Tips Pengurusan Masa – VERY IMPORTANT

Ungkapan yang sering kita dengar , MASA ITU EMAS .

Mengapa EMAS ? Sebab emas itu suatu barang yang amat berharga . *tengok sajalah skarang ni harga emas makin melonjak2 kan? *
Entri ni bukan bertujuan untuk mengajar sesiapa tapi untuk diri ini yang sangat lemah dalam banyak perkara . But , sharing is caring rite ?
Artikel ini dipetik dari blog ini . Terima kasih daun keladi ye puan/cik empunya blog . . . :)
Ada 10 TIPS PENGURUSAN MASA .
Diharap ianya turut berguna untuk kalian semua .

1. Buatlah perencanaan

Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian ( FOKUS )

Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk

Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’

Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama, dapat dicapai, memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pembaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak

Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda. Don’t do donkey jobs !

7. Jangan menangguhkan kerja

Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebiasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal

Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan

Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau eksekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja ( Workaholic )

Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga. Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workaholic) yang sama tarafnya seperti orang yang ketagihan alkohol (alcoholic ) .

p/s : lately saya agak rajin ‘menggugelkan’ diri. mengapa ya? suatu transformasi? Alhamdulillah utk transformasi yg baik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *