Banyak sungguh soalan yang diterima berkaitan dengan tajuk di atas berikutan entri Tanda-tanda Awal kehamilan yang saya publishkan pada bulan Mac 2011 dahulu.. Terasa bagaikan pakar sakit puan tak bertauliah pula, alahaiii… Jadi saya jawabkan di sini ye.
Yup, tajuk itu nampak berbeza dengan topik tanda-tanda kehamilan, tapi ianya agak berkait rapat antara satu sama lain.
Oleh itu saya nak titipkan sedikit tips mudah hamil iaitu cara mengira waktu subur wanita.
Tips mudah hamil: cara mengira waktu subur wanita
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Untuk berikhtiar, kena tahulah juga sedikit sebanyak ilmu berkaitan supaya jalan kejayaan lebih mudah tercipta. Betul tak?
Jadi, untuk mudah hamil, kita kena tahu ilmu berkaitan iaitu dengan cara mengira waktu subur.
Kesuburan ada kaitan dengan kitaran haid wanita dan proses ovulasi (pengovulan).
Apa itu Ovulasi?
Ovulasi ialah proses telur ovum wanita yang dilepaskan ke tiub fallopian untuk disenyawakan oleh sperma lelaki. Katakan kitaran haid wanita adalah selama 28 hari, maka ovulasi akan berlaku pada hari ke-14 atau ke-15 dari tarikh pertama datang haid.
Contoh mudah;
Tarikh pertama datang haid = 5 Februari
Tarikh jangkaan ovulasi = 5 + 14 @ 15 = 19 @ 20 Februari.
Mudah, kan? ;) Jadi, sila rajin menanda kalendar ya.
Akan tetapi, doktor ini mengatakan waktu paling subur ialah sehari sebelum ovulasi, dengan ketinggian peratusan sebanyak 60%.
Jika kitaran haid tidak tetap, masih ada cara lain untuk mengira waktu subur. Lakukan ujian air kencing yang akan mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge).
Bagaimana untuk membaca keputusan ujian?
Positif (LH Surge):
Negatif (No LH Surge):
Invalid:
Saya tak pernah gunakan alat ini, misi saja yang gunakan di klinik. Di rumah, cuma pernah guna pregnancy test kit saja untuk 3 kali kehamilan (daripada 5 org).
Alternatif lain untuk mengira waktu subur wanita ialah dengan memerhatikan tahap kepekatan lendir serviks (cervical mucus method). Aspek kesihatan harus diutamakan dengan membasuh tangan dahulu sebelum mengambil ‘sampel’ sendiri dan dilakukan pada waktu pagi.
Lendiran kental, pekat, putih = Hampir waktu ovulasi. Kemungkinan untuk hamil rendah.
Lendiran jernih, licin spt putih telur = Ovulasi sedang berlaku. Peluang untuk hamil agak tinggi, sesuai untuk sang sperma hidup sehingga 72jam dan mensenyawakan sang ovum.
Ditegah untuk melakukan ujian tahap kepekatan lendir ini selepas bersama dengan suami kera dikhuatiri akan terkeliru antara lendiran serviks atau lendiran sperma.
Walaubagaimanapun, ketepatan ujian lendir ini tidak begitu tinggi kerana dipengaruhi juga oleh jangkitan kuman pada serviks, juga pengambilan ubat-ubatan/pil dan suntikan perancang keluarga.
Nest time nak share koleksi soalan pengunjung² blog pula. ;)
#dirujuk dan diolah semula dari karya Dr. Zubaidi
===================================================
Ibu-ibu tahukah yang suplemen PREMAMMA bantu suburkan rahim?
Juga bantu bakal-bakal parents dapatkan zuriat
ye betul… pilihle nak hamil or sebaliknye kan ;)
gua memang patut tahu ni. Maklumlah, nak berbini empat nanti..kena hafal waktu subur diorang. haha
silekan ambik tahu ye encik titan… nanti beranak sekali empat mcm kembar… hahaaa
Nice sharing here sis.. kadang2 terleka nak kira perkara mcm ni.. hik3 tq
tak apa…. still belum terlambat kan ;)
PM teringin untuk melihat isteri mengandung lagi…:)
insyaallah, mudah2an tu… sooon…. kena pegi Langkawi lg kot?
kami dpt anak sulung lepas gi Langkawi lah… opsss bocorr rahsie :p
sama la…hihihi… :P
ehhh ramainye geng langkawi.. hik2 :p
Memang dah tahu waktu suburnya bila,,boleh merancang.hehehe
yer.. mudah merancang smaada mahu hamil atau sebaliknya… pilih… pilih… ;)
terima kasih, ya dipersilakan ;)
terima kasih, dipersilakan…
entry yg menarik.tak pernah tau ade kit yg bleh check keadaan hormon.tahu pregnancy test kit je.hehehe..
ya, sy pun baru tahu lepas buat kajian ni sikit ;)
salam…saya nk thu wktu subur sy, cz period sy xtetap. kdg2 smpai 40 ari. julai 2013 sy period 3 hb 7 2013, then bln ogos 10 ogos, then sept 24 hb. mcm mna untuk sy thu wktu subur n peluang untuk hamil. tq
wslm, jika begitu puan boleh cuba ujian kepekatan lendiran
mcm mna ujian 2, blh sy thu prosedur die. knapa period sy selalu lewat. apa faktor2 nya. sy nk thu sgt tarikh ovulasi untk peluang saya hamil. tq
salam sis help me, please reply this msj k. tq
“Lendiran kental, pekat, putih = Hampir waktu ovulasi. Kemungkinan untuk hamil rendah.
Lendiran jernih, licin spt putih telur = Ovulasi sedang berlaku. Peluang untuk hamil agak tinggi, sesuai untuk sang sperma hidup sehingga 72jam dan mensenyawakan sang ovum.”
jika period adalah pada 2/12 – 7/12 betulkah kiraan waktu subur saya pada 2+14= 16 jadi 16/12 waktu subur? begitukah cara kira waktu subur?
Mohon pencerahan..masih belum memahami
tak pernah ambil tahu pasal ni
ada isteri nanti mesti ambil tahu jika mahu anak :)
mekasih kak atas info ni. kadang ramai juga yang tak tahu ttg hari subur ni.. tak macam orang-orang tua dahulu.. sgt alert perkara ni.
Good info ?
? detiksihat
Good info :)
detiksihat
14 atau 15 hari tu memang standard yer untuk semua perempuan ?
ye, begitulah yg normalnya
Betul tu. Dan hari2 selepas saja period, dah hari2 yg kurang subur. Jadi boleh buat perancangan kalau ingin merancang kehamilan
yes… jika ingin merancang kehamilan tanpa pengambilan ubat-ubatan kimia, pilihlah cara semulajadi – kalendar ini…
Saya membantu bagi wanita yang ingin hamil..sekarang banyak berlaku pasangan lambat dapat anak