Travelog Langkawi 2017: singkat tapi padat & menyeronokkan

Salam readers,

Travelog Langkawi – Mac 2017 kali ini singkat sahaja perjalanannya.

Walaupun 2 malam, tapi masa agak suntuk.

Jadilah….. anak-anak pun seronok sebab dapat beberapa pengalaman baru lagi menarik.

Kami terjah 2 lokasi je kali ni tapi aktiviti padatlah juga.

Yess… Hanya 2 lokasi (tak termasuk shopping mall lah).

Malam terakhir di Langkawi baru ummi sibuk dengan shopping. kikiki ~

Oh yaaa… kali ni kami stay di sebuah homestay di pinggiran bukit.

Tak jauh dari airport Langkawi. Kiranya strategik jugaklah.

Di airport dan mana-mana pun… family besar kami akan mencuri tumpuan….

kenapa…… salahkaaa kami ni kejadiannya RAMAI…..

iolz dengan 7 anak…. chinese girls depan kami asik usha-usha sambil tersenyum je

nawfal (ummi riba) dan muaadz pertama kali naik aeroplane…

Asalnya anak-anak kami tak mau dok homestay. Dah biasa stay hotel je kan.

Lagipun depa nak mandi kolam.

Syukurlah homestay yang encik hasben pilih ni ada kemudahan kolam renang, dan harga yang sangat berpatutan. Sebab bukan musm cuti sekolah. Harga pun bukan harga peak-hours.

Kereta sewa kami dapat Toyota Avanza baru punya… memang pueh ati. Muat jugakla kami 9 beranak ni. Dah biasa naik Innova kan… tapi anak-anak enjoy juge sebab dapat kereta baru kot.

 

 

Cantik kannn homestay kami…..

 

Berjimba di The Oriental Village Langkawi

 

Hari pertama sampai Langkawi, kami tak ke mana-mana. Just pi cari barang makanan dan anak-anak berjimba di kolam renang. Mak budak tak jenguk kolam pun sebab tak larat.

Hari kedua, pagi-pagi kami dah bergerak. Jarak lokasi yang nak dituju ni yakni The Oriental Village, Langkawi yang terletak di Burau Bay, tak jauh dari homestay kami.

Encik hasben uruskan beli tiket semua.

Kami ambil tiket jenis pakej 4 dalam 1 untuk aktiviti² ini;

 

  • SkyCab (dahulu dikenali sebagai Cable Car)
  • SkyDome
  • SkyRex
  • 3D Art Langkawi

 

Dalam semua aktiviti ni, hanya SkyCab yang kami dah experienced beberapa kali, kecuali untuk Muaadz dan Nawfal sebab mereka baru pertama kali ke Langkawi.

 

anak-anak ketika dalam SkyDome

 

anak veranak dalam skycab

 

 

dan….. SkyRex adalah yang paling thrilled dan menyeronokkan. Pengalaman berada di dunia dinosour yang terasa agak real. Korang waaajib try ! Baca lebih lanjut di sini; http://www.panoramalangkawi.com/skyrex/.

 

Korang akan naik satu train yang akan bergerak beberapa meter ke hadapan, lepastu bergerak-gerak ikut suasana ‘dunia dinosour’ tu nanti. Pehhh…. babak-babak terakhir memang mengujakan. Takleh la cerita kan. Kena rasa sendiri hiksss ~

 

3D art museum pun best juga. Selalu dok tengok orang tayang gambar berposing macam² gaya berlatarbelakangkan pelbagai gambar menarik, seolah-olah begitu real. Itulah efek 3D.

Makanya rogiiii kalo tak snap pic banyak-banyak…. sempat la juga kami berposing sedikit sebanyak sebagai kenangan…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

alamak sorang terkeluar dari “buku”

 

 

antara scene paling ummi suka

 

 

 

 

 

 

Opsss…. sebelum masuk muzium, kitorang main dengan arnab-arnab jinak dulu….

 

 

2017

 

 

throwback 2013 – cik kak tu kecik lagi. dan yg dalam stroller tu anak ke-5 masih baby *pstttt… gambar ni telah ‘dicuri’ masuk dalam sebuah buku rujukan UPSR

 

Underwaterworld Langkawi

 

Oleh kerana anak-anak teruja nak tengok penguin secara live, makanya kami tuju juga ke Underwaterworld Langkawi ni. Ke sekian kalinya juga.

 

 

 

 

 

 

 

 

OOT gambar di Dataran Lang sekeping

 

Malam…. umi reserve khasss untuk shopping COKLAT sahaja di HIG…. mana lagik. Maaf, tiada gambar yea. Ummi sibuk sangat pilih coklat yang sesuai. hiksss ~

 

==================================

Kos percutian bajet kami kali ni…. agak²nya berapa ya?

UH bagi secara random je yer…..

 

Tiket AirAsia 9pax pergi balik – ±RM250

 

Homestay 3 hari 2 malam + kereta sewa (pakej combo)- RM500

 

Jalan-jalan – ±RM300

 

Shopping – ±RM230 (termasuk beli gambar di lokasi jalan²)

 

Makan – ±RM120

 

 

Total = ± RM1400 (random okayyy…. mungkin terlebih, mungkin terkurang sikit)

 

Throwback Travelog Langkawi 2012 – Makam Mahsuri

Ya, throwback 2012.

2017 ni kami tak pergi.

Sebut saja Mahsuri, semua mesti kenal kan?

Wanita melayu Lagenda.

Sejarahnya yang tragis diabadikan di pulau tumpah darahnya, Langkawi.

Dan siap dibina Kota Mahsuri lagi untuk pengunjung melawat dan mendalami sejarahnya.

Termasuklah kami anak-beranak.

Walaupun ketika ini kali kedua menjejak kaki ke Pulau Langkawi, tetapi ini kali pertama melawat Kota Mahsuri. Sedar tak sedar 5 tahun dah berlalu…

Tak lepaskan peluang naik ke rumah Mahsuri.

Rumah kampung klasik, dilengkapkan dengan sedikit perabot termasuklah endoi (buaian) anak Mahsuri.

Terpampang juga potret Mahsuri yang cantik manis.

Tapi seram kalau tenung lama-lama…. hihuuu ~

 

melawat rumah mahsuri di langkawi

kakak beraksi di dapur Mahsuri. cayalah. masa ni baru darjah 3 ^-^

 

 

langkawi bird paradise

 

mandi manda....

mandi manda….

 

 

insyaAllah, next year – 2018 punya dah ada lokasi travel. tapi dirahsiakan dahulu dari anak-anak…. yang penting, percutian bajet. till then…. muahh ~

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *