Tutti Frutti ~ teringin nak pekena sekali sebelum bulan puasa

Salam wbt.,

Dasar mak buyung kan… apa² teringin kalau boleh semua nak kasi dapat. Opss… sayalah tu kot… tak kata orang lain yee…. Orang tua² kata, budak dalam perut yang nak makan, so si ibulah kena makankan bagi pihak si janin. Wallahua’lam… Ada jugak orang tua² kata, kalau tak dapat apa yang teringin tu, nanti si baby asik meleleh² air liurnya… tihihi.. macam² ~

Tutti Frutti salah satunya. Dah berapa kali makan ye? 3 – 4 kali jugalah. Yang paling best time orang belanja. Weeee ~ kakak sendiri pulak tu. Bahagia sungguh.

tutti frutti

Itu dia… saya suka bubuh biji² Milo dan jeli tu… heaven sehh. Ada sekali tu try bubuh buah mangga kiub, tapi masam le pulokk… lepas² tu serik dah :p

Saya paling suka yoghurt perisa coklat dan red velvet. Korang?

Harganya memang agak a bit expensive sebab dikira mengikut timbangan. Lagi banyak ambil yoghurt dan bahan² “top-up” nya, lagi mahallah kena cas. Bayangkan, secawan Tutti Frutti boleh mencecah RM15? Fuhhh… maybe ada yang dah kena lebih mahal kan..

Plan nak pegi pagi tadi sebelum ke rumah mak, tak menjadi sebab planningnya tak berapa cantek. Ni tinggal beberapa jam saja sebelum menjelang bulan Ramadhan.

Oh sempena itu, saya ucapkan Salam Ramadhan Kareem, mohon maaf terkasar bahasa yang sengaja dan tak sengaja tu ye… Semoga kita dapat beribadat lebih di bulan yang mulia ini. Amin…. malam ini start Tarawikh dah kita :)

40 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *