM ni tk tau laa

    • Ummi Hanie says:

      baru2 beberapa tahun ni juga kot bee.. sbb dah semakin ramai org guna perbankan online, tak mcm dulu2

      • zueyusof says:

        errr hujung thn lepas, disember kalau tak silap, saya nak updated no telefon utk maybank2u, tapi Kena pergi counter… Maybank officer tu kata tak boleh dah update Kat ATM… Arahan baru maybank katanya. Blurr gak sbb sblm ni boleh je update Kat ATM. Malas nak argue, gi je la beratur… Sejam menunggu!

  8. Syarih says:

    ooo gitu ye nak tukar ye…tak pernah buat…lagipun beli barang tunai je…jarang nak beli barang online

  9. Denaihati says:

    baru tau switch syarikat lain pun kena bayar bayar RM40, kalau tak silap awal2 dulu free.

  10. Puan Kutu says:

    mmg sng je tp kena pegi mesin atm la kan..masa mula2 nak buat maybank2u pun kena pegi atm gak kan

  11. eiela says:

    saya dulu pakcik yang buatkan, sekarang dah tau nih tengok akak bg penerangan, insyaallah bleh buat sendiri dah kot

    • Ummi Hanie says:

      owh senang je kan eiela..

      cuma akk ni m’gelabah sikit, cari2 menu kat ATM tu mcm xjumpe je utk tukar no. telefon nih, picit2 cuba2 beberapa kali baru jumpe ;)

  12. saya says:

    info yang berguna..dan menjadi..tq

  13. Sham says:

    Terima kasih atas panduan… Tp untuk terkini maybank kalau nak tukar no telefon kita kena pegi kaunter dah sekarang tp untuk Maybank Kudat, Sabah..

  14. cik syila says:

    haa bru tercari2 camana nak tukar no fon kt akaun maybank2u.. thanks 4 info..

    http://healthydsyilla.blogspot.com/

  15. brohantu says:

    terima kasih atas informasi berguna. Mmg penting kalau selau buat urusan online

  16. lynda says:

    sy dah buat dkt msin atm tpy knpe xbole jgax yew

  17. Nur bahirah says:

    Untuk bsn, saye dah tukar no. Telefon, tapi bile saye shopping, BOSS CODE tu hantar dekat no.lame jugak. Macam mane ye? Biase die ambik mase berape lame?

  18. amir says:

    telco en C la tu kan? hehe

  19. sunarti maolan says:

    Thankyou for the info…..that is helpful.I’m going to try it tomorrow.

  20. fnj says:

    Knp sy x bleh buka cimb clik sy slps tukar no phone di atm??

  21. leya says:

    hari tu ada sy pg mesin atm,nk tukar fon no..tp tk dpt..ditulis kt screen kad kredit tmt tempoh.padahal next yr baru tamat.

  22. Rusyaidi says:

    Cam ner nk tukar nobo pin kad atm haa??

  23. Nur Atiqah Binti Ahmad Rudzi says:

    kalau bank islam pun cara yg sama ke kak ?

  24. nur diyana says:

    sudah buat tapi still ada no lama tak boleh tranfer mcm mna ya?

  25. Fakhrul says:

    Asslm, nak tanya boleh tak kalau bank islam tp p tukar nombor dkt atm cimb?

  26. Arai says:

    Nombor lama saya celcom.tapi disebabkan servis celcom yang cekik darah dan matikan nombor telefon saya tanpa mesej pemberitahuan.boleh ke saya buat penukaran di atm maybank untuk update nombor digi yang baru

  27. Razi says:

    Assalam kak Ummie Hanie,
    Boleh tak tukar no hp mlalui online kat laptop??

  28. Nabil says:

    Salam, saya nak tanya ummie ni. Adakah cara yg ditunjukkan tu masih sama utk tukar no. Fon bagi tahun 2018 atau dh berubah?

  29. Amim Blog says:

    Thank you for info. No phone dah expired. Terpaksa tukar nombor untuk terima TAC ?

  30. sitiumairah says:

    Tau tak bank islam nak tukar nombor fon mcm mana?

  31. Atikah says:

    Kalau bank islam boleh tukar no telefon dekat ATM jugak ke?

  32. Ms.Gg says:

    Bank Islam pula macam mana mahu tukar nombor? boleh tukar dekat ATM juga?

  33. Nurul says:

    Kalau bank islam tau. Xmacm mana mana?

  34. Anis Sofia says:

    Salam. Sy nk tukar number kat maybank,tekan maybank2u then keluar something pasal TAC. Tak minta pun no phone yg baru. Hmm saya tak tau TAC tu apa and macam mana nak tau num tac sy?

  35. AanieQ says:

    Kalau bank islam mcm mana yea?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *