Ummi ni lambat sangat la datang …

Dek kerana dah lama sangat anak bercuti sekolah,umminya pulak yang naik lemak. Ahahaha … bukanlah naik lemak apa … rasa macam tak puas je lagi rileks² gitu kan especially ketika berpantang hari tu.Saya start pantang je,cuti sekolah pun start ;) Bermula daripada semalam,tiada lagi episod rileks² di pagi hari yer … Ummi kenalah tengok²kan makan pakai mereka dan abah mereka juga walaupun sekadar bersarapan air secawan :-P

Ketiga-tiga anak kami yang bersekolah dan bertaska bangun awal dan mandi dengan sendirinya tanpa disuruh-suruh.Bagusss anak²ku … Semangat mau ada ! Munirah sudah pun mula ke taska sejak semalam , hari ini pula merupakan hari pertama persekolahan buat Kakak dan  Abang nya.

Kiri : Abang,Kakak,Oni (Munirah)

Depan: Zaid (interprem saje)

What’s the smartest thing your child has done? Share your story and stand to win 50k cash! Click for more info! #SmartMoments

Close up sikit gambo …

Alhamdulillah minggu yang sukar kini tidaklah lagi begitu sukar . Anak² yang demam tempoh hari sudah pun kebah sepenuhnya , cuma tinggal batuk² sedikit sahaja. Kesian si Zaid yang asyik termuntah² saja . Suap ubat pun muntah , makan nasi pun muntah … sudahnya badan nampak makin susut dan selera makan pun hilang.Tekak sakit gamaknya. Sian my baby boy :(

Cerita sikit perihal cik mek Munirah semalam – hari pertama masuk ke Taska.Pergi pagi tu,abahnya yang menghantar.Balik pula, saya yang menjemput.

taska dekatnye amat..jalan kaki jer ... lalalala ~

Hah terkedek² cik Oni jalan ke taska . Takpe,pagi² sejuk lagi … :)

Masa saya fetch dia tu,budak² masih ramai lagi yang belum balik.Semua tengah layan DVD kanak².Ada yang menari-nari,menyanyi² sama.Anak dara saya tu tersandar je kat dinding belakang tu.Bila dia nampak je saya,terus tersenyum dan bangun , cari beg sekolah dia.Teacher pun bukakan pintu grill yg sentiasa berkunci tu.Sempat le saya tanya anak saya ni OK ke … Teacher dia kata dia nangis sikit tak lama sebelum saya sampai. Alahai anakku …

Masuk je dalam kereta , anak dara tu mengomel ;

” Ummi ni lambat sangat la datang ambik Oni…”

Anak daraku yg seorang ni becok sikit mulutnya dan bahasanya pun boleh tahan ;)

Dia bahasakan diri dia Oni , tu sebab lekat semua panggil Oni ;) .

Saya pun jawab ;

“Mana ada ummi datang lambat , dah sekolahnye belum habis … Ummi datang betul² pukul 12.Budak² lain pun ramai belum balik lagi…Oni sorang je yang dah balik dulu” .

Ekekeke ~ Biasalah tu … First day kan … tapi dia nampak seronok je dan tak serik .

Uniform Taska pun tak dapat lagi. Yang saya perasan hari tu,uniformnya adalah t-shirt saja…Warna pink pekat. Mungkin sedang ditempah sebab kami pun baru je daftar beberapa hari sebelum masuk. So … pakai sajelah t-shirt muslimah yang ada beberapa helai dalam koleksi busana Oni ;)

Love the internet and want to be online 24/7 without worrying about your bills?Check out #DGGilaInternet sales right now! 

28 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *