Testimoni Ephyra selepas 3 minggu pengambilan

 Salam harmoni.

Tiba masanya untuk sesi review produk hot Ephyra selepas menang satu set Premium yang mengandungi 30 sachet tempoh hari. Setakat ini masih belum habis lagi pengambilan sekotak Ephyra kerana ada hari yang termissed. Akan tetapi, kesannya sedikit sebanyak sudah ada ;)

Bagi yang masih tidak tahu apa itu Ephyra. Senang cerita, ia adalah produk berasaskan KOLAGEN. Tak perlu saya beritahu khasiat kolagen rasanya kerana semua boleh google, rite?

ephyra

Ephyra ini seeloknya (best result) diambil 2 kali sehari, iaitu sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur malam. Asalkan ketika perut kosong.

Dalam tempoh 3 minggu ini saya banyak mengambil Ephyra sebelum tidur malam berbanding sebelum sarapan pagi. Alasannya? Nakkan penyerapan maksimum kolagen ketika tidur gitu… kan masa tidur ni kita berehat dari segala aktiviti.

Pengalaman minum Ephyra pertama kali saya dah ceritakan sebelum ni ;)

 

Testimoni Ephyra selepas 3 minggu pengambilan

Mengapa 3 minggu? Sebab sekotak Ephyra 30 sachet tu masih belum habis, dan congak pengambilannya dalam 3 minggu kerana ada hari saya termissed minum. Jujur ;)

1. Rekahan di tumit dan jari kaki hilang!

 

cracked heels

Testimoni paling best bagi saya. Tak pernah terfikir langsung kaitan Ephyra dengan masalah rekahan di tumit dan ibu jari kaki. Maaf tiada gambar sebenar kerana tak terfikir nak buat testimoni bahagian ini. (sebab minda saya asyik berfikir tentang kulit wajah dan kecergasan badan) hmm..

Saya sendiri tidak sedar yang masalah ini sudah hilang hinggalah pada suatu hari suami saya menegur;

“Tumit ni dah macam tumit anak dara”.

Saya terkejut. Tumit anak dara? Anak² dara sila check tumit masing² camana. hiksss~

Serta-merta saya check tumit. Eh, rekahan dah hilang! Dah licin tanpa sebarang rawatan. Ni mesti angkara Ephyra!

Selain rekahan di tumit, rekahan di ibu jari kaki pun jadi masalah saya sebelum ni. Sakit juga bila kulit di ibu jari kaki tu merekah dan terkopek sedikit. Kadang² saya terpaksa gunting kulit yang terkopek tu untuk mengelakkan kesakitan.

cracked toes

Lebih kurang begitulah rupa rekahan di tumit dan ibu jari kaki saya.

Kedua-dua masalah di kaki saya ini telah hilang tanpa disedari, dalam masa kurang lebih 2 minggu sahaja. Jimat duit beli krim tumit merekah. Terima kasih Ephyra! :)

Jadi, saya dapat simpulkan di sini, Ephyra juga mampu menyembuhkan luka selepas bersalin normal atau caesarean. Yup, saya sendiri baru lepas pantang dan mula mengambil Ephyra sebulan selepas bersalin. Terasa cergas untuk kembali ke rutin normal – menjaga anak, memasak, mengemas rumah, etc.

2. Susu badan meriah

Syukur rezeki untuk baby Muaadz melimpah ruah kerana penghasilan susu badan yang agak meriah.

Tambah pula baby boy ni memang terkenal dengan perangai kuat menyusu kannn… so alhamdulillah susu badan saya tak pernah kurang setakat ini, malah terasa lebih meriah (banyak) dan pekat sedikit dari biasa. Baby pun cepat kenyang dan tertidur berjam-jam lepas minum. heeee ~

Betullah kata Memey…. “susu jadi lebih banyak dan berkhasiat” ;)

Kini saya sudah mengalaminya.

ephyra banyakkan susu ibu

Inilah rupa baby Muaadz yang sihat sekarang;

gambar baby comel

gambar baby tembam

Kulit baby Muaadz memang bebas dari sebarang ruam. Baik ruam susu mahupun ruam lampin. Kesan pengambilan Ephyra oleh Umminya mungkin ;) Jangan tak tahu, Ephyra mampu merawat penyakit kulit Ekzema, insyaaAllah.

gambar produk ephyra

packaging Ephyra yang cantik

3. Bibir kurang pucat

Oleh kerana saya biasa mengalami anemia (kurang darah), jadi bibir saya selalu kelihatan pucat. Makanya terpaksa mencalit gincu dengan lapisan nipis bila nak keluar rumah. Bukan apa, bimbang orang sangka saya ni orang sakit pula. Kesian kan?

Masa zaman sekolah menengah dulu, seingat saya tidak jadi kes begini. Mungkin masa tu cukup darah lagi. hehehe. Hinggakan ada teman² yang bertanya samada saya pakai gincu atau tidak. Apa kes pulak student nak pakai gincu gi sekolah? haha~

Ok ini gambar terkini, tanpa secalit gincu. Segan nak tempek tapi demi testimoni….. ^_-”

Pada saya, ada tampak kemerah-merahan sedikit berbanding sebelum minum ephyra dulu. So, tak perlulah gincu lagi ;)

Dan jimat tak payah asik nak beli gincu.

 

4. Rambut kurang gugur

Dahlah rambut ni jenis nipis, asik gugur pulak tu. Aduhaiii apalah nak jadi. Takkan nak botak sebelum usia kot? Lucu pula bunyinya tapi ini kenyataan okeyy… cuma taklah sampai peringkat botak lagi..

Begitulah masalah rambut yang saya alami. Syukur sekarang ni rambut dah kurang mengalami keguguran walaupun lepas disikat. Kalau tidak, pegang² terlebih sikit pun dah gugur.

 

testimoni ephyra

Jimat lagi tak perlu beli syampu rawatan rambut gugur atau  pergi pusat rawatan rambut yang mahal tu.

5. Pembuangan lawas

Rata² testimoni Ephyra yang saya baca, ada bercerita tentang aktiviti ‘pembuangan’ yang lawas.

Saya pun sahihkannya. Bila buang² tu lawas, maka badan akan jadi ringan secara automatik. So, akan rasa lebih cergas dan aktif. Dah habis pantang ni, nak jaga anak sorang² hampir sepenuh masa kenalah cergas tak gitu?

Juga, mengatasi masalah sembelit. Sakit tahu sembelit ni? Saya selalu terkena setiap kali selepas bersalin.

 

cara bancuh ephyra

my first glasss of Ephyra

 

Jimat lagi tak perlu beli suplemen tambahan untuk pelawasan.

 

6. Kulit wajah terasa lebih anjal dan liang pori lebih kecil

Kulit saya ok, tak ada masalah² lain kecuali sedikit pigmentasi dan whiteheads juga jerawat pasir. ermm… whiteheads dan jerawat pasir tu sama tak? confuse sikit~

Setakat ini, kesan yang dapat saya rasa, kulit wajah lebih anjal/tegang dan liang² pori mengecil terutama di area hidung.

Pembukaan liang roma tu terjadi antara sebabnya suka picit² keluar jerawat/whitehead/blackhead. Biasa buat kan…? Baik mengaku cepat.

Penambahan kecerahan tu susah sikit nak bezakan sebab dah memang cerah. hehe~ review jujur sesekala terpaksa angkut bakul.

Untuk mekap, saya tak pakai sangat. Paling-paling hebat pun saya pakai bedak arab saja. Dan tahap paling gaban, satu pakej dengan contact lense kaler-kaler atau yang biasa. Tapi sekarang dah ada baby kecik lagi, so penyakit “M” sudah datang, pakai spec biasa sudeh.

Begitulah serba sedikit review 3 minggu saya bersama Ephyra.

Rasa nak rekemen pada encik suami.

Saya akan habiskan baki Ephyra yang masih ada, dan nak tengok hasil untuk masalah pigmentasi dan whiteheads pulaDan tunggu hadiah Ephyra lagi sekali kot? ;)

Bagi yang berminat, boleh terus ke laman web Oceanlife2u.com untuk membuat pembelian.

Atau boleh hubungi saya terus pun boleh ;)

sms/whtspp +60184027399

Email ummihanie@hotmail.com

 

Facebook page: https://www.facebook.com/oceanlife2u

 

Harga Ephyra Premium 30 sachets:

Semenanjung Malaysia – RM197

Sabah/Sarawak – RM207

Singapore – SGD105

Brunei – BND105

Internatioanl – USD127

 

Harga  Ephyra Trial Pack 10 Sachets:

Semenanjung Malaysia – RM68

Sabah/Sarawak – RM78

Brunei – RM49

 

Sumber imej: Google images dan koleksi sendiri

Incoming search terms:

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *