Berapa kali perlu update blog dalam sehari , seminggu , sebulan ?

Salam berbahagia semua .

Sebagai seorang blogger , perkataan “update” blog memang takkan lekang dari kamus hidup . Blog sudah menjadi ibarat sebahagian dari kehidupan . Kalau tak update blog , mulalah terasa resah,gelisah … ahakss ~ tu dah tahap addicted sebenornya .Janganlah terlalu obses dengan aktiviti blogging pulak ye sampaikan terabai perkara² lain yang tak kurang pentingnya … ;)

 

 

Persoalan yang saya nak timbulkan hari ni ialah , berapa kali kita bloggers ni perlu update untuk sehari , seminggu atau sebulan ? Katakan sehari kita update 1 – 2 entri , makanya seminggu akan ada paling kurang 14 entri dan sebulan pula ada lebih kurang 60 entri . Banyak tu kan ?

 

Sifu blog saya (beliau lebih dalam bidang IM – Internet Marketing) , SmartZul berpendapat yang kita tak seharusnya update blog begitu kerap dalam sehari . Biarlah ianya dibahagi-bahagikan untuk beberapa hari supaya blog kita akan tampak sentiasa fresh dengan updates terbaru . Saya memang sangat bersetuju dengan pendapat beliau .

 

Akan tetapi sesetengah bloggers pula berpendapat yang kekerapan updates juga penting . Ini ada kaitan dengan ranking Alexa saya kira . Lebih kerap blog diupdate , maka semakin majulah ranking korang . Betul ke , wahai pakar² blog ? ;) Jika anda pentingkan kemajuan ranking anda , mungkin anda akan bersetuju dengan pendapat kedua ni .

 

Korang punya pendapat macammana ?

 

Ya , memang hebat kalau dapat update banyak entri sehari secara konsisten . Janganlah hari ini 3-4 entri , esok lusa sampai 2 minggu tak ada langsung entri baru . So , untuk inilah fungsi “Scheduled Entry” memainkan peranan penting . Saya sangat sukakan fungsi ini . Sebab adakalanya idea kita begitu deras sekali sampai boleh hasilkan banyak entri sekali harung . Tapi , janganlah tekan butang “publish” dan-dan tu juga . Aturkanlah masa untuk menerbitkan entri² tu secara berkala . Faham , kan ?

 

Ok sekian dahulu update ringkas dari saya untuk hari ini . Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini yea ;)

 

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *