Travelog Haji 1435H: Madinah (Bahagian 1)

Salam wbt,

Travelog Haji 1435H: Madinah | Nak bercerita kisah/pengalaman ibadah haji pun tak tahu nak mula dari mana. Yang pasti, ianya menjadi satu kenangan terindah dalam memori hidup Ummi Hanie.

Terpaksa berkorban perasaan meninggalkan anak-anak tersayang, yang paling kecil baru berusia 10bulan ketika ditinggalkan. Namun sangat berbaloi dengan pengalaman yang diperoleh.

Serius, jiwa saya masih melekat di tanah suci. Kalau boleh rasa nak ulang semula masa yang telah berlalu.

47 hari di Makkah dan Madinah merupakan satu tempoh yang amat bermakna.

Dan sepanjang tempoh itulah dapat merasa berdua semula dengan suami tercinta. Honeymoon pun tak lama macam tu kan?

Mula-mula berdua tu rasa macam kekok sedikit, sebab dah terbiasa anak-anak kepung keliling :)

 

Mendarat di lapangan terbang Madinah

Perjalanan jemaah haji dari Kelana Jaya ke KLIA sebanyak kurang lebih 10 buah bas diiringi oleh eberapa orang polis trafik yang menaiki motorsikal berkuasa besar.

Sungguh rasa istimewa sekali Dhuyurrahman @ Tetamu Allah yang kerdil ini.

Usai urusan di KLIA, penerbangan bermula beberapa minit sebelum solat Subuh.

Jadi kami perlu buat solat menghormati waktu, dan menggantinya (solat subuh sempurna) apabila sampai di Madinah nanti.

Memang kami minta penerbangan awal, jadinya jemaah kami KT9 mendarat di Madinah dulu.

Sungguh lama masa penerbangan… hampir 8 jam.

Layanan sangat baik dari krew² SAUDIA Airlines.

Apapun syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar, dan selamat tiba ke destinasi.

Dapat pula tempat duduk istimewa. Di sayap kapal terbang. Ada ruang luas di hadapan kami.

Kapal terbang SAUDIA tu 2 tingkat. Kami duduk tingkat bawah je.

Teringin juga nak mengintai² ke atas tapi alahai malulah pula :)

 

saudia

kapal terbang SAUDIA yang sangat besar… dan cantik lg selesa

 

Selesai urusan di airport, kami dibawa ke hotel penginapan – Al-Haram, sangat hampir dengan Masjid Nabawi. Selang satu blog bangunan sahaja, kena lintas jalan sikit.

Maka bermulalah episod ‘tinggal di asrama’… berkenalan dengan kawan² sebilik yang baru.

Saya bersyukur sangat Allah tetapkan rakan² sebilik yang baik, sekepala, serasi dan semuanya orang Perak. Bukan nak bersifat perkauman yer… mungkin ini suatu kebetulan… saya kan ada darah Perak sikit ;) Saya tak kisah pon semua nak berasal dari mana asalkan serasi. Dan semuanya pangkat ‘kakak’ dan ‘makcik’ kepada saya….

 

Hari yang kami tiba tu hari Jumaat… ye, Jumaat pertama di tanah suci. Bumi Madinah alMunawwarah.

Kami target untuk sempurnakan solat fardhu 40 waktu di sana.

Jadi, akan berada di Madinah selama  8 hari setengah.

 

Tabung Haji excellent sekali menyediakan agen dan servis telekomunikasi di sana.

Apa lagi, cepat²lah encik hubby  daftar nombor baru khas utk pakai di sana, dan mula menelefon parents kami utk memaklumkan khabar kami…

 

– bersambung….

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *