UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Ubat punggung kanak-kanak untuk melegakan demam dengan pantas

Posted on February 9, 2014August 4, 2016 by Ummi Hanie
Salam bahagia.

Jika anak-anak kecil mengalami demam, tentu ibubapa tak senang duduk, kan? Tak tidur malam dibuatnya juga.

Mana tidaknya, suhu badan anak wajib dipantau dengan kerap kerana jika suhu terlalu tinggi boleh mengakibatkan demam panas, yang seterusnya jika tidak segera diturunkan suhunya akan merosakkan saraf-saraf otak. Nauzubillah!

Demam memang tak boleh diambil mudah. Kena pantau suhu badan setiap beberapa jam.

Maka dengan sebab itu ubat punggung ini hampir wajib disimpan oleh setiap ibubapa. Termasuklah saya dan suami.

Biasanya suami beli ubat punggung ini di sebuah farmasi. Harga asal RM60, tawar² dapat la RM55. Ada 100 “peluru” dalam tu. Stok berapa tahun entah… hihi

ubat punggung untuk demam

 

Cara nak masukkan ubat punggung ni taklah susah mana. Biasanya doktor² di klinik yang buatkan betul tak? Tapi bagi ibubapa yang dah biasa, tak ada masalah.

Yang penting, ubat ni perlu disimpan dalam peti sejuk. Tak boleh terdedah pada suhu yang tinggi sebab ia akan mencair.

Biasanya doktor akan beri gel sebagai pelincir untuk masukkan ubat punggung ni. Macam kami ni, gel dah kehabisan, kadang² tu hilang ke mana² so alternatif lain, saya gunakan losyen je. Picit sikit, dan letakkan pada lubang punggung anak. Pastikan anak berbaring dalam keadaan mengiring, dengan sebelah kaki dibengkokkan. Masukkan ubat punggung ke dalam dubur anak, biarkan sebentar sehingga ubat betul² masuk. Ia akan mencair di dalam dubur anak dan suhu badan akan menurun dengan cepat.

Saya ada buat sedikit research, ubat punggung ni sesuai diambil untuk demam yang suhunya agak tinggi contohnya 38º Celsius ke atas. Kalau suhu kurang daripada itu disarankan ambil ubat demam biasa saja.

cara masukkan ubat punggung

 

Ada juga yang berpendapat ubat punggung ni tak boleh diberi terlalu kerap kerana khuatirkan kesan buruk pada rektum (dubur) kanak-kanak. Kita boleh refer pada doktor sendiri ya.

Jika dah buat kajian, terpulang pada ibubapa samada nak beri sendiri ubat ini pada anak-anak yang demam. Kalau tak confident, eloklah bawa terus ke doktor.

 

Panduan Dos untuk Kanak-kanak

Rujuk carta berikut (kredit) ;

 

suppository dose 4 kids

 

*Warning: 

Do not give more than 4 doses in one day or within any 24-hour period. Do not use for more than 48 hours at a time except on medical advice.

Incoming search terms:

  • ubat demam masuk punggung (142)
  • ubat bontot (118)
  • dos ubat demam masuk punggung (96)
  • ubat bontot demam (94)
  • kesan ubat demam masuk punggung (85)
Tweet
Fb-Button

30 thoughts on “Ubat punggung kanak-kanak untuk melegakan demam dengan pantas”

  1. akubiomed says:
    February 10, 2014 at 11:42 PM

    Hati-hati beri ubat kepada anak kecil ia perlu mengikut sukatan betul dengan mengikut umur.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 11, 2014 at 3:02 PM

      ye betul, tak boleh beri sebrangan lebih2 lagi ubat jenis makan

      Reply
      1. Syazwani says:
        January 26, 2018 at 5:52 AM

        Suhu panas anak at 39.1..panas xpandai turn. Jadi sy ambil ubt ni masukkan d lubang dubur, dlm beberpa minit panas Dia turun tapi Dia mengalami muntah2,asal ada mkn masuk dalam perut dia terus muntah. Risau pulak..

        Reply
  2. Mus says:
    February 11, 2014 at 3:54 PM

    pilihan terakhir untuk anak saya yang demam panas

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 11, 2014 at 7:59 PM

      demam panas sgt merbahaya. kalau cara ini tak berkesan juga, kena mandi ais tak silap saya.

      apa pun berdoa dulu pd Allah baru jumpa doktor

      Reply
      1. sulaimanothman38@yahoo.com says:
        September 23, 2014 at 8:45 AM

        SLM..based on pglmn..bagus utk turun suhu..masuk buntut yerus turun.ank aritu dh 3x suhu naik n selsemahijau.g pakar n cek paru2 …terpksa inject ..pastu terus OK..kos a bout rm120 per injection..

        Reply
    2. Ummi Hanie says:
      April 19, 2018 at 4:37 PM

      kami pin begitu jika ubat demam biasa tak jalan

      Reply
  3. nurul says:
    November 21, 2014 at 8:37 AM

    ini juga pilihan terakhir saya, hati2 bila gunakan sebab suhu yang jatuh terlalu rendah juga sangat bahaya..boleh jalan2 ke blog saya juga, bertukar tukar pendapat. http://www.kasehmelur.blogspot.com

    Reply
  4. mohd effandi says:
    June 7, 2015 at 6:27 PM

    Berapa dose utk kanak berat 11kg ?

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 8, 2015 at 12:45 AM

      biasa kami guna 1 biji sahaja sekali pakai

      Reply
  5. Raihanah Ahmad says:
    June 8, 2015 at 3:54 PM

    memang saya guna ni juga if anak demam.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 10, 2015 at 4:04 PM

      better fast than regret kan…

      *eh pandai2 je peribahasa omputeh tu

      Reply
  6. Cik Puan Ida says:
    August 26, 2015 at 12:36 AM

    Pernah guna utk anak2 bila mereka demam panas..cepat turun suhu
    detiksihat

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      April 19, 2018 at 4:36 PM

      ye guna ketika sangat2 perlu

      Reply
  7. sarah says:
    October 7, 2015 at 4:34 AM

    As salam..tumpang tanya..selalunya ubat punggung dan ubt paracetamol boleh bertahan berapa lama dlm peti sejuk ya? Sbb ank jarang demam, ubat sentiasa sy standby. Bila dh agak lama didlm peti ais, expired date nya hilang disebabkan terkena air. Tq.

    Reply
  8. ahmad suhaimi bin misran says:
    June 10, 2016 at 1:32 AM

    assalamualaikum..nk tnye ubat punggung tok anak tu brkesan dlm brpe lme?

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 16, 2016 at 12:58 AM

      w’salam. dalam beberapa jam. jangan ambil panadol sekali dlm satu masa ya. selangkan dlm 4 jam

      Reply
      1. Rohaizan says:
        July 28, 2016 at 11:09 PM

        Assalam…anak 7 bulan nk bg cmana puan…sebiji ke separuh…

        Reply
        1. Ummi Hanie says:
          August 3, 2016 at 3:06 PM

          wslm.. bby 7 bulan boleh insert 1 biji terus.

          Sini boleh baca;

          https://www.panadol.com.au/products/children/0-to-5-years/suppositories-6-months-to-5-years/

          Reply
  9. Kate says:
    December 24, 2017 at 4:13 AM

    Oh, bayi bawah 1 tahun pun boleh ambil juga. Syukur jumpa blog. Boleh lah beli ubat ni nanti. Tq awak..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      December 27, 2017 at 4:19 PM

      sama2 tapi ikut dos ya sis ;)

      Reply
  10. risma says:
    March 14, 2018 at 1:35 AM

    Anah saya 5hari sudah demam panas… Batuk bekahak… N slesma…. Dh bagi ubat peluru ni alhamdulillah ok…. Tp skrg panas badan dtg lagi…. Apa perlu saya buat.. Ubat apa lagi bagus? N apa ubat tradisional… Tlong… Ksian dkt anak

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 24, 2018 at 3:23 PM

      puan tuam2 badan dan kepala yang paling penting.

      saya selalu spare gel aloevera tu senang puan, lumur je kepala anak. cepat turun suhu badan

      Reply
      1. Uswahana says:
        April 16, 2018 at 10:21 PM

        Boleh saya tau gel aloe vera macam mana tu ya? Mana nak dapatkan gel tu?

        Reply
        1. Ummi Hanie says:
          April 19, 2018 at 4:13 PM

          gel aloe vera tu bersifat Soothing dan moisturizing.

          cik boleh dapatkan dari saya.

          http://www.wasap.my/60184027399/averaGel

          terima kasih

          Reply
  11. liza says:
    April 4, 2018 at 6:21 PM

    salam.. anak saya 8bulan, tp berat xsmpai 8kg. boleh ke bagi ubat supp tu? 1biji ke separuh ye? risau pulak makan ubat demam biasa tu xjalan..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      April 19, 2018 at 4:26 PM

      wslm, puan semak carta umur tu ye.

      klu ikut sy, mmg pernah bagi bila suhu tinggi sgt

      Reply
    2. Ummi Hanie says:
      April 19, 2018 at 4:38 PM

      1 dos (1 biji) cukup puan

      Reply
  12. yaya says:
    April 21, 2018 at 2:40 AM

    salam..ank sy 1thn5bln,tadi pagi sy ada bg dia ubat insert tu..lps tu suhu bdn dia dah turun..pda pkul 3 ptg td bdn dia panas lagi,sy bagi ubat dmam(bg dia mnum) tp suhu bdn dia tk turun2 juga..malah makin panas..pda pkul 8 mlm sy bagi lg ubat dmam(bg dia mnum) tp suhu bdn tk juga turun2.. sy nak bg ubt insert tu tp tk tahu smda blh bagi 2 kali sehari atau tak..puan blh tlg bagi sy instruction yg btl tak mcm mana msa dan dos yg sesuai utk ank sy? terima kasih puan

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      April 23, 2018 at 2:26 PM

      salam puan,

      kalau saya, bila ubat demam pun tak efek, sy dan suami mmg bagi je ubat insert.
      insyaAllah suhu turun. insert ni mcm ubat demam juga cuma tindakannya lebih cepat

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 35
  • Page views today : 41
  • Total visitors : 286,648
  • Total page view: 823,594
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme