Terjebak jua dengan demam Durian Crepe

Sana Sini Demam Durian Crepe

Ermm alahai… dah sana sini 1 Malaysia dilanda Demam Durian Crepe. Ingatkan diri ini kebal menepisnya. Ropa²nya terjebak jua dengan jayanya sehingga mengorder terus 2 set Durian Crepe. Terbang RM20 yer….

Alkisahnya saya ni kecik² dulu sangatlah tak minat dengan raja buah bernama durian ini. Akan tetapi saya suka tengok keluarga makan dan suka tengok abah saya mengkokak durian dengan tangannya… Bukan kokak pakai gigi okay…. :p dan secara tidak langsung, saya cuba berjinak-jinak untuk cuba mengkokak durian dan berjaya pula. Makan saja no way….. tak suke.

Menjelang usia remaja sikit, barulah timbul rasa teringin nak mencuba rasa durian. Dengan muka tercebik-cebik sedikit, bismillahhh…. ngappp…. selamat masuk seulas durian dalam mulut. Haaa…. baru tau sedap! Dan sampai sekaranglah saya masih menggemari durian, walaupun tidaklah sampai ke tahap menggilainya. Biasa-biasa sajalah…

Bila dah suka durian, secara automatiknya mesti suka punyalah dengan Durian Crepe yang fofuler mengalahkan mak jemah tu kan… Saiznya yang agak gedabak itu agak memuaskan hati… Kira-kira RM1.66 sen harga sebiji tu… tapi puasss…. alhamdulillah. Rasa nak makan sensorang je. Hik3x ~

Selagi masih ada musi durian, maka wujudlah durian crepe ni kan… kalau dah habis musim durian, kita cari crepe lain pulak ye…..

Gebu, geram betul tengok ‘bantal kuning’ ni kann…. Tu sebab nama asal Durian Crepe ni, Bantal Durian. Tapi diomputehkan jadi Durian Crepe. ;)

Selepas dijamah bantal kuning….. terkeluar² isi duriannya yang bercampur dgn whipped cream…. ohhh heavennn ~

Hisshhhh…. terliur sendiri pulak tengok gambar² ni. Rasa macam nak orderr je lagi… haiyooo macammana mau slim? Inilah bahan menjadi seorang sweet-tooth.

Incoming search terms:

25 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *