Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Tragedi MH17: ‘Hujan’ mayat di Ukraine

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Tragedi MH17: ‘Hujan’ mayat di Ukraine

Assalamualaikum wbt.,

Tragedi MH17: ‘Hujan’ mayat di Ukraine | Belum reda lagi kita dengan tragedi MH370 yang hingga saat ini masih belum diketahui di mana halanya,

terjadi pula tragedi MH17 yang sangat menyedihkan.

Ditembak oleh pihak tidak bertanggungjawab, lalu terhempas ke muka bumi Ukraine.

Sangat mengejutkan seluruh dunia apatah lagi rakyat Malaysia.

Berlaku pula di bulan Ramadhan yang mulia 1435 H.

mh17

Tak sanggup saya nak paparkan gambar mayat di sini… hanya bangkai pesawat MH17 menjadi saksi…

MH17

Kenapa Malaysia?

Kenapa MAS?

Semua itu sudah suratan takdir. Segalanya dalam genggamanNYA.

Jika ianya perancangan makhluk Allah yang tidak bertanggungjawab, wallahua’lam.

Moga diberi balasan yang setimpal.

Ukraine telah ‘dihujani’ ratusan mayat.

Kotak hitam telah pun ditemui. Apa kisah selanjutnya hasil dari rakaman kotak hitam bakal diketahui tidak lama lagi.

Mayat-mayat juga telah dihantar ke Netherlands untuk siasatan.

Saya asik terbayang-bayang situasi ‘hujan’ mayat di Ukraine selepas membaca pengalaman orang di sana yang mana menyaksikan kejadian ‘hujan’ mayat tersebut.

Sungguh dahsyat sekali.

Ada yang mayat terjatuh dalam rumah mereka.

Kebanyakannya bertaburan di ladang dan sekitarnya. Allahu Allah….

mh17 kad raya

kredit

 

Sayunya…. sekeping kad raya dijumpai milik salah seorang mangsa MH17.

Tak pula musnah kad itu ya… kuasa Allah.

 

 

Semoga keluarga-keluarga mangsa terus tabah menghadapi ujian besar ini, tambahan lagi rakyat Malaysia yang berugama Islam dan bakal menyambut Syawal beberapa hari lagi.

 

Tidak lupa juga titipkan DOA buat saudara² Islam kita di Gaza, Palestin yang sedang ditindas oleh Zionis laknatullah.

Juga di Syria, tidak kurang juga penindasan umat Islam di rantau Asia tenggara sendiri, seperti di Myanmar.

 

Dunia sudah semakin sampai ke penghujungnya.

Ya Allah, selamatkanlah kami. Selamatkanlah Malaysia.

InsyaAllah jika kita sama-sama menghidupkan amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW, kita akan berjaya Dunia dan Akhirat.

Yakinlah.

Selagi kita tak berpegang pada sunnah dan al-quran, jangan mimpi untuk berjaya dan selamat.

 

 

14 Responses

  1. Mummy Dina says:

    sungguh menyedihkan selepas MH370, MH17 pulak berlaku. Hari ni digemparkan pulak pesawat Algeria missing dari radar… Hebatnya dugaan Allah sekarang.

  2. Faridah Hanim says:

    allahuakbar

  3. akubiomed says:

    Berita menyedihkan buat umat islam di Malaysia disaat sambutan Hari Raya tingga seminggu lagi.

  4. Rokiah says:

    tak dapat bayangkan keadaan mayat..kematian yang tragik dan kejam..
    kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yg beragama islam

  5. takziah dan alfatihah kepada mangsa beragama Islam. semoga cepat dikenalpasti semua mayat dan dapat dibawa pulang dengan segera.

  6. limie says:

    semoga semua urusan untuk MH17 dan MH370 dipermudahkan

  7. Hafizul says:

    Emm semoga keluarga mangsa terima dugaan hebat ini dengan hati yang redha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *