Ulangtahun SEDEKAD perkahwinan dan hari lahir suami (belated entry)

ketam lembut kuala sepetang

Salam bertemu kembali. Lama sungguh rasanya tak update blog. Keras kejung rasa jari jemari ni nak menaip :p. Walaupun banyak kisah, banyak gambar nak dikongsi tapi masa seolah² mencemburui saya. Itu menunjukkan ketagihan blogging sudah berkurang, kan kan? ;)

Bila bukak PC je, mesti saya akan buka Facebook (cek order bisnes online, layan pertanyaan, update produk, follow up customer,blablabla…). Itu saja dah memakan masa yang panjang dan akhirnya membuatkan blog ini terabai. Ate, rezeki nak masyuk, jangan ditolak…. Alhamdulillah :)

8 Jun ’12 yang lepas, ulangtahun KESEPULUH perkahwinan saya dan suami tercinta. SEDEKAD sudah kami bersama, 5 orang cahaya mata sudah mewarnai rumahtangga kami… Tempoh SEDEKAD ini membuatkan kami saling mengenali perwatakan masing-masing ibarat “Sekilas ikan di air, tahu jantan betinanya”. Cewwahhh… Tempoh 5 tahun pertama ialah tempoh perkenalan. Iyelah, tak pernah bercinta kan… bercinta selepas kahwin gitu.

SEDEKAD ini jugalah kami ‘berkahwin’ dengan keluarga satu sama lain. Masing² sudah sangat memahami kehendak/karenah family masing². Dalam tempoh ini, 4 orang adik suami sudah berkahwin, tapi abang² saya jugak yang masih Single & available… belum jodohlah tu…

Sambutan anniversary? Tak ada apa pun… Tapi sebelum tarikh ulangtahun lagi encik suami dah hadiahkan sumthing yang saya selalu sebut², tak sangka pulak dapat dengan cepat. Klunya; “Update dari gajet impian”. InsyaAllah akan reveal selepas ini ;) TErima kasih darling untuk hadiah ni… memang sangat suka dan memudahkan untuk sentiasa online di FB, blog (tak selalu live update), cek emel…

Oklah nak dedicate lagu Sedetik Lebih (klik link, malas nak letak video lagi sekali) kepada encik suami… tapi kami nak tukar sikit tajuknya jadi “Sedekad Lebih”… boley? ;)

Apa yang kami harapkan, macam biasalah, semoga berkekalan rumahtangga kami, bahagia ke akhirnya… aminnn…

17 Jun pula, ulangtahun kelahiran encik suami. Bulan Jun memang bulan meriah kot bagi beliau. Jatuh pula pada hari yang sama dengan Father’s Day tapi kami tak sambut itu ok… Sambut besday je sikit²… Kebetulan sedara-mara dari Singapura datang beramai-ramai ke Parit Buntar, memang meriahlahhh…. Aktiviti makan-makan semestinyalah, abah saya bawa kami semua makan ketam lembut di Kuala Gula Sanctuary Resort.

ketam lembut kuala gula

Encik suami order 4 jenis hidangan Ketam Lembut.. yang paling sedap bagi saya, yang goreng tu lah…

Harga seekor ketam ialah RM6… jangan terkejut yer, memang mahal sebab prosesnya agak rumit ;)

First time dengar pasal ketam lembut ni dalam program Majalah Tiga di TV3…

kuala gula sanctuary resort

cik onie berlatar belakang kan kuala gula… nice view

Memang cantik sekali pemandangan di Kuala Gula Sanctuary Resort ni… Insyaallah lain kali boleh datang lagi…

kuala gula

2 anak dara sunti bersembang apa entah…

#Info: Apa itu Ketam Lembut?

Ia adalah ketam yang boleh dimakan terus tanpa perlu membuang cengkerangnya.

Jom Like page FB : Kuala Gula Sanctuary Resort

Ini sebahagian sedara-mara saya… termasuk kami, 9 kereta semuanya ke Kuala Gula ni ;)

Yang saya bulatkan merah tu, kereta² merekalah…

Happening je birthday lelaki kacak saya ni kan… rezekilah tu… ;)

Lepas selesai di Kuala Gula ni, mereka sambung pula makan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang. Kami tak joinlah, kami balik rumah sebab ada hal lain…

jamuan hari jadi oleh MIL & adik2 ipor

Gambar ehsan dari adik ipor…

Happy Birthday Abang ! Moga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan… aminnn

Galaxy terkecil tapi POWER

Incoming search terms:

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *