The Big Book of Cross-stitch

Saya tidak pandai menjahit cross-stitch tapi sangat suka tengok hasil kerjanya . Kemahiran itu tak sampai pada saya lagi , yang ada cuma kemahiran Tatting . Itu pun masih di tahap amatur je kot :p .

Buku “The Big Book of Cross-Stitch” ni saya beli lama dah , masa baru2 kahwin dulu . Kan asalnya memang seorang yang meminati buku , jadi tak boleh lari le dari buku-buku … Beli buku ni masa tu konon2nya nak belajar bercross-stitch lah . Tapi sampai sekarang belum pandai2 lagi . Ada la pernah mencuba-cuba tapi nampak gaya macam tak berapa menjadi je … :(

 

Saya juga minat handcraft . Cuma tak ada masa nak buat . Jadi , saya cuci-cuci mata sajalah dulu dengan menengok hasil2 kraf orang di internet , juga di dalam buku The Big Book of Cross-Stitch ni . Terapi mata ! :)

 

 

Besau kan bukunya ? Nak sama besau dah dengan budak tu yakni anak saya sendiri , Munirah … :p

kasut newborn baby

 

Sangatlah geram ok menengok gambar2 dalam buku ni . Nak buat , tak reti . Huhuhu … azam nak belajor …. :)

gantungan2 di pokok krismas

 

baju newborn baby !

 

So suwitttt kan baju newborn tu ! Nak nak pulak dipadankan dengan kasut (bootie) newborn tadi . So matching ! Tolong, ade sape2 boleh buatkan untuk saya ? Erkk … apa saya cakap ni hah ?

Ok mari kita layan gambar last . Tak larat nak letak semua walaupun sangat cantik .

 

Tali pengikat langsir yang sangat gojes ! Heiii geram nengoknye . Ok sini ditunjukkan gambarajah beserta ukurannya ;

 

Kakyong mesti  reti buat ni kan ? ;) Kalau dah mahir nanti bolehlah bukak bisnes jual benda2 macam ni … :) Hehe memandai-mandai je Hanie ni kan ….

Ok , harga buku ni agak-agak berapa ek  ?

RM29.90 @ MPH Kinta City , Ipoh ...

 

Rasanya berbaloi-baloilah untuk ilmu2 serta paparan gambar2 yang sangat menarik , tertarik kau memang da bomb nih . Buku pun jenis hard cover . InsyaAllah la akan kujaga dengan baik sampai ke akhir hayat … esok2 turunkan le kat anak cucu mana2 yang berminat …. :)

Incoming search terms:

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *