Ucapan selamat hari lahir
Tak terkejar masa untuk blogging sungguh saya sekarang ni. Begitu banyak cerita yang tidak tercatat di sini. Saya cuba sedaya upaya untuk cover mana yang boleh.
Liputan cerita harijadi 3 orang anak sengaja dirangkumkan sekaligus. Lagipun jarak antara tarikh lahir mereka tidak begitu jauh. Hujung bulan Oktober, awal bulan November dan hujung bulan November.
Kepada Muhammad Huzaifah, Muhammad Ukasyah dan Izzah Munirah, SELAMAT HARI JADI ummi abah ucapkan. Semoga menjadi hamba Allah yang bertaqwa, anak-anak yang soleh/ah dan insan yang berguna.
Huzaifah – genap setahun dah. Cepatnya baby ummi ni membesar… gigi semua dah 5 batang. Jalan dah laju, nak berlari dah pun.
Ukasyah/Abang – genap 7 tahun. anak bujang dah
Munirah – genap 5 tahun. masih di pra-sekolah untuk satu tahun lagi
Ok layankan kolaj gambar ye… Setiap kali birthday budak, memang saya rajen sikit buat kolaj ;)
Eh untuk anak bujang ni tak buat kolaj pula… sangat tak sempat. Ni pun dah tergeliat² urat tengkuk menghadap komputer. :p Tak apalah, next year ummi buatkan insyaAllah sempena birthday yang ke-8 pula.
Esok cadangnya nak khatankan anak bujang ni ! We’ll see… Ok sekian dulu update ringkas.
Jangan lupa support saya untuk contest gajet impian ni :)
Cuma klik butang G+ THANX SO MUCH !
muka anak-anak semua lebih kurang aje. senang nak kenal. hehe..
anak sendiri mesti kenal punyer…. hehehe
Selamat ulg thn buat anak2 soleh dan solehah semua…aunty doakan agar semuanya cemerlang dunia n akhirat…..
Wah abang dh nk khatan ye..Selamat berkhatan n jadi lelaki utk abg…
terima kasih kak nza… aminnn :)
itulah, abg kena kuat smgt sikit kasi cpt sembuh
happy birthday tuk adik2 comey sume…
moga menjadi anak yg soleh dan solehah..
tenkyu dear… aminn :)
selamat hari lahir untuk adik-adik semua.. semuanya comel-comel belaka hehe
terima kasih uncle donny… :) biasa2 saja ~
seronok tgk anak membesar dpn mata kan….ala nk tgk gambar abg…next year la kalau panjang umur… :-)
hehe kak sya. x tersempat nak buat hok abg punye
yup seronok tgk ank mmbesar depan mata…
selamat hari lahir juga untuk dua princess n sorg prince ummi abah.semoga Allah makbulkan doanya..:)
silap plak, dua prince n sorg princess kan?hiks..
yup betolll ;)
terima kasih…. amin… ;) opss pmbetulan ckit ;)
Selamat hari lahir. Minta maaf terlambat memberikan ucapan.
terima kasih… tak mengapa lambat pun, tuan tanah pun lambat buat entry ;)
selamat hari lahir Muhammad Huzaifah, Muhammad Ukasyah dan Izzah Munirah, moga jadi anak soleh dan solehah
terima kasih pkcik DH… amin :)
tima kasih mak jemahh…
iyelah, mak jemah ada projek enjen kuasa kuda… teman ni mane ade, pun x sempat… ape citer… hehh
xpe liputan basi pun buleh ;)
comel-comel ye anak!
Oh… Terima kasih :)