Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Tips melajukan Internet di komputer desktop (PC) dan komputer riba (Laptop)

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Tips melajukan Internet di komputer desktop (PC) dan komputer riba (Laptop)

Tips melajukan internet ini sesuai untuk komputer desktop (PC) dan laptop sahaja. Untuk tablet dan sebagainya saya tak pasti. Kredit kepada Majalah Cahaya terbitan JAKIM tulisan Khairul Anuar Abdul Shukor.

Menggunakan windows XP @ Vista, ubah setting pada komputer dengan mengikuti langkah-langkah ini;

1. Klik START > RUN.

2. Taip ayat ini: “gpedit.msc”, akan keluar Local Group Policy Editor.

3. Double klik pada: Local Computer Policy.

4. Double klik pada: Computer Configuration.

5. Double klik pada: Administrative Templates.

6. Double klik pada: Network.

7. Double klik pada: QoS Packet Scheduler.

8. Pergi ke folder QoS Packet Scheduler, Double klik pada: Limit Reservable Bandwidth.

9. Ubah posisinya menjadi: Enable.

10. Pada kotak bandwidth limit (%) : ganti angka “20” menjadi “10”.

11. Klik: Apply dan OK.

12. Double klik pada: Limit Outstanding Packets.

13. Ubah posisinya menjadi: Enable.

14. Pada: number of packets: ganti “65535” menjadi “70000”.

15. Klik: Apply dan OK.

16. Restart komputer.

Setting ini menjadi untuk semua jenis rangkaian internet dan jika setting ini berjalan dengan lancar tanpa virus, maka akan berlaku peningkatan kelajuan sebanyak 20%.

Selamat mencuba !

p/s: saya dah cuba, alhamdulillah memang internet laju di rumah ni. kalau korang dah setting tapi tak menjadi juga, jangan marah saya ok, search penulis asal ni tau :p

Incoming search terms:

 

40 Responses

  1. ana says:

    Tak de la perkataan tu semua :(

  2. syamila says:

    boleh cuba nanti..malam ni nak setting komputer kat rumah…

  3. Izzuddin Fauzi says:

    Mmmm… Tips nie ada baiknya ada buruknya… Delay tu sebenarnya ada sebabnya diletakkan. Baiknya internet jadi laju, buruknya ada sesetengah server web akan ban anda… :D

  4. akubiomed says:

    Desktop saya sudah berusia lebih 10 tahun buatlah macam mana pun tetap sama. :-)

  5. Denaihati says:

    bagus utk dicuba, kalau xde kesan, set pada asal balik. terima kasih berkongsi info.

  6. transformed hw says:

    tak berani tukar apa2 sgt kat laptop ni sbb hubby knur yg selalu akan buat benda2 tu. nanti kalau tersilap kena marah pulak.

  7. eyriqazz says:

    Oh, kena cuba ni..lappy pun dah makin slow ni..hik3..

    P/s : Jika ada kelapangan, minta bantuan untuk undi saya, hari ini last day . Boleh undi di sini –> http://j.mp/I5h6Rw

  8. iEyLa says:

    okla jgk dh buat tu..
    nak kate laju sngt tu xlaa.. :)

  9. eiela says:

    oo macam tu caranya, nanti bleh try.

  10. titan says:

    senangnya nak laju. beli yang mahal-mahal. haha..

  11. fieda says:

    kak fieda nak cuba la..

  12. puan kutu says:

    kutu pakai netbook.boleh ke cuba?nantilah bila dh free sikit..

  13. onlajer says:

    nak lagi laju,cuba hasut boss pakai unifi haha

  14. Nazri says:

    rasa ada beza jugak bila pakai crome & IE

  15. hafiz says:

    Windows 7 boleh guna tak tips ni?

  16. kakmahh says:

    Boleh la nanti akak try buat di laptop.

  17. brohantu says:

    terima kasih atas informasi berguna ni

  18. limie says:

    boleh try ni :)

Leave a Reply to ana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *