Toyol lurus bendul dan kelakar

 

Salam Khamis semua …  :p .

Aha , jalan sana jalan sini terjumpa pula info filem terbaru terbitan MIG yang akan datang pada 3 November ini berjudul ” Alamak … Toyol ! “ . Filem ke-49 daripada MIG arahan Ismail Bob Hasim ini menampilkan Along Cham dan Angah Raja Lawak sebagai pelakon utama serta adik Afiq Izzudin, Tyzo, Adeline Tsen, Hamid Gurkha, Siti Chubby dan ramai lagi.

alamak toyol

 

Jangan takut dengan tajuk filemnya ye , kerana watak toyol dalam filem ini ialah toyol yang lurus bendul dan kelakar …. Jom tengok review dari Lisa Surihani !

Alolo comei je Lisa ni walopun nampak tak bermekap … opsss lari tajuk sudah ~

Apa kata David Teo ;

“Sebenarnya Alamak Toyol! lebih banyak komedi daripada elemen seram. Filem ini dihasilkan seperti filem Jangan Pandang Belakang Congkak kerana sasaran penonton kami ialah satu keluarga. Kami pilih tampilkan komedi ringan tapi mempunyai mesej di dalamnya. Boleh dikatakan komedi yang ada ialah 80 peratus manakala selebihnya seram.”

Menurut David lagi, dia sentiasa mencari kelainan dalam setiap filemnya. Kali ini pencariannya berjaya menemukan Along dan Angah yang bergandingan semula selepas menyertai Raja Lawak. Baginya gandingan ini begitu mantap dan bakal mencipta fenomena baru kepada penonton.

 

Sedikit sebanyak sinopsis filem Alamak … Toyol !

Alamak Toyol mengisahkan Pak Umar (Hamid Gurkha) yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh itu tersebut mengecop ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar.

Pada waktu yang sama, Fakhrul (Angah Raja Lawak) dan Kudin (Along Cham) dua sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak, namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka.

Pak Umar bercadang mahu memberi toyol berkenaan pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol kemudian beralih arah dan ‘barcode’ di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul ‘barcode’ di dada kiri Fakhrul dan Kudin.

Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu lurus bendul dan tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa pula mengajar teori dan praktikal kepada toyol mereka.

– Kredit

Jom layan trailer Alamak Toyol ni pulak ;

 

Memang lawak kan perompak² tu … toyolnye pun tak menyeramkan . Haha ~

 

Incoming search terms:

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *