Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Terlanjur Mencintaimu

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Terlanjur Mencintaimu

 

Tengku Hanis membuka TV, suaranya agak perlahan. Johan disuruh duduk di atas sofa dan Tengku Hanis disebelahnya, tersenyum-senyum sumbing.

“Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!” Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

“Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya.”

“Salahlah… Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!”

“Perasaan lah abang ni! Manis orangnya…”

“Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah…” Johan mendabik dada.

“Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main” tanya Tengku Hanis serius.

“Seronok.”

“Hah! Seronok?” Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.

“Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!” Johan mengusik isterinya.
——————————–

Cintailah seseorang itu atar dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar mencintainya setelus hati…TERLANJUR MENCINTAIMU

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Sa…tu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terla…njur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : “Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada… dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!”

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : “Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!”

Wasiat Tok Din mempunyai ‘due-date’, adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Judul : Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM 18.00
Sabah / Sarawak : RM 21.00

 

terlanjur mencintaimu

Sumber : Kelab Peminat Novel

Saya dah lama tak layan novel . Entahlah kenapa minat membaca novel ni tak macam zaman dahulukala … Novel terakhir yang saya habiskan dalam masa 3 hari (target baekk punya) ialah novel Bidadari² Syurga , hadiah daripada PTS Litera . Oh PTS , silalah hadiahkan lagi novel² best kalian …. ^ – ^ .

Buat kalian yang juga meminati NOVEL , jomlah join page Kelab Peminat Novel di mana lagi kalau bukan di Facebook ;) .

Incoming search terms:

 

11 Responses

  1. Hans says:

    wahhhhhhhhhhhhhh
    akak suka baca novel rupanya
    Hans ada entri terbaru… jom baca Review Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2My Profile

  2. puanbee says:

    bukan tk nk layan novel nis , byk benda nk di beli kesian suami kerja penat so bee lupakan novel blog aje lah hehe

  3. ctN honey says:

    nanti bby baru mesti rajin membaca
    ctN honey ada entri terbaru… jom baca Sinopsis Filem LEFTWINGS-Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollMy Profile

  4. Yati says:

    Ingat ke cerita apa mula-mula tu. Novel rupanya. :)
    Kak Yati dah lama sangat tak layan novel melayu. Tak sempat.
    Yati ada entri terbaru… jom baca Knitted headband with roseMy Profile

  5. Ummi Hanie says:

    hah..npe dgn tajuk tu ustad wadud ? :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *