Trauma ND Lala

Kesian mendengar berita ayah kepada penyanyi remaja popular Shila Amzah ni , yakni ND Lala atau nama sebebnarnya Amir Amzah . Beliau masih lagi trauma dek kerana insiden disamun dan dipukul oleh sekumpulan mat rempit ! Fuhhh … mat rempit skerang ni kemain yer … bukan setakat merempit , dah naik level lain lagi pulak dah … menyamun dan memukul ! Huh ~

Want an iPhone4s? It’s out!! #CelcomiPhone4s , a brilliant gadget at the lowest rate!

Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang ketika penyanyi  ini singgah untuk membuang air.

Kata isteri ND Lala, Fauziah Sarman atau lebih mesra dipanggil Kak Zie, penyanyi itu sangat terkejut dan trauma apabila dia turut dipukul oleh sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal.

“Abang (ND Lala) juga sebenarnya diheret keluar dari kereta dan dipukul oleh mereka. Sebelum itu mereka turut memecahkan cermin kereta dengan topi keledar. Kereta BMW itu pecah cermin dan pintu pun ada sedikit kerosakan. Waktu dipukul itu abang sempat melindungi wajahnya dari dan dia langsung tak melawan.

“Apa pun syukur Alhamdulillah sebab abang selamat. Harta benda takkan boleh disamakan dengan nyawa. Sekarang, abang hanya berehat dan badannya lebam-lebam. Dia memang sangat trauma dengan kejadian tu.

“Saya sendiri sebenarnya tak pernah berani mahu memberhentikan kereta di stesen minyak pada waktu malam sebab takut kejadian-kejadian macam ni berlaku. Tapi apa nak buat, ini dah takdir.

“Memang ada hikmah di sebalik apa yang berlaku iaitu kami akan lebih berhati-hati lagi pada masa depan. Harapnya orang lain pun akan berbuat perkara yagn sam,a dan memang ada hikmah di sebalik kejadian ni.

“Yang penting, selepas ni kami akan lebih berhati-hati. Harapnya orang lain pun sama dan tak mudah  nak berhenti di mana-mana tempat pada waktu tengah-tengah malam. bimbang perkara yang tak elok akan terjadi,’’ kata Kak Zie.

Dalam kejadian itu, ayah kepada penyanyi Shila Amzah ini kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya di rampas. Suspek-suspek tersebut melarikan diri  apabila lori tangki tiba untuk mengisi minyak di stesen itu.

 -Sumber

Love ur VW Polo, Golf or Passat CC? U’re goin to love it more cuz it’s gonna win u a prize frm #VWDriveHome !

So kita pun sama² kena beringat-ingat supaya tidak memberhentikan kereta dengan sewenang-wenangnya . Kalau boleh dielakkan berjalan di waktu malam tu , elakkanlah … Kerana jenayah lebih banyak berlaku pada waktu malam . Nauzubillah .

Isteri ND Lala , Ibu Shila

Shila

Wajah ibu dan anak ini memang hampir serupa kan ? Saya suka tengok mereka ;)

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *