Tutorial : Bina Sitemap untuk Blog

by Ummi Hanie on February 8, 2011

in Blog

 

Alhamdulillah , akhirnya berjaya juga membina satu SITEMAP untuk blog kesayangan ni . Itu pun sesudah ber dot com . Sebelum ni ketika menggunakan blogspot , banyak juga tutorial yang saya jelajah dan cuba apply tapi asik tak berjaya saje . Dengan bantuan plugin WordPress ni , barulah berjaya .

Apa itu SITEMAP ? Dalam bahasa Melayunya lebih kurang ; Peta Laman . Betul nggak ?  Macam jalan pintaslah untuk pelawat2/pembaca2 gitu … kiranya segala apa yang terkandung dalam blog ni diringkaskan dalam sebuah Peta Laman , aka Sitemap . Tak payah nak godek2 tempat lain lagi . Tapi blog saya ni dah terlebih navigasi kot ? But i like ..;p

Sebenarnya tak niat pun nak buat tutorial tapi alang-alang nak cerita tentang bagaimana berjaya bina Sitemap ni , kugagahakan jua diri ini membuat tutorial . Tapi ringkaslah yer dan untuk pengguna2 WordPress . Untuk blogspot , maaf sangat2 , saya sendiri tak berjaya buat maka tak dapatlah den nak nolong bagitau kat sini .

Ok , saya m’gunakan Plugin bernama ” Dagon Design Sitemap Generator “ .

  • Cari saja di ruangan Search Plugins yang disediakan .
  • Jika ada masalah , Google plugin yang kita mahu dan download dahulu ke dalam komputer (ini adalah cara manual) .
  • Kemudian uploadkan fail .zip plugin tersebut . Tak perlu unzipkan .
  • Sesudah siap upload ke dalam fail Plugin , terus Activatekan ia .
  • Kemudian , lakukan sedikit Setting di ruangan khas plugin tersebut .

Itu saja . Hasilnya beginilah ;

nice tak ? ;)

Oh ya . Ada satu step lagi ! Maaf ….

  • Create satu page (sama sahaja Blogger maupun WordPress) .
  • Di ruangan page baru tersebut , pilih tetapan HTML dan masukkan code ini ;
<!-- ddsitemapgen -->

 

  • Save , kemudian biarkan ia sekejap . Tinggalkan hal sitemap ini dahulu . Dalam beberapa ketika kemudian (maaf saya tak pasti berapa lama) , Sitemap blog anda akan muncul dengan jayanya ! Horay ! :)

 

Pada mulanya saya dah sedih , ingatkan benda ni tak menjadi . Alih2 , menjadi pulak ! Yip2 Hooray sekali lagi ! :)

Selamat mencuba  ;)

{ 13 comments… read them below or add one }