UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Tips hilangkan kahak bayi

Posted on March 24, 2012July 3, 2017 by Ummi Hanie

Beberapa hari sudah saya ada mention tentang kondisi baby saya, Huzaifah. Agak susah hati si jantung hati mengalami batuk dan kahak yang agak banyak sampai 6 kali pergi sedut gas nebulizer, pun masih tak pulih² lagi.

huzaifah sedut nebulizer

Alhamdulillah, kondisi terkini sudah semakin elok. Walaupun kahaknya masih belum hilang sepenuhnya, tapi taklah sampai berombak² dadanya bernafas. Kesian kan baby kecik² gitu dah ada gangguan pernafasan. Kami berikhtiar ambil rawatan homeopati juga.

Saya google untuk cari petua/tips hilangkan kahak bayi ni. Rata² memang semuanya hampir serupa, so saya simpulkan sajelah di sini.

Kaedah tepuk bayi dengan teknik hand percussion memainkan peranan penting.

“Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi.

 
“Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.serta simptom seakan penyakit asma.

“Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

 

“Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

“Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka,” jelas Siti Farah.

“Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

“Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut,” katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

Baca petikan lanjut di akhbar online Utusan.

*Siti Farah ialah seorang Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha. 

 

Petua semulajadi pun ada banyak juga. Yang saya boleh ingat, ambil daun pokok hati², tumbukkan dan sapu pada dada bayi.

Pengajaran buat saya, kalau anak dah start batuk² tu,  janganlah dibiarkan sebab boleh melarat jadi kes beginilah. Keadaan alam sekitar kita ni pun dah tak berapa bersih. Udara semakin banyak mengandungi gas beracun. Nak elak terus dari keluar rumah pun parah juga.

Alhamdulillah, Huzaifah kini sudah beransur pulih. He is a smiling baby indeed ;)

 

pose seksi ;)

 

Oh ya, terlanjur bercakap tentang masalah kahak dan pernafasan ni, saya ada terbaca testimoni penggunaan dari sumber wangian Lavender.

testimoni spray sutra lavender
testimoni spray sutra lavender

 

Ini juga salah satu solusi yang baik untuk dicuba kerana ianya tidak melibatkan ubat²an, sebaliknya menggunakan ‘magis’ aromaterapi bauan lavender sahaja. Boleh baca lebih lanjut tentang Sutra Aromatherapy di sini [klik].

 

Incoming search terms:

  • petua hilangkan kahak bayi (476)
  • petua hilangkan batuk bayi (295)
  • sedut kahak bayi (248)
  • cara hilangkan kahak bayi (235)
  • Hilangkan kahak bayi (196)
Tweet
Fb-Button

44 thoughts on “Tips hilangkan kahak bayi”

  1. syu90 says:
    March 24, 2012 at 3:33 AM

    smoga cpt smbuh yer..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 25, 2012 at 12:10 AM

      time kasih syu… :)

      Reply
  2. nza says:
    March 24, 2012 at 7:04 PM

    kesiannya baby bam2…moga cpt sembuh ye sayang.
    Akak pernah diajar teknik ni oleh doc pakar kanak2 masa farouk alami paru2 berair + asthma attack semasa kecil…mmg brkesan. cuma kita perlu rajin lakukan sekerap mungkin…..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 25, 2012 at 12:08 AM

      time kasih aunty nza… (bg pihak baby bam2)

      tp tu lah kak.. nk buat teknik selama 15 minit tu mcm sukar sikitlah… kena byk bersabor.. hanie buatlah jugak tp taklah lama mcm tu…

      oh ye, farouk sejak bby dah ade penyakit asma ye…

      Reply
  3. Hanif says:
    March 24, 2012 at 8:57 PM

    SEMOGA BABY CEPAT SEMBUH YEK!!

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 25, 2012 at 2:33 AM

      iye, terima kasih Hanif :)

      Reply
  4. izan ishak says:
    March 25, 2012 at 10:05 AM

    siannya bby huzaifah… sampai 6 kali amik nebulizer tu. mujurlah dah ok ye skrg ni hanie…

    k.izan pun masih risau juga ni.. 2 beradik dok muntah2 je dari smlm…

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 25, 2012 at 1:07 PM

      mmg sian k.izan..bby kecik2 dah kena mcm tu…

      hah..samelah anak hanie yg lg sprang tu, zaid pun muntah2…. ishh ishh

      Reply
  5. MysDear says:
    March 25, 2012 at 10:52 AM

    Assalamualaikum Hanie,

    Akak baru2 ni pun menghadapi bende yg sama mcm hanie.Nuha pun kne batuk2 dan flu.Mujur awal2 d bawakan ke klinik pakar.Serik dgn apa yg berlaku kpd anak sulung yg dulu.Oleh krn lambat nk pergi jumpa doc, jadi melarat2 pula.Sekarang Nuha dh ok, cuma suara masih serak2.Kdg2 ada selsema nya tu.Cuma x delah batuk2 lg.

    Semoga Huzaifah cpt sembuh yek.Skrg ni mmg musim batuk n flu.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 25, 2012 at 1:09 PM

      W’salam kak Mys,

      alhmdllh akk bawa Nuha awal2 ke klinik… zmn skrg punya penyakit kot kan… batuk2 n flu, kahak2 [un berpanjangan….

      terima kasih utk doanya…

      Reply
  6. farhana says:
    March 25, 2012 at 5:51 PM

    semoga baby sihattt…:)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 25, 2012 at 11:39 PM

      thanx Fana ;)

      Reply
  7. titan says:
    March 26, 2012 at 12:40 AM

    err..kalau lelaki kacak dewasa plak macam mana? caranya sama?

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 26, 2012 at 9:44 AM

      boleh juga, tp perlukan bantuan org lah…

      ala,beli ajelah ubat batuk cap klapa laut afrika atau gula2 utk kahak tu… :p

      Reply
  8. intan_blur says:
    March 26, 2012 at 11:51 AM

    salam hanie syg..hehhehe..akk singgah sini..dah lame x singgah.. ;)
    hanie..akk penah buat mcm nih..tp x jln langsung..mungkin cara akk x betul kot..huhuhu..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 26, 2012 at 3:35 PM

      wslm kak intan cyg… lama xnmpk..sory yer hanie pun xjenguk2 blog akk, blog sndiri pun tak terjenguk sgt..huhu…

      cara ni mmg kena sabor byk kan kak… hanie pun xlarat nk buat sampai 15 minit…

      Reply
  9. fira says:
    March 26, 2012 at 12:00 PM

    Salam Kak Hanie,

    Anak kembar saya pun dua2 tengah batuk selsema. stok batuk macam orang tua btul. takut btul bila dorang batuk..pastu suara pun dah serak2.
    thanks ek share info nih, malam nanti nak try buat kat dorang teknik fisio tuh. Malam nih pun kena g hosp balik buat neb. huhu..
    Semoga anak2 kite membesar dgn sihat yer kak. thanks :D

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 26, 2012 at 3:38 PM

      Wslm Fira,

      wahh ade twins ! hebat… ;)

      kesian kan anak2 kecik kalau kena batuk,selsema,kahak ni…

      sama2…sharing is caring… sy smbil2 cuba amal jugak ;) gudluck tau ~

      ye,moga2 anak2 kita mmbesar dgn sihat…

      Reply
  10. puan kutu says:
    March 27, 2012 at 9:16 AM

    sihat betul baby huzaifah nie.montel..kesian dia smp byk kali sedut gas.kutu klu en suami sedut gas pun kesian tgok..nie kan pulak baby yg kecik macam hizaifah nie.Alhamdulillah dh sihat.budak klu sakit ummi mmg risau lebih kan..:)

    Reply
    1. puan kutu says:
      March 27, 2012 at 9:17 AM

      typo plak kt nama huzaifah tu..

      Reply
      1. Ummi Hanie says:
        March 27, 2012 at 9:31 AM

        nggak apa sih…

        Reply
    2. Ummi Hanie says:
      March 27, 2012 at 9:31 AM

      alhmdllh sihat smgt bdn nye muni…

      oo..hasben muni pun kena sedut2 gas ye… syukur dah sihat.

      Reply
  11. IntaNBerliaN says:
    March 27, 2012 at 1:16 PM

    semoga ank awk cpt sembuh..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 27, 2012 at 4:30 PM

      thnx intan… :)

      Reply
  12. Ummi Hanie says:
    March 27, 2012 at 4:33 PM

    beli mesin ye… sng le kan,tak payah asyik nak ulang alik ke klinik slalu… hmm nk buat camana kalau dah penyakit keturunan ye che lin…redha sajelah ;)

    ye,cdgn yg bagus tu utk search tips menguatkn imuniti bayi. Tp saya dan suami serta anak2 sdg amalkan makan TF (Transfer Factor) yg dibuat drpd kolostrum lembu

    Reply
  13. Yati says:
    March 28, 2012 at 12:58 PM

    Cian Huzaifah, kena buat nebulizer banyak kali.
    Semangat dia, Hanie.
    Semoga cepat sembuh sepenuhnya. :)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 28, 2012 at 3:15 PM

      tu ler k,.yati…. cian si kecik bam2 tu… ;)

      time kasih utk doanya…

      Reply
  14. Pingback: Sekeluarga dilanda virus | Ummi Hanie [dot] Com
  15. hatiputera says:
    August 28, 2012 at 11:35 AM

    pernah jugak berlaku pada anak saya tempohari batuk berkahak dalam tempoh yang agak lama. Ubat batuk biasa memang tak sesuai untuk bayi, jadi doktor kat klinik bagi macam ubat asma. Doktor cakap bukan untuk asma tapi sesuai untuk bayi kalau batuk.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 7, 2012 at 5:22 PM

      ubat lelah ye… terima kasih utk info

      Reply
  16. Sharifah says:
    October 4, 2012 at 12:28 PM

    Anak sy dr umo sebulan smpi 7bln asyik selsema… mula2 sy try Drsneez… x selsema smpai sekarang umo dia 10bln .. Alhamdulillah…

    Baca kat sini http://amninaeim2011.blogspot.com/

    Atau ke page FB sy… https://www.facebook.com/VariousBrandOfProduct

    Mudah-mudahan anak2 kita semua sihat selalu….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      October 11, 2012 at 5:31 PM

      saya dah baca…

      ekceli kami pun p’guna DrSneez juga ;) best kan krim tu

      Reply
  17. saraf kejepit says:
    February 20, 2013 at 3:08 PM

    Sangat bermanfaat buat yang mempunyai anak yang masih bayi :)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      February 20, 2013 at 4:07 PM

      terima kasih saraf kejepit ;)

      Reply
  18. brohantu says:
    June 15, 2014 at 11:49 PM

    Baru tahu benda ni. Kalau kritikal saya sedut guna mulut sedut kat hidung baby

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 16, 2014 at 4:43 PM

      cara sedut hidung baby tu pun ktanya berkesan juga kan? tp klu mak/pak x reti susah juga

      Reply
  19. ita says:
    July 4, 2014 at 11:37 AM

    Assalamuslaikum..Kwn2..jika ada kelapangan sudi2 singgah di blog sy ya : perfectshapebody.blogspot.com

    Reply
  20. limie says:
    August 9, 2014 at 2:27 AM

    tengah cari info pasal ini..alhamdulillah, jumpa kt sini.

    kedua-dua anak saya, 11 bulan dan 3 tahun baru baik demam tapi batuk dan selsema masih belom reda..sekarang tengah ambil ubat homeopati jugak..

    nk try buat teknik hand percussion plk.. semoga kahak berkurang..

    Reply
  21. Hasmulini says:
    September 9, 2014 at 10:38 PM

    terima kasih atas panduan yang diberi..memang kalau baby ni selalu ada kahak..sebab derang tak reti nak buang..ada tips dikongsi bermanfaat untuk semua.ehe

    Reply
  22. Azeni ahmad says:
    September 10, 2014 at 11:32 PM

    Nice sharing.. Sebelum nie taktau lak leh guna cara tue.. So far anak2 saya jarang batuk smpai berkahak.. Tq

    Reply
  23. aina says:
    November 19, 2014 at 2:26 PM

    sy lagi teruk… ank sy mula berkahak mse umur 20 hi lgi… selalu menangis sbb hidung tersumbat.. sy buntu nak wat mcm mane.. mse umur 4 bulan, bayi sy msuk wad, doktor bgi dye sedut gas dan buat fisioterapi, kene sedut kahak kat mulut dan hidung.. ank menangis mse buat tu.. kite sbg ibu bapa rase nak nangis je tengok ank kene wat cam tu.. tp nak wat mcm mane, nak ank sembuh kan.. umur 5 bulan plak, lg sekali msuk wad… kes same je.. now anak sy tiap2 minggu g fisioterapi sedut kahak… now dye dah ok sikit.. bru dye blh tdo lena… sebelum ni dye bermasalah nak tdo.. kalu baby sy selsema, sy susah hti sebab hidung dye akan tersumbat… so sy jga dye betol2

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 19, 2014 at 3:41 PM

      semoga anak puan sembuh cepat ye…

      boleh cuba kaedah tradisional pula antaranya bakar bawang putih, then sapu minyaknya pd rongga hidung jika selsema. sy pun nak cuba ni

      Reply
  24. Maria Firdz says:
    March 13, 2016 at 3:31 PM

    Nice sharing…

    Reply
  25. Health Media says:
    April 19, 2016 at 11:06 PM

    Kemarin anak saya baru sembuh dari sakit demam juga ada dahak sedikit, Alhamdulillah sekarang sembuh total. Memang kalau anak yang lagi sakit, pusing saya, kerja tak nyaman makan pun tak lahap. Serumah serasa tegang dan tidak tenang. Terima kasih dan salam kenal

    Reply

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 7
  • Page views today : 8
  • Total visitors : 286,620
  • Total page view: 823,561
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme