Tips membuat pengunjung blog rasa dihargai

Sudah pasti akan terbit sekelumit rasa untuk dihargai selaku pengunjung merangkap pembaca blog walaupun kita tak pernah meminta sebegitu , bukan ? ;)

Jangan bohong … Kita manusia punya perasaan.Cewah ! Ok di sini saya nak share sedikit TIPS untuk membuat pembaca/pengunjung blog kita rasa dihargai kehadiran mereka … ala² slogan kosmetik Loreal pula … “Kerana dirimu begitu berharga!”  :)

Ketahui RAHSIA kulit lembut gebu lagi awet muda !

1. Pasang widget Top Commentator dan seumpamanya

Widget ini memainkan peranan penting bagi saya untuk membuatkan para pengomen blog ini rasa dihargai. Ini adalah salah satu widget yang hampir mustahil untuk saya abaikan. Tuuu dia ! ;)

2. Beri hadiah @ cenderahati 

Sesekala , berilah hadiah @ cenderahati kepada pembaca² blog kita. Anugerah Pembebel Terhebat ke , anugerah Top Referral ke … apa² sajalah ikut kekereatifan masing²lah. InsyaAllah,dengan cara ini kita akan dapat mengumpul pembaca² setia ;) .

3. Balas komen !

Bagi saya , perkara ini sangat penting yer… Cuba renung²kan … selepas kita bersusah payah ‘tinggalkan jejak’ di blog kawan²,mereka turut sama membalas. Ada dua cara sebenarnya …. kalau malas sangat nak balas komen di entri blog sendiri , kita balas komen di entri blog member. Ok la jugak tu … :P Untuk pengguna² WordPress , boleh guna satu plugin automatik untuk membalas komen contohnya yang agak popular digunakan ialah plugin Comment Reply Notification . Boleh ejas² lagi ayatnya ikut sesedap rasa . Tapi kalau blogger super fofuler tu…takkan laratnye nak balas semua kunjungan dan komen pembaca … betul tak.Kalau dapat juga macam bro Denaihati kita ni,memang superb lah ;) .

4. Selitkan link blog dalam entri

Sesekala juga boleh kita selitkan link blog kawan² kita kerana selain membuatkan mereka rasa dihargai , ini juga salah satu taktik SEO yang baik …

5. Bina BLOGLIST

Ya … ini antara cara ‘klasik’ untuk menghargai pembaca/pengunjung blog kita. Kalau dapat exchange bloglist lagi bagus,barulah fair & square , adil lagi saksama kan ? Sememangnya meletakkan link yang banyak dalam blog akan memberatkan proses loading blog.So bolehlah create sebuah laman atau blog khas untuk BLOGLIST sahaja seperti laman blog Villa Honey ni… he..he..he… Cuba check ! Link kome ada tak dalam tu ?? Itu semua bloglist dari zaman saya pakai blogspot dulu hinggalah sekarang …

Ok cukuplah saya listkan 5 TIPS ini dulu ye … Dipersilakan kalian untuk tambah lagi apa yang patut . Sekian terima kasih.

p.s: tak bermaksud nak perli sapa² pun dlm entri ni yer … ini semua berdasarkan idea dan pengalaman penulis sendiri ….

Incoming search terms:

50 comments

Leave a Reply to puan kutu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *