Tips melajukan internet ini sesuai untuk komputer desktop (PC) dan laptop sahaja. Untuk tablet dan sebagainya saya tak pasti. Kredit kepada Majalah Cahaya terbitan JAKIM tulisan Khairul Anuar Abdul Shukor.
Menggunakan windows XP @ Vista, ubah setting pada komputer dengan mengikuti langkah-langkah ini;
1. Klik START > RUN.
2. Taip ayat ini: “gpedit.msc”, akan keluar Local Group Policy Editor.
3. Double klik pada: Local Computer Policy.
4. Double klik pada: Computer Configuration.
5. Double klik pada: Administrative Templates.
6. Double klik pada: Network.
7. Double klik pada: QoS Packet Scheduler.
8. Pergi ke folder QoS Packet Scheduler, Double klik pada: Limit Reservable Bandwidth.
9. Ubah posisinya menjadi: Enable.
10. Pada kotak bandwidth limit (%) : ganti angka “20” menjadi “10”.
11. Klik: Apply dan OK.
12. Double klik pada: Limit Outstanding Packets.
13. Ubah posisinya menjadi: Enable.
14. Pada: number of packets: ganti “65535” menjadi “70000”.
15. Klik: Apply dan OK.
16. Restart komputer.
Setting ini menjadi untuk semua jenis rangkaian internet dan jika setting ini berjalan dengan lancar tanpa virus, maka akan berlaku peningkatan kelajuan sebanyak 20%.
Selamat mencuba !
p/s: saya dah cuba, alhamdulillah memang internet laju di rumah ni. kalau korang dah setting tapi tak menjadi juga, jangan marah saya ok, search penulis asal ni tau :p
Tak de la perkataan tu semua :(
ana pakai windows apa ye
boleh cuba nanti..malam ni nak setting komputer kat rumah…
jom cube kak sya…. gudluck. ala kak sya kan expert ;)
dulu blh la..skrg ni dh malas…tak de mood…he3
Mmmm… Tips nie ada baiknya ada buruknya… Delay tu sebenarnya ada sebabnya diletakkan. Baiknya internet jadi laju, buruknya ada sesetengah server web akan ban anda… :D
owh macam tu ke… so? terpulang masing2 lah kan.. maybe kalau dah slow tahap siput baru le buat cara ni kot
Desktop saya sudah berusia lebih 10 tahun buatlah macam mana pun tetap sama. :-)
ye ke… lama juga bertahan ye desktop tu… brapa kali servis dah?
Saya ada kebolehan membaiki computer desktop sendiri dan saya tidak mengunakan OS Windows sebaliknya OS Ubuntu.
bagus ada skill tu, Akubiomed. tak perlu berhabis duit utk upah org lain.
sy xpernah guna lagi Ubuntu ;)
untung jika sendiri ada kemahiran
ye, mmg untung Mus.
bagus utk dicuba, kalau xde kesan, set pada asal balik. terima kasih berkongsi info.
betul tu, DH. sama2… ;)
tak berani tukar apa2 sgt kat laptop ni sbb hubby knur yg selalu akan buat benda2 tu. nanti kalau tersilap kena marah pulak.
hehe k.nur… better safe than be scolded . erk? memandai2 je hanie neh :p
by the way k.nur, ada typo error sikit pd URL k.nur tu. tang blogspot.com tu jadi koma pulak
Oh, kena cuba ni..lappy pun dah makin slow ni..hik3..
P/s : Jika ada kelapangan, minta bantuan untuk undi saya, hari ini last day . Boleh undi di sini –> http://j.mp/I5h6Rw
slamat mencuba ye GTO ;)
insyaAllah sy cuba undi
okla jgk dh buat tu..
nak kate laju sngt tu xlaa.. :)
ok la kan deq… nak laju lagi kena format le kot :p
oo macam tu caranya, nanti bleh try.
slamat mencuba ye eiela ;)
senangnya nak laju. beli yang mahal-mahal. haha..
cekgu titan mampu laaa beli yg mahal2… haha
kak fieda nak cuba la..
cube kak, cube ;)
kutu pakai netbook.boleh ke cuba?nantilah bila dh free sikit..
boleh kot cube.. netbook tu adik bradik laptop juge kan…
nak lagi laju,cuba hasut boss pakai unifi haha
ade jugak sebut2 pasal unifi ni, tp setakat ni streamyx pun dah ok ;)
rasa ada beza jugak bila pakai crome & IE
ye ke Nazri, tahniah lah… ;)
Windows 7 boleh guna tak tips ni?
boleh je cuba2, hafiz ;) mana tau berkesan kan…
Boleh la nanti akak try buat di laptop.
terima kasih atas informasi berguna ni
sama2. selamat mencuba
boleh try ni :)