[TIPS] : Memaniskan limau yang masam

Selamat hari-hari semua … ;p Memandangkan demam limau CNY (Chinese New Year) belum habes lagi , dan stok limau masih banyak berkotak-kotak di pasaraya berdekatan , maka kami telah membeli sekotak limau untuk berkenduri limau di rumah . Tee … hee .. hee … ;p

Rupe-rupenye limau yang masam itu boleh dimaniskan mengikut kaedah tertentu . Inilah yg saya nak bocorkan di sini . Jom ….

Limau kalau masam2 manis, masih enak dimakan. Tapi kalau dah masam sehingga berkerut kening menahan kemasaman, boleh tahan ker?
 
Semestinya kalau boleh kita nak makan hanya limau yang manis2 saja. Tapi dengan tengok kulit saja, bukan senang nak pastikan limau tu manis ke masam.
 
Tahukah anda apakah yang menyebabkan limau itu masam? Yaaa…limau masam adalah disebabkan acid berlebihan yang terkandung di dalam limau.
 
Tahukah anda bahawa ada cara mudah untuk mengurangkan keasidan limau, dan seterusnya mengurangkan kemasaman sebiji limau itu.
 
Biar betul ko…ada ker cara nak memaniskan limau yang masam??
 
Ada…bak kata orang tua2…setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Limau yang masam juga, ada cara nak memaniskannya.
 
Bagaimana caranya? Ajarlah saya…
 
Baik, begini caranya.

1- Ambil air suam(kira2 40 darjah) dan letakkan dalam besen/bekas air.
2- Ambil limau yang masam, masukkan dalam air suam tersebut.
3- Biarkan sehingga 10 minit.
4- Lepas 10 minit, keluarkan limau dari air suam.
5- Letak limau dalam peti ais kira-kira 1 jam untuk menyejukkannya.

 
Apabila limau dah cukup sejuk,cubalah makan. Pastinya limau tersebut akan jadi manis atau setidak-tidaknya ia tidak semasam sebelum direndam.
 
Perhatian

* suhu air jangan terlampau panas. Seelok2nya dalam 40 darjah celcius.
* Jangan rendam limau terlalu lama, nanti limau jadi lemau dan lembik.
* Untuk lebih sedap, selepas rendam limau dalam air suam, masukkan ia ke dalam peti ais kira2 sejam. Kemudian baru makan.

 
Sekian…. Dare to try ?? ;)

Sumber : Info Yahoo Groups

Sejujurnya saya tak pernah amalkan lagi tips/petua ni . Bolehlah kita sama2 cuba , kan ? Senang saje nampak gayanye . Yang saya biasa tengok dgn mata kepala sendiri , mak saya taburkan aje gula atas buah tembikai (yg dah dipotong lah…) yg kurang manis . Hasilnya tembikai tu mmg jadi manis . ;) Nenas pun boleh buat dgn kaedah yg sama mcm tembikai tu …. takpun cicah aje dgn gula ! ;)

Incoming search terms:

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *