Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Mencari nama bayi

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Mencari nama bayi

 

Salam ceria buddies :) .

Entah ke mana menghilangnya momentum menulis sehari dua ni . Adakalanya terasa tandus terus idea di kepala ni . Oleh kerana itu saya fikirkan idea menulis yang santai² dan berkait rapat dengan ehwal diri saya sekarang saja lah ….

 

 

Nama bayi . Semua ibubapa inginkan nama anak yang indah² belaka . Sebaik saja si ibu mula hamilkan janin di dalam rahimnya , secara automatik pasangan suami isteri akan mula memikirkan nama untuk bayi yang bakal dilahirkan nanti . Jika jantina masih belum diketahui , maka nama untuk kedua-dua jantina akan disediakan . Senarai panjang nama idaman akan dibuat dan akhirnya akan dishortlistkan kepada top 10 atau top 5 nama terbaik yang bakal diberi nanti .

 

 

Ada yang suka dengan nama-nama unik , ada yang suka nama-nama biasa saja . Terpulang kepada citarasa masing-masing . Kalian yang sudah ada anak , biasanya siapa yang buat keputusan dalam memberi nama anak ? Bagi saya dan suami , masing-masing seri rasanya.

 

Suami saya lebih sukakan nama² ringkas dan tidak terlalu canggih/unik . Nama sahabat Nabi diberi keutamaan . Setakat ini , nama anak² lelaki semuanya diberi mengikut nama Sahabat seperti Muhammad ‘Ukasyah , Muhammad Zaid dan coming soon …. Muhammad … (dirahsiakan terlebih dahulu di sini walaupun sudah disebut-sebut) . Oh ya , hasil scan beberapa kali menunjukkan bayi lelaki … seperti yang diharap-harapkan walaupun sebenarnya kami tak kisah pun apa jantina bakal baby kali ni ;) .

 

Nama anak perempuan pula , satu diberi oleh Opah mereka (sempena dapat cucu pertama) dan seorang lagi oleh saya sendiri . Memang kalau taste saya , saya suka nama yang ala² fancy , sedap didengar begitu tapi suami saya tak begitu berkenan . Beliau lebih sukakan nama² klasik . Hehehehe ….

 

Apa-apa pun , zaman teknologi di hujung jari ni , semuanya sudah menjadi  mudah . Nak cari atau mereka-reka nama anak pun , ketuk² keyboard komputer je . Kalau pakai iPad, lagilah senang …. Tak perlu lagi tergesa-gesa pergi ke kedai buku mencari buku panduan nama-nama bayi . E-book nama² bayi pun sudah bersepah-sepah dalam dunia maya ni . Terpulanglah pada masing-masing nak berikan nama anak dengan apa cara sekalipun , jangan yang pelik² sangat sudahlah . Contohnya , “Facebook” . Pernah dengar kan ada bayi dinamakan dengan Facebook oleh ayahnya ? Lawak betol ….

 

Sebut pasal lawak ni , teringat saya ada seseorang menceritakan kepada saya yang seorang bayi ni dinamakan dengan nama “Sharifah Aini” walaupun bayi itu adalah bayi lelaki . Orang asli . Gamaknya terlalu minatkan Sharifah Aini mungkin … ;p Banyak lagi nama² pelik yang pernah saya dengar sebenarnya .

 

 

Apa pun , kita sebagai umat Islam digalakkan untuk menamakan bayi dengan nama yang elok² dan mempunyai makna yang baik … Nama-nama Nabi & Rasul , nama sahabat Nabi , alim ulama’ . Akan tetapi nama malaikat tidak digalakkan . Atas sebab apa , saya pun tak pasti . Begitu juga jika hendak beri nama mengikut Asma’ul Husna (nama-nama Allah yang baik) , hendaklah diletakkan Abdul atau Abdullah di pangkalnya , contohnya Abdul Halim , Abdul Latif , Abdullah Aziz dan lain² ….

 

Incoming search terms:

 

5 Responses

  1. nza says:

    suami akak lagi dasyat, sejak awal kawin dh siap buat list nama 5 nama anak pompuan 5 lelaki…bila dh brsalin dia tick je yg dh guna….dia slalu rahsiakan nama anak2 tu pd akakn family.
    n dia akn umumkan secara rasmi masa majlis aqiqah pd hari ke 7…..suprise dgn hadiah skali..Ttp alhamdulillah semua nama2 anak yg dipilih akak suka……

  2. mama pipie says:

    bagus entry ni hanie.. thanks.. oo bakal dpt baby boy ye
    mama pipie ada entri terbaru… jom baca Kami dah sampai ke i-CityMy Profile

  3. Imer imran says:

    Salam, dulu mse blaja kt sarawak pn ramai nama org sarawak yg unik2 cth brazil anak batu. julia robert pn ada, lagu ajai, agaknya minat ajai, tp biasanya org asli yg bg nama unik2 mcm ni

    Panduan mendidik anak untuk pandai membaca sebelum tadika
    http://www.ashadee.net/go/49821/imerimran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *