Terliur sendiri tengok lampin kain moden ni !

Lampin kain moden (CD) yang comel

Waaaahhhh… begitulah teriak hatiku pabila melihat kain lampin moden dalam kedai FB ku sendiri :-P.

Serius comel gilerr, rasa nak sebat je sekodi. Over je. Haha…

Sebelum tu nak cerita² dulu sikit. Sedar tak sedar dah hampir 6 bulan saya menggunakan kain lampin moden ni secara full time kepada anakanda ke – 4, Muhammad Zaid. CD (cloth diaper) nya sudah lama dibeli tapi masih tak konsisten pemakaiannya sehinggalah sejak 6 bulan yang lalu. Alhamdulillah, masih berjalan lancar dan sudah order beerapa pasang CD lagi untuk stok baru sebabnya sejak lebih kurang 1 – 2 bulan yang lepas, saya sudah mula menCDkan 2 orang anak sekaligus – Zaid dan Huzaifah. Jadi boleh kata setiap hari atau selang sehari saya kena basuh CD yang sudah dipakai sebab takut tak cukup stok pusingan untuk 2 orang. Sebelum ni, boleh lagi skip 2 – 3 hari, barulah membasuh.

Rentetan kisah Zaid berCD => Cabaran memelihara alam sekitar.

Letih tu ada la sikit² bila memakai lampin kain ni, tapi ianya jauh lebih baik dari lampin pakai buang, juga lampin kain klasik. Sedikit sebanyak dapat berjimat sementara nak toilet training. Bila melihat pada designnya yang comel², teruja rasa hati, asyik nak tambah koleksi :-P .

 Selamba saja tak berseluar si Zaid ni… Iyelah, design CD ni memang dah comel, tak perlu pakai seluar pun tak apa ;)

*Jenuh cari gambar Huzaifah berCD, rupanya belum ada lagi dalam PC dan henfon… tak apalah next time insyaAllah.

Amacam ibu², mama², mak², ummi²? Moh la kita bertukar dan berkorban sedikit di peringkat awal ni. Ianya taklah sesusah mana ;)

Kebetulan saya pun ada jual CD ni, izinkan saya letak sikit banner promosi CD di sini yer…

Ini promosi contoh sahaja… Stok CD GG Babies sudah kehabisan… makanya saya beli CD Babyland saja… Lagipun dah biasa guna dan berpuas hati ;)

Incoming search terms:

25 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *