Tips mudah hamil: cara mengira waktu subur wanita

Banyak sungguh soalan yang diterima berkaitan dengan tajuk di atas berikutan entri Tanda-tanda Awal kehamilan yang saya publishkan pada bulan Mac 2011 dahulu.. Terasa bagaikan pakar sakit puan tak bertauliah pula, alahaiii… Jadi saya jawabkan di sini ye.

Yup, tajuk itu nampak berbeza dengan topik tanda-tanda kehamilan, tapi ianya agak berkait rapat antara satu sama lain.

Oleh itu saya nak titipkan sedikit tips mudah hamil iaitu cara mengira waktu subur wanita.

Tips mudah hamil: cara mengira waktu subur wanita

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Untuk berikhtiar, kena tahulah juga sedikit sebanyak ilmu berkaitan supaya jalan kejayaan lebih mudah tercipta. Betul tak?

Jadi, untuk mudah hamil, kita kena tahu ilmu berkaitan iaitu dengan cara mengira waktu subur.

Kesuburan ada kaitan dengan kitaran haid wanita dan proses ovulasi (pengovulan).

Apa itu Ovulasi?

Ovulasi ialah proses telur ovum wanita yang dilepaskan ke tiub fallopian untuk disenyawakan oleh sperma lelaki. Katakan kitaran haid wanita adalah selama 28 hari, maka ovulasi akan berlaku pada hari ke-14 atau ke-15 dari tarikh pertama datang haid.

Contoh mudah;

Tarikh pertama datang haid = 5 Februari 

Tarikh jangkaan ovulasi = 5 + 14 @ 15 = 19 @ 20 Februari.

Mudah, kan? ;) Jadi, sila rajin menanda kalendar ya.

Akan tetapi, doktor ini mengatakan waktu paling subur ialah sehari sebelum ovulasi, dengan ketinggian peratusan sebanyak 60%.

Jika kitaran haid tidak tetap, masih ada cara lain untuk mengira waktu subur. Lakukan ujian air kencing yang akan mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge).

alat ujian air kencing (kredit; http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/p/produk.html)

Bagaimana untuk membaca keputusan ujian?

Positif (LH Surge):

Jika dua jalur warna muncul pada zon ujian (T) adalah sama atau lebih pekat daripada zon kawalan (C), anda mungkin akan mengalami proses ovulasi dalam masa 24-48 jam.
Jika anda sedang berusaha untuk hamil, masa terbaik untuk berhubungan intim dengan
suami adalah selepas 24jam atau sebelum 48 jam.

Negatif (No LH Surge):

Hanya satu jalur warna pada zon kawalan (C), tiada jalur warna pada zon ujian(T),
ATAU dua jalur warna TETAPI jalur warna pada zon ujian (T) lebih cerah(lighter) daripada
zon kawalan (C).

Invalid:

Jika tiada jalur warna langsung pada zon kawalan (C) dan zon uijian (T),
ATAU hanya ada satu jalur warna pada zon ujian (T) tetapi TIADA jalur warna
pada zon kawalan (C).

 

 

Saya tak pernah gunakan alat ini, misi saja yang gunakan di klinik. Di rumah, cuma pernah guna pregnancy test kit saja untuk 3 kali kehamilan (daripada 5 org).

 

Alternatif lain untuk mengira waktu subur wanita ialah dengan memerhatikan tahap kepekatan lendir serviks (cervical mucus method). Aspek kesihatan harus diutamakan dengan membasuh tangan dahulu sebelum mengambil ‘sampel’ sendiri dan dilakukan pada waktu pagi.

Lendiran kental, pekat, putih = Hampir waktu ovulasi. Kemungkinan untuk hamil rendah.

Lendiran jernih, licin spt putih telur = Ovulasi sedang berlaku. Peluang untuk hamil agak tinggi, sesuai untuk sang sperma hidup sehingga 72jam dan mensenyawakan sang ovum.

Ditegah untuk melakukan ujian tahap kepekatan lendir ini selepas bersama dengan suami kera dikhuatiri akan terkwliru antara lendiran serviks atau lendiran sperma.

Walaubagaimanapun, ketepatan ujian lendir ini tidak begitu tinggi kerana dipengaruhi juga oleh jangkitan kuman pada serviks, juga pengambilan ubat-ubatan/pil dan suntikan perancang keluarga.

Nest time nak share koleksi soalan pengunjung² blog pula. ;)

#dirujuk dan diolah semula dari karya Dr. Zubaidi

 

Incoming search terms:

Comments

  1. Noor Azlina bte mat hussin says

    salam…saya nk thu wktu subur sy, cz period sy xtetap. kdg2 smpai 40 ari. julai 2013 sy period 3 hb 7 2013, then bln ogos 10 ogos, then sept 24 hb. mcm mna untuk sy thu wktu subur n peluang untuk hamil. tq

      • Noor Azlina bte mat hussin says

        mcm mna ujian 2, blh sy thu prosedur die. knapa period sy selalu lewat. apa faktor2 nya. sy nk thu sgt tarikh ovulasi untk peluang saya hamil. tq

        • says

          “Lendiran kental, pekat, putih = Hampir waktu ovulasi. Kemungkinan untuk hamil rendah.
          Lendiran jernih, licin spt putih telur = Ovulasi sedang berlaku. Peluang untuk hamil agak tinggi, sesuai untuk sang sperma hidup sehingga 72jam dan mensenyawakan sang ovum.”

          • sarah says

            jika period adalah pada 2/12 – 7/12 betulkah kiraan waktu subur saya pada 2+14= 16 jadi 16/12 waktu subur? begitukah cara kira waktu subur?
            Mohon pencerahan..masih belum memahami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *