Travelog Haji 1435H: Madinah (Bahagian 2)

masjid quba' madinah

Salam wbt.,

 

Travelog Haji 1435H: Madinah | Cuaca ketika musim haji 1435H memang sangat panas. Terik panasnya.

Keluar dari hotel je terus terasa bahangnya bagaikan di dalam ketuhar.

Maklumlah, dalam bilik hotel, 24 jam on aircond. Sejuk wuiiii ~

Tapi panasnya kering, tak lembap macam di Malaysia ni.

So kuranglah berpeluh.

Orang kata, kat sana takyah dok mandi sangat pun takpe.

Hmm… orang Malaysia ni mana biasa macam tu kan… sehari 2-3 kali mandi mestinya.

 

Di sana digalakkan pemakaian topeng muka, kerana selain faktor perubahan cuaca yg mendadak, faktor kesihatan juga salah satunya.

Saya pilih pakai niqab…. doa sekali agar diberi kekuatan utk teruskan pemakaiannya satu hari nanti. amin…

 

alharam

 

Di sinilah kami menginap…. Al-Haram Hotel. Tingkat 8.

Bilik saya dan kawan² special sikit. Bilik OKU. Luas. Syukur…

Hotel ni selang satu blok saja dari Masjid Nabawi… intai celah² lorong blok bangunan tu, nampaklah masjid…

Pejabat Tabung Haji, klinik, dewan makan semua lengkap.

Sampai² Madinah tu, esoknya ada taklimat jemaah haji.

 

al haram hotel 2014

hallway Al-Haram… cantik tak?

Tiap² hari dan waktu solat lalu hallway cantik ni. best….

Sesak² nak naik lif je tak best.

 

madinah panorama 2014

panorama mode…. masjid nabawi 2014

Lintas jalan sikit, sampailah ke masjid…

Kiri kanan kedai² yang melambai² kami. hihi… sabor je

 

masjid nabawi 2014

interior Masjid Nabawi bahagian wanita yang sangat indah

Dari hotel dah sejuk, keluar hotel, panas terik. Masuk masjid sejuk balik.

Nyamaaaan sekali.

 

Bahagian wanita dalam Masjid Nabawi ni dibahagi kepada dua.

Satu bahagian untuk wanita yg membawa anak kecil, bahagian satu lagi di depan ialah untuk yg tidak bawa anak kecil.

 

Nak cerita, pengalaman awal² di Masjid Nabawi.

Saya duduk di bahagian wanita yg bawa anak kecil. Termasuklah bayi.

Mulalah rasa rindu pada anak kecil saya tu membuak².

Tengok anak orang pun dah macam nampak anak kita.

Ok lagi tu.

Ada satu hari tu, untuk solat Maghrib dan Isya’, saya duduk bahagian ada anak kecil juga.

Suka gamaknya kan.

Lepas tengok baby org Arab tu, air mata saya tiba² tak tertahan habaq hang… lajuuu je mengalir keluar.

Saya terus pakai niqab untuk cover tangisan. So siapa pun tak tahu.

Itulah sedikit pengorbanan haji….. moga Allah terima.

 

di hadapan pintu Masjid Nabawi... indahnya pemandangan

di hadapan pintu Masjid Nabawi… indahnya pemandangan

 

Nikmat masuk Raudhah dalam Masjid Nabawi

Dalam Masjid Nabawi, ada satu ruangan dinamakan Raudhah.

Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya lebih kurang begini;

“Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” (HR. Al Bukhari & Muslim) 

 

Nak masuk Raudhah dan solat atau berdoa di dalam tu bukan mudah ye.

Musim haji begini, memang sesak dengan manusia pelbagai bangsa dari macam² negara.

Sebab semua tahu kelebihan beribadat di Raudhah.

Maqam Rasulullah SAW dan 2 orang sahabatnya Radhiallahu Anhum iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar ada di situ.

 

Karpet di Raudhah berwarna hijau, tak seperti karpet² di bahagian lain, warnanya merah.

Untuk kaum wanita, Raudhah tak dibuka setiap masa seperti untuk kaum lelaki.

Dan tak semua bahagian Raudhah dapat masuk, contohnya Maqam Nabi, Abu Bakar & Umar.

 

 Waktu-waktu melawat Raudhah utk wanita ialah;

– selepas Subuh, waktu Dhuha

– selepas Asar

– selepas Isya’ (paling panjang)

 

 

kubah hijau maqam rasulullah

Di bawah kubah hijau inilah terletaknya Maqam baginda Rasulullah SAW yg mulia

 

Kali pertama saya dapat masuk Raudhah ialah pada waktu malam.

Tak silap saya hari yang sama sampai di Madinah.

Sebelum masuk pun dah beratur panjang, alhamdulillah nasib menyebelahi saya.

Allah izinkan saya masuk Raudhah, solat sunat 2 rakaat dan berdoa di situ.

Betul² bawah tempat azan. Area tu muat untuk beberapa orang sahaja.

Puas betul hati. Balik hotel dengan hati yg berbunga-bunga… :)

 

raudhah

 

credit

 

 

raudhah getaway

laluan menuju ke raudhah

Suasana pagi hari ketika laluan ke Raudhah dibuka utk wanita.

Itu ialah jemaah Indonesia.

 

 Hari kedua di Madinah, Tabung Haji buat lawatan pagi  beramai-ramai ke Masjid Nabawi dan ziarah Raudhah.

Hah masa inilah sesak tak hengat. Sebab bercampur sudah dengan jemaah²/rombingan negara lain.

So terpaksa masuk ikut giliran.

Sementara sampai giliran, pengawal wanita berniqab + jubah serba hitam beri sedikit tazkirah.

 

raudhah

alamak malu nk tempek tp takpelah… silau tuuu~

Ini baru keluar dari Raudhah. Ya Allah rindunya….

 

Kali pertama seumur hidup nak masuk Raudhah ni, serba tak tahu juga.

Bila dengar pengawal² wanita Arab sebut “ziarat/ziarah” baru saya faham maksudnya.

Ziarah Raudhah dan maqam Rasulullah maksudnya.

Keseluruhannya sebanyak 4 kali saja saya dapat ziarah Raudhah sepanjang di Madinah.

Syukur sangat dah rasanya.

Suami dapat banyak kali, maklumlah sentiasa terbuka untuk lelaki kan.

Pengalaman sedikit ajaib bagi saya ketika melawat Raudhah… bulu roma sentiasa meremang, dan badan jadi seram sejuk.

 

Antara adab² di Masjid Nabi & Raudhah;

– Sentiasa jaga pandangan

– Jangan terlalu banyak bersembang

– Banyakkan bersolat sunat/qadha’, baca Quran, zikir

– Niat ziarah Nabi & jangan lupa pohon ampun kerana tidak banyak berselawat ke atas Baginda

 

Solat dan mengaji al-Quran di Masjid Nabawi

Perasaan tenang ketika berada dalam masjid Nabawi sukar nak digambarkan dengan kata-kata.

Ada satu masa, saya duduk di masjid dari selepas subuh hingga zohor.

Sempat beriktikaf (tidur sebentar) di situ. Seronoknya rasa ya Allah….

Kebiasaannya selepas subuh akan balik ke hotel. Begitu juga selepas zohor.

Kadangkala lepas Asar terus sambung ke Isya’.

Bila stay lama di masjid, dapatlah mengaji lebih banyak.

 

Bab ambil wudhu’ memang jadi isu di tanah suci.

Tapi di Masjid Nabawi ni tak susah sangat berbanding di Masjidil Haram.

Sebab itulah Tabung Haji ada bekalkan botol spray untuk kemudahan mengambil wudhu’.

Saya tak dapat sebab tak attend kursus perdana haji.

Jadi, mengulang ke bilik air sajalah bila perlu.

Canggih tandasnya, 2 tingkat lagi. Siap ada kemudahan eskalator.

 

Satu petang yang indah, teringin pula saya nak duduk² di bahagian luar masjid (kompaun masjid yg sangat luas).

Saya bersandar di sebuah tiang sambil melihat² keindahan binaan masjid, antaranya payung kembang kuncup automatik tu.

Suka juga melihat pelbagai gelagat manusia.

Dalam dan luar masjid sama saja ramainya. Tapi aman.

Tabiat org² Madinah mungkin, mereka suka berpikniktak kira di dlm atau luar masjid.

Tak jauh dari tempat saya bersantai, ada sekeluarga Arab sedang berpiknik.

Menu biasalah… mesti ada roti, kurma, air teh halia @ teh pahit dalam termos.

Perut saya memang sangat lapsr ketika itu. Allah Maha Mendengar.

Seorang wanita Arab dr grup keluarga berpiknik tadi menghulurkan saya satu cawan plastik penuh dgn kurma yg lembut lagi sedap. MasyaAllah…. Sedapnya saya makan kurma² tu.

Kemudian dihulurnya roti pula. Tau jelah roti arab tu. Besar.

Syukur alhamdulillah. Jadilah buat alas perut sementara nak makan malam.

 

Ziarah sekitar Madinah – MASJID QUBA’ & Jabal Uhud

Beberapa buah bas disediakan pihak TH untuk rombongan jemaah haji melawat sekitar kota Madinah.

Kebetulan suami ada kenalan Facebook yg bermastautin di sana.

Ustaz F namanya dan dia pesan kami suruh naik bas yang dia akan jadi ala² pemandu pelancongnya.

Memang seronok dan puas hatilah dengan beliau.

 

Mula² kami dibawa ke Masjid Quba’ yg tak berapa jauh pun dari hotel Al-Haram.

Di sana dapatlah tunaikan solat sunat 2 rakaat.

 

masjid quba' madinah

Bergambar kenangan bersama suami tercinta di Masjid Quba’

 

 

Ingat lagi di situ saya beli 4 untai tasbih manik mutiara dari seorang budak perempuan. Mungkin saya beli sebab tersedik sedikit rasa simpati. hihi…

 

 

Then kami dibawa melawat gunung Uhud, tempat terkenal lagi bersejarah – Perang Uhud.

Sangatlah BESAR bukit uhud ni…. menurut cerita ustaz F, bukit Uhud ni datang dari syurga.

Ia datang ke bumi mengikut Rasulullah SAW kerana sangat rindukan baginda… Allah…

dan di hari Akhirat nanti bukit Uhud ni akan kembali semula ke syurga.

Bertuahnya rasa dapat tengok objek syurga dengan mata kepala sendiri. :D

 

jabal uhud, Madinah

pemandangan bukit Uhud dari dalam bas

 

 

Perkuburan Baqi’ @ Jannatul Baqi’

Letaknya Syurga Baqi’ @ Perkuburan Baqi’ ni di sebelah masjid nabawi sahaja.

Akan tetapi, kaum wanita tak dibenarkan masuk. Cuma doa dari luar temboknya saja.

Oh ya, panggilannya Jannatul Baqi’ kerana perkuburan para sahabat dan iateri nabi ini merupakan taman² syurga.

 

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian pengalaman kembara haji saya di Madinah.

Mungkin tak sehebat pengalaman orang lain, tapi bagi saya sangat istimewa.

Anak² yang ditinggalkan, dengan izinNYA dilupakan sementara.

Bukan lupa terus maksud saya, tapi Allah lupakan sebentar dengan kesibukan beribadat.

Di Madinah, kita banyak belajar cinta dan rindukan Nabi SAW, insaf dengan kelalaian kita terhadap Allah dan RasulNYA.

 

 

harian metro

wah encik hubby masuk paper :D

selawat

 

Bersambung travelog haji dengan kisah di Makkah pula :)

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *