Ubah selera dengan masakan Thai

Sejak beberapa hari ni mood blogging sedikit terbantut, akan tetapi kugagahkan jua. Apa lagi nak cerita pasal makan-makan, tentunya lebih bersemangat sikit agaknya. :p

Saya ada beli buku resepi keluaran PTS. Masakan Thai langkah demi langkah. Dan tertera di situ; Menu buku resepi PTS Gerenti Jadi ! Wah, terujanya saya. Dah feeling jadi chef masakan thai le pulok… ekekekeke~

Ok, kalau korang nak tahu, saya sangat menggemari masakan Thai dan selalu juga mengunjungi restoran² masakan Thai yang memang banyak ada di Parit Buntar dan Nibong Tebal ni. Mungkin sebab ada mengalir darah siam sikit dalam badan ni kot… entahlah, itu kata nenek saya. Ada juga yang kata saya ni macam rupa orang siam. Haihh… whateverr….

Ada satu restoran tu memang saya dah mark jadi favourite pun. Setiap kali ke situ, saya mesti order kueytiow ladna. Sekarang ni dah bertukar selera ke kueytiow kungfu pula. Sedap wo! Jarang² saya/kami order nasi putih dan aneka lauk-pauk tu. Sesekala je bila teringinlah. Next time cerita pula insyaAllah. Kali ni nak cerita pasal buku resepi ni je…

Inilah dia bukunya;

Kecik saja bukunya tapi gambar ini sudah menipu anda… tertipu tak?? :p

Inilah dia zoom in chef nya… Chef Nazira Noran. Comei je.

Kandungan buku ni sangat menarik. Dan yes, resepi² thai ni memang mudah belaka. Balik² guna bahan yang sama je. Contohnya daun ketumbar, kacang panjang, daun limau purut, cili api. Just naming a few lah….

Antara menu yang saya teringin nak buat ialah kerabu mangga! Walahhh…. Tau dan suka makan je, buatnya tak pernah…. Somtam pulak ape ye? Tak pernah order lagi tapi rupanya seakan kerabu mangga je. Ramuannya; betik muda, bawang merah, udang kering, kacang gajus, cili api, kacang panjang, daun bawang, tangkai kangkung, limau nipis, sos ikan, garam, gula.

Beza sikit dengan ramuan kerabu mangga; mangga  muda, bawang merah, kacang panjang, cili merah, cili api, daun ketumbar, kacang gajus, udang kering, limau nipis, garam, gula.

Hampir² nak sama tapi tak serupa….

Ini pula menu kerabu sotong thai. Aishh, semuanya kerabu sokmo yang saya featuredkan di sini ye…. ate, dah minat kerabu. ;) Sotong pun tengah ada ni, bolehle cuba.

Keseluruhannya ada 23 resepi mudah lagi lazat untuk RM5.5o sahaja bagi Semenanjung Malaysia dan RM6.50 bagi Sabah/Sarawak. Sangat berbaloi! Ni tengah ada stok daging, ingat nak cuba masak resepi daging ala thai lepas shopping barang dapur nanti, insyaAllah.

Kudos kepada Chef Nazira kerana menerbitkan buku resepi kegemaranku ini. :)

Incoming search terms:

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *