Tips Menjadi Terkenal dan Disenangi

 

Menjadi teman yg disenangi dan disukai oleh rakan2 adalah sesuatu yg amat menyeronokkan . Samada anda bersetuju atau tidak , secara semulajadinya semua orang mahu menjadi manusia yg disukai ramai . Menjadi terkenal dan peramah adalah salah satu cara anda mencapai hasrat tersebut namun sikap sombong perlu dijauhi dari dlm diri anda …
Drpd Abdullah bin Mas’ud R.A berkata , Rasulullah S.A.W. bersabda (yg bermaksud;
“Tidak akan masuk syurga seorang yg ada di dlm hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah . Seorang lelaki berkata : “Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik , (adakah itu disifatkan sbg sombong?).Baginda S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan suka kpd keindahan . (yg dinamakan) sombong itu ialah menolak atau membantah kebenaran dan memandang rendah kpd org lain .”
(maksud hadis sahih Riwayat Muslim)
Tip² berikut mungkin membantu anda utk menjadi teman yg disukai ramai ;

  1. Aktif dgn pelbagai aktiviti .
  2. Menjadi seorang yg peramah .
  3. Pendengar yg baik .
  4. Jadilah diri kamu sendiri .
  5. Hindari tekanan .
  6. Peranan mata . (apabila rakan bebrbicara , pandang matanya,jgn pandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tak menyenangi kehadirannya atau tak menyukainya)
  7. Bersemangat ketika berbicara .(jgn malu2 utk memulakan topik perbualan,elak topik yg membosankan)
  8. Berketrampilan . (imej diri perlu dijaga)
  9. Ketawa penawar jiwa . (hiburkan rakan2 anda yg bersedih,tapi jgn buat lawak bodoh pula)
  10. Sentiasa berwajah manis . (bukankah senyuman itu sedekah,jadi senyumlah sentiasa,tak perlu bayar apa pun..)

 

Selamat mencuba ! ^-^

 

p.s : kebanyakan tips ni dah diamalkan , cuma kalau bab bersembang/bercakap tu yg saya segan sikit … :p

 

Incoming search terms:

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *